Setibanya dirumah dapat aku lihat abang sedang duduk bersandar pada dinding. Matanya tidak lepas dari memandang emak. Aku tahu dia takut kalau emak...Astaghfirullah..
Abang Rayyan yang ingin menolongku kelihatan sibuk berbual di telefon. Aku tak nak mengganggunya, mungkin hal itu penting bagi dia.
Aku melangkah perlahan ke arah abang. Aku duduk sambil merapatkan lutut ke dada sama seperti abang. Dia menarik nafas panjang sebelum memulakan bicara. Matanya masih lagi tidak lepas dari memandang emak. "Aa..aa..ku rasa.. mmak dah takk..dakk laa.." aku terkejut mata aku mulai bergenang. Segera aku berpaling menghadapnya bagi mencari kepastian. Matanya tertutup namun wajahnya menggambarkan dia sedang mengumpul kekuatan. Badannya menggigil, aku tak pasti kenapa tetapi yang pasti aku tahu dia tidak berbohong. Perlahan sahaja air mata turun di pipiku. "Aku tak nak kau nangis, nanti aku rasa nak nangis juga. Mak kata kita kena jadi berani, jangan senang sangat nak nangis. Kau ingat lagi tak?" aku mengesat semula air mata. Bersedia mendengar apa yang ingin abang katakan.
Abang membuka mata perlahan lahan. Dia merenung aku lembut. Aku hanya tersenyum tawar. Pahit rasanya. Abang menurunkan kakinya kerna mahu duduk bersila. Aku baru perasan akan kertas kertas yang sudah ronyok dan kotor. Kotor kerana darah emak yang berada pada tangan abang.
"Sebelum mak meninggal mak bagi kita beberapa amanah dan pesanan. Mak kata ayah bukanlah ayah sebenar kita. Mak suruh kita cari dan selamatkan kakak dan abang kita. Diorang kembar juga sama macam kita. Tua 2 tahun ja. Lepastu mak pesan supaya berhati hati dengan DarkBlood. Baca semua ni. Semua wasiat yang mak tulis. Lagi satu mak bagi ni. Mak kata jangan bagi sapa sapa pun sentuh. Jaga macam nyawa kau sendiri." abang menghulurkan rantai silver yang berloket helang. Mata helang tu warna biru. Entah kenapa tangan aku menggigil apabila memegang rantai tu. Kepala aku rasa sakit. Sukar bagi aku nak menghadam kata kata abang sebentar tadi.
Aku memandang abang dengan pandangan sayu. Dia kini duduk dalam keadaan yang sama ketika aku mula masuk ke rumah. Cuma kepala ditunduk dan elok terletak diatas lutut. Aku tahu dia sedang menangis. Rantai itu aku pakai di leher. Ternyata ianya terlalu besar bagi aku. Kisah apa aku. Surat itu aku susun dalam keadaan elok bagi memudahkan pembacaan.
Nafas ditarik panjang. Bismillahirrahmanirahim..
Share this novel