"Ayah nak buat perjanjian boleh?" ayah mula memecahkan kesunyian yang terbina sedari tadi. Aku tak tahu kenapa tiba tiba rasa janggal sangat. Nak kata malaikat lalu, aku rasa banyak je kat keliling aku ni. Maklumlah,orang beriman.
"Perjanjian apa?"soal abang. "Ayah nak Nukman dengan Lukman pergi sekolah, belajar seni mempertahankan diri dan tinggal dengan ayah, boleh?" "Apa yang kami dapat kalau kami setuju?"soal aku nakal. Sengaja aku nak uji ayah. Sikit lagi aku nak terlepas gelak bila ayah tayang muka cuak.
"Ayah tahu semua pasal korang. Pasal surat ni pun ayah lagi tahu dari korang. Ganjarannya,bila korang umur 10 tahun baru ayah bagi tahu segalanya. Amacam?"ayah mengeluarkan surat pemberian mak dan diletakkan dia atas meja kerjanya. Tangan aku segera meraba kocek seluar. Ah!! Macam mana boleh ada kat dia pula. Semalam aku letak dalam poket seluar kut. Kau guna ilmu hitam,ek?
Aku pandang abang. Terkejut aku bila tengok dia tengah tenung aku macam tak makan satu alaf lamanya. Aku tahu dia marahkan aku. Apakan daya dah memang salah patik.
'Bangg..'abang berdiri sambil menumbuk meja di hadapan kami dengan kuat. Terangkat kaki aku akibat terkejut. Aku kecil lagi, tak naklah kena heart attack. "Apa hak kau nak masuk campur urusan kami,hah? Kau ada hubungan dengan kami ke? Kalau ada pun kau still tak ada hak nak ambil atau simpan surat tu. Kau kata yang kau lebih dari tahu isi surat tu kan? Jadi kau pun mesti tahu bertapa bermaknanya surat tu dekat kami. Kita baru kenal tak sampai 24jam kut, macam mana kami nak percaya kata kata kau. Kau rasakan tindakan kau lebih kepada mendorong kami percaya kau ke, meningkatkan rasa ragu ragu kat kau?" pergh.. tu la aku cakap banyak kali dah kat abang. Jangan baca buku pelik pelik sangat, nanti orang tak percaya kau darjah satu kan masalah. Dia kalau dah marah macam nak buat forum pun ada. Ayat novel mana la dia petik. Aku garu kepala yang tidak gatal. Kasihan pun ada bila nampak muka ayah yang bukan lagi terkejut beruk tu. Versi terkejut orang utan pula.
Gelabah aku bila tengok abang macam nak panjat meja. Muka dia pun dah bertukar menjadi merah. Terus aku tarik dia turun. Aku tolak dada dia kasar hinggakan dia terduduk semula dia atas kerusi miliknya. Mukanya terang lagikan bersuluh guna lampu LED lagi menunjukkan dia geram dengan aku. Aku hanya bersahaja sambil berkata" Kau tanya dia tapi tak nak dengar jawapan dia. Baik kau tak tanya lagi bagus lah." mendatar suara aku. Bila aku nampak dia makin tenang aku kembali duduk sambil berkata"What your ansher, sher?"aku tahu english aku hancur tapi yang penting confident tu.
"Ehemm.. Ayah ada hak sebab ayah ada kena mengena dengan kamu. Memang salah ayah sebab ambil surat ni tanpa pengetahuan kamu tapi hal ni sangat penting untuk ayah tahu. Ayah janji akan jelaskan kesemuanya bila kamu dah 10 tahun. Okey. Tolonglah percayakan Ayah. Ayah minta maaf.." sedih pula aku dengar.
"Kami setuju tapi kami pun ada syarat. jangan kongkong kami dan biarkan kami buat apa yang kami mahu. Deal?" "Deal." aku pandang muka abang. Balik rumah nanti mesti kena dengan abang. Tak apa nanti aku cipta skrip pujuk plus keterangan.
Betul ke keputusan aku?? Argghhh.. Lantak lah.
Share this novel