"Luqman, sebelum kau terang apa apa baik kau beri aku baju dulu." kata aku. Abang membiarkan kata kata aku berlalu begitu sahaja.
"Kita dah tak ada banyak masa. Aku kena beritahu kau sekarang juga. Sebenarnya..."
FLASHBACK??...
5 tahun lalu..
"Ayah, Nukman hilang. Luq rasa dia lari dari rumah la. Ni semua salah Luq. Nuk banyak kali nak cerita masalah dia, Luq yang tak nak dengar." kata Luqman sambil menangis teresak esak.
"Ayah rasa ayah tahu Nuk dengan siapa. Mari ikut ayah." kata ayah sambil menarik tangan Luqman menuju ke bilik tidur ayah.
Ayah mengeluarkan sebuah peti kayu dari dalam laci. Beberapa kertas dan gambar dikeluarkan dari peti itu.
"Seperti yang dijanjikan dahulu, ayah akan beritahu segalanya pada Luq dan Nuk pada hari ini. Hari ini adalah hari jadi kamu berdua. Jadi genaplah umur kamu 10 tahun. Ayah berharap sangat nanti bila Luq dah jumpa Nuk, Luq akan beritahunya. Ni gambar mak bersama kamu berdua. Ketika ini kamu baru berusia 1 tahun. Ni gambar kita sekeluarga. Ini pula gambar ayah dengan kakak dan abang kamu. Ni gambar datuk dan nenek kamu." kata ayah sambil menghulurkan beberapa keping gambar. "Luq tak faham. Apa kena mengena ayah dengan keluarga kami."
Ayah diam seketika sebelum menyambung" Ayah adalah ayah kandung Luq dan Nuk. Ayah berkahwin dengan emak ketika kami melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya. Emak yang pada asalnya tidak beragama mula memeluk agama Islam setelah mengenali ayah. Kami berdua berkahwin. Setelah berkahwin barulah ayah tahu yang emak merupakan anak tunggal kepada ketua mafia di China."Luqman memotong percakapan ayah,"Macam mana ayah tahu"
"Ayah perasaan macam ada orang ikut ayah lepas tu ayah tanyalah mak. Lepastu ayah dapat tahu segalanya daripada mak. Untuk keselamatan kakak dengan abang, ayah suruh adik ayah aka Mak Su yang tinggal di Kedah jaga sebagai ibu susuan,"
"Jadi kakak dengan abang ada dengan Mak Su la ni" "Ni la ayah nak cerita. Sejak tu ayah dan emak sering dikejar oleh konco konco datuk. Hinggalah kami kemalangan ketika emak mengandungkan kamu. Emak mengalami koma selepas itu. Luq dan Nuk terselamat. Masa ayah tiada di hospital musuh utama datuk iaitu Dragon menculik mak. Ayah fikir datuk yang menculik emak, jadi ayah pergi berjumpa datuk setelah menyerahkan Luq dan Nuk kepada Mak Su. Datuk menangkap ayah dan memaksa ayah memberitahu dimana ayah sorokkan kamu berempat. Ayah tak nak beritahu. Setelah beberapa tahun ayah dikurung dan diseksa barulah ayah berjaya melepaskan diri." Luqman mencelah sekali lagi. " Ayah ni tak menjawab soalanlah. Luq tanya lain ayah cerita lain."
"Sabar.. Sabar.. Step by step please. Lepastu ayah cari Mak Su tetapi dia dah meninggal sebab kena bunuh dengan Dragon. Lepastu ayah terus kehilangan jejak kamu berempat Faham?" terang ayah panjang lebar. Keadaan bertukar sepi.
"Ehemm.. Arr.. Luq tak faham. Jadi siapa lelaki yang bunuh mak. Kenapa kami panggil dia ayah." "Dia sebenarnya anak tunggal Dragon, nama dia Chen Xia. Dia suka dekat mak sejak u lagi."
****************************************
"Aku musykil la Luqman, kenapa diorang berdua kena ada dekat sini sekali. Setahu aku kau jenis susah percaya orang sikit." Silent dan Bijak hanya tersenyum mendengar kata kata aku. "Sorry lupa nak perkenalkan. Ehemm.. Arr..Arr.. Perkenalkan yang ni Abang Long dengan Kak Ngah kita. Arr.. Kakak, Abang perkenalkan ni Nukman satu satunya adik bongsu kita yang tak pernah matang matang."kata abang sambil tangan kanannya memegang leher.
Serta merta mata aku bertukar hitam. Abang kelihatan sudah mulai cuak. Aku segera melompat ke arah Abang Long dan Kak Ngah. Aku memeluk mereka erat. Setitis dua air mata aku mengalir dari tubir mata.
"Relax lah. Sejak kes kena buli denganTikus dulu aku dah berlajar kawal emosilah. Hahaha. Muka korang cuak sangatlah. Seronok pula aku tengok. Jadi aku nak panggil korang apa?" kata aku sambil duduk di antara kakak dan abang. "Dah la busuk, ada hati nak peluk orang." kata kakak sambil jari runcingnya mengelap air mata di pipinya. Aku mencebik. "Apa kata hang panggil aku Along ja. Takyah payah payah." Kata abang aka Along baru aku. "Jadi aku kena panggil minah sebelah aku ni Angah la kan." kata aku sambil memandang roman mereka bertiga. Semua wajah mereka seakan berkata 'habistu kau nak panggil dia apa lagi' Aku buat gaya hendak muntah.
"Jadi kau kalau nak jadi adik mithali kenalah panggil aku Abang." kata abang pula. "Tak seronok la macam ni. Nanti korang kena panggil aku adik.Nanti orang ingat aku manja macam mana." kata aku tak berpuas hati. "Tak pa haihh...Meh sini Adik Along ni. Meh manja manja ngan Along. Baqu la nampak macam keluarga bahagia gituu." kata Along sambil menggosok gosok kepala aku. Habis terpacak mengalahkan Ultraman jadinya rambut aku. "Abang.. Tolong carikan baldi cepat. Adik rasa nak muntah ni. Cepatlah.. Taktahan ni. Takkan adik mengandung kut. Rasanya adik masih merupakan seorang insan yang normal" lawak bodoh plus bangang aku itu terus terhenti sebaik sahaja terpandang manusia manusia di keliling aku sedang tersenyum penuh makna. Kantoi pula. Aku memang teringin nak panggil begitu tetapi disebabkan tidak mahu menjadi bahan ketawa aku ketepikan selama ini.
Aku segera berdiri," Dah pagi ni. Baik adi... eh.. eh.. aku balik dulu. Nanti diorang cari aku pula. Arr.. Tatatititutu.. Aku pergi dulu." kata aku sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Terhambur terus ketawa yang ditahan oleh mereka bertiga. " Angah tak rasa hang riak sangat sampai nak tunjuk bodi kat orang. Kalau ya pun pakai la baju dulu. Apalah adik kita sorang ni." aku memandang ke arah syiling bagi menghilangkan rasa malu yang membuak. "Ala.. Angah, dia malu la tu. Telinga pun dah merah. Muka tu tak perlu cakap, mengalahkan tomato dah nampak. Malu adik kita ni macam anak dara la pulak. " sindir abang pula. "Bak baju.. Aku nak balik." kata aku sambil menghulur tangan ke arah abang. "Adik ambil baju abang la."kata abang sambil membuka baju T-shirt berwarna hitam miliknya.
Aku pantas menyambut hulurannya. Aku melipat lengan baju hingga paras siku sambil berkata," Berapa abad kau tak basuh baju ni. Bau macam.." belum sempat aku menghabiskan kata kata aku abang memotong, "Apa adik kata! Tak main la kau aku, panggil abang, abang." muka abang sudah merah. Aku tahu dia sedang marah. Maklumlah orang panas baran memang gitu. Ops.. terlepas cakap pula. Aku menjelir lidah. Abang kelihatan ingin menerkam aku, apa lagi belah la Nukman oii.
Aku berlari ke arah pintu. Sebelum menutup pintu aku ucapkan selamat tinggal dahulu, baru sweet kan. Hahaha. "Selamat tinggal abang sayang.. I Love you. Muah" kata aku sambil membuat gaya flying kiss. Sejurus kemudian aku segera membuat gaya muntah sambil ketawa terbahak bahak.
'Bushh.. Gedebukk..' aku memandang pintu yang tertutup. Pasti abang terlanggar pintun Hahaha. Aku menyambung ketawa. Sudah lama aku tak ketawa macam ni. Sejak peristiwa tu..
Share this novel