"Wau, cantik juga tempat kau kan."kata aku sambil menepuk tangan beberapa kali. Aku memandang sekeliling gudang kosong yang suram. Ianya hanya disinari oleh beberapa lampu kalimantang yang kelihatan seperti mahu nazak. Hanya ada dua pintu masuk dari tempat ini dan dikawal oleh dua orang pengawal bagi setiap satu pintu. Setiap dari mereka memakai pakaian serba hitam serta topeng muka yang turut berwarna hitam. Bumbung yang hanya separuh itu membuatkan aku dengan mudah melihat kegelapan malam dari dalam. Beberapa tong besar berwarna biru dan hitam di dalam gudang tersebut membuatkan aku tersenyum sendirian.
"Mengelamun apa!! Kau tak dengar ke aku cakap apa? Aku.. Nak.. Kau..Ikut Kami..Sekarang..Juga...Dengar ke tak, ke kau dah pekak?"Kata Murai."Saborler Cik Abang Oii.."kata aku selamber sambil berjalan laju ke arah mereka.
Mereka berjalan ke arah salah satu tong hitam yang berada di suatu sudut yang agak terpencil. Silent menolak tong tersebut sedikit ke hadapan manakala Bijak mencari cari sesuatu di atas lantai tersebut. "Jumpa pun"kata Bijak perlahan. Sejurus selepas itu dia segera mengeluarkan sebentuk cincin yang mempunyai permata berwarna merah darah dari kocek seluar miliknya.Kemudian dia memasukkan cincin tersebut kedalam lubang kecil yang terdapat pada lantai tersebut.
Share this novel