Aku berdiri tegak tidak jauh di belakang datuk yang sedang berbual dengan Dragon. "Jaguar.." datuk memanggil aku. Aku faham kenapa datuk memanggil aku. Aku menoleh ke belakang lalu memanggil Leo. "Leo..Empat" Leo hanya mengangguk sekali sebelum beredar dari situ bersama tiga orang yang lain.
Tidak lama kemudian, Leo dan tiga konco datuk itu berjalan ke arah aku sambil menjinjit beg masing masing. Mereka membuka beg itu lalu ditayangkan isinya pada Dragon. Setiap beg itu terkandung sepucuk pistol dan sebutir peluru. Aku memperkenalkan dengan terperinci setiap pistol tersebut.
Dragon melangkah merapati Leo. Aku berdiri bersebelahan dengan Leo bagi memberi ruang kepada Dragon. Hoodie berwarna biru yang dipakai aku ditarik sedikit ke hadapan bagi menutupi muka aku. Walaupun ketika itu aku memakai topeng muka berwarna putih, aku pasti akan berbuat begitu sebagai langkah berjaga jaga.
Hanya lima orang sahaja di dalam DarkBlood akan memakai hoodie berwarna biru. Iaitu datuk, King ,aku , Leo dan Bat aka Daniel. Bat dan King sedang berada di China atas urusan jual beli dadah. Konco konco lain akan memakai hoodie berwarna hitam.
Aku kembali menumpukan perhatian ke arah Dragon yang sedang menilik Glock 13. Aku perlahan lahan mengambil pistol aku yang terselit di belakang. Mata aku sempat menangkap senyuman sinis Chen Xia yang berdiri tidak jauh di belakang Dragon.
Tiba tiba Dragon mengacukan pistol itu tepat di kepala aku. Semua geng DarkBlood kelihatan terperanjat. Aku tersenyum sinis. Malangnya Dragon tidak dapat melihat senyuman aku itu. "Serius kau nak guna pistol tu." aku bertanya. Dragon ketawa terbahak bahak. "Apa salahnya." katanya pula. "Kau tembak aku, kau juga mati." kata aku sambil memandang perutnya yang sudah aku acukan pistol. Dia kelihatan terkejut. Aku menahan tawa. Siapa sangka dia tidak perasan akan itu. "Kalau perut tak mustahil akan selamat tapi kalau kepala.."dia tidak menghabiskan ayatnya. "...pasti akan selamat kalau peluru tu peluru tipu." aku menyambung. Mukanya kelihatan pucat. "Good Night, Dragon..."kata aku lalu menekan picu pistol. Dragon memejam mata sambil badannya menggigil ketakutan.
Aku hanya mengacah. Sebenarnya pistol aku tiada peluru. Masa perjalanan ke tempat ini kami diserang. Waktu itu kesemua peluru aku habis. Lupa pula hendak mengisinya semula. Pantas aku mengambil Glock 13 yang dipegangnya itu lalu mengunci lehernya. Pistol aku dilempar ke bawah manakala pistol yang aku rampas itu diacu tepat di kepalanya. Baru berniat hendak menembak tiba tiba seseorang telah menembaknya terlebih dahulu.
Aku memandang ke atas. Kelihatan seseorang yang memakai baju seperti DarkBlood sedang menembak kesemua konco Dragon. Aku kehairanan. Seingat aku tidak pula aku meminta sesiapa menjadi sniper. Aku melepaskan Dragon lalu jasadnya itu laju melurut jatuh ke bawah. Aku memandang tepat ke arah Chen Xia yang sedang berlari menyelamatkan diri. Hanya dia yang terselamat. Selebihnya sudah tidur selama lamanya.
Aku hanya berdiri kaku. Tiba tiba datang dua orang yang turut berpakaian seperti DarkBlood membawa Chen Xia kepada datuk. "Nak buat apa dengan dia tuan. " datuk diam sejenak sebelum berkata,"Kill him,Jaguar." aku terdiam. Kesemua konco datuk keluar dari kawasan itu melainkan dua orang itu.
Aku berjalan ke arah Chen Xia lalu berkata"I will kill you like you kill my mom" aku berkata separa berbisik. Hanya boleh di dengari oleh kami berempat. Laju sahaja tangan aku hinggap pada tubuh badannya. Aku dapat merasakan mata aku bertukar hitam sebelum semuanya menjadi gelap. Itu bermaksud aku terlampau marah atau sedih.
Share this novel