Bab 14

Romance Series 20317

Tiba-tiba telefon hanna terbunyi tanda ada panggilan masuk

"Sekajap tau, ada panggilan masuk" kata hanna lalu berlalu pergi

"Okay, baik takpe" jawab daniel tersenyum-senyum tunduk

"Hello adrena ada apa call saya ni" tanya hanna

"Hello cik hanna, maaf kalau saya menganggu cikgu hanna. Saya nak maklumkan pada cik hanna yang cik hanna kene outstation selama seminggu ni langkawi"

"Ouhh, yeke. Bila tu?" tanya hanna lagi

"Lusa cik hanna, tapi saya takut cik hanna busy sebab tu saya bagitahu awal-awal ni"

"Ouhh, takpelah kalau macam tu"

"Baik cik hanna"

"Kalau ada apa-apa lagi awak bagitahu saya terus ya. Terima kasih adrena"

"Baiklah cik hanna, sama-sama cik hanna"

Daniel terfikir lagi

"Betul ke apa yang aku cakap kat dia tadi tu"

"Dia tengah bercakap ngan sape sampai jauh tu dia gi, cakap kemain lama"

"Hemmmmmmmm" kata daniel seorang diri

Lama daniel memerhatikan hanna daripada jauh, sambil berfikir kalau dia berterus-terang sahaja tentang perasaannya terhadap hanna. Tapi hanna suka kan dia jugak atau tak

Setelah hampir 10 minit hanna bercakap dengan PA nya. Hanna pun datang kembali ke meja lalu mengemas barangnya yang ada diatas meja

"Emmm daniel saya kena balik dulu, sebab saya ada hal. Insyaallah lain kali kita jumpa lagi ye. Assalamualaikum. Saya minta diri dulu" pinta hanna untuk berlalu pergi

"Haaaaaaa, baiklah. Takpe, waalaikumsalam hati-hati" kata daniel sambil lemah

"Hmm nampaknya aku tak tahu la jawapan dia apa, dia suka kan aku ke tak. Sape yang call dia tadi. Tak kan bf haritu kata single, tak kan dah ada secara tiba-tiba. Tak mungkinlah" kata daniel sambil berlalu keluar sambil membawa air kopi ditangannya

Setelah selesai waktu kerja, daniel pulang ke rumah dengan muka masam mencuka. Takde apa yang buat dia gembira sebab tak tahu jawapan daripada hanna

"Abang" panggil tiara daripadanya belakangnya

"Hemmmmm" jawabnya

"Abang ni dah kenapa muka masam mencuka aje, ada apa-apa masalah ke?" tanya tiara kepada abangnya itu

"Takde pape la, cuma takde mood je"

"Abang first datang bulan eh?" kata tiara sambil tersenyum nak tergelak

"Tak lawak cik tiara" jawab daniel tegas lalu terus berlalu naik ke biliknya

"Dah la abang nak rehat jangan ganggu, nanti abang turun dinner" pesan daniel kepada adiknya

"Okaylah abang"

Setibanya waktu makan malam, daniel hanya berdiam. Sepatah yang adiknya tanya, sepatah aje yang dijawabnya. Nampak sangat hilang mood tu

"Abang ni janganlah termenung depan rezeki tak eloklah" kata tiara kepada abangnya

Tiara pelik, abangnya semenjak daripada balik dari pejabat asyik diam je. Selalunya mulut tu banyak sampai tak pernah berhenti nak bercakap sampai kan waktu tidur adiknya sendiri pun kadang-kadang diganggu kerana ingin berborak kosong sahaja. Katanya bosan

Tapi ni, abangnya pulak yang diam. "Apa benda yang tak kene dengan abang aku ni. Pagi tadi elok je, tiba-tiba balik mood swing"

Tiara pun mengemas meja makan, lalu berjalan ke ruang tamu untuk mendapatkan abangnya

"Abang ni ada pape yang nak story dengan tiara ke? atau abang ada masalah ke? tiara boleh je dengar"

Lama daniel berdiam diri sebelum membuat keputusan untuk memberitahu. Dirinya tidak aman bila tak tahu keputusan daripada siang hari tadi. Makan tak lalu, mandi tak basah. Tido, eh tak tido lagi. Tapi nanti akan jadi tido tak lena

"Tiara abang nak bagitahu ni, tapi hanya kita berdua je yang tahu tauuu. Abang taknak orang luar tahu" pesan daniel kepada tiara"

"Janji tau" kata daniel sambil menunjukkan jari kelingkingnya kepada tiara

"Iye abang tiara janji, apa dia nya" tiara dah gelabah nak tahu

"Tadi waktu lunch, abang ada ternampak kak hanna. Jadi abang pun lunch la sekejap dengan dia sambil borak-borak kosong. Lepastu tetiba ada panggilan masuk, lamalah kak hanna bercakap dengan telefon dia dalam 10 minit camtu. Lepastu dia datang kat meja balik dia kata ada hal. Dia terus balik" kata daniel sekali nafas tanpa berhenti

"Ouhhh, faham-faham. Abang dah buat cara tiara bagitahu tu?" tanya tiara

"Dah, yang abang dapat tahu ciri lelaki idaman je"

"Abang dah tanya kat dia pasal dia marah ke tak abang suka kan dia. Tapi tak sempat dia bagi jawapan ada orang telefon"

"Eeeeeee geram betul abang masa tu, nak je gi campak orang yang telefon dia. Kenapa kena masa tu jugak telefon. Takde masa lain ke? Tak boleh ke dia telefon lepas kak hanna jawab soalan abang tu" kata daniel geram

"Ouhhhh, okay-okay. So sekarang tiara dah dapat. Abang takde mood sebab tak dapat jawapan daripada kak hanna macam tu?"

"Yes, betul sekali"

"Tapi bukan ke abang ada nombor kak hanna kan, try la tanya"

"Tak nak la, abang takut ganggu dia dan macam mana tiara tahu abang ada nombor kak hanna" tanya daniel pelik

"Adalah, rahsia" jawab tiara sambil terangkat-angkay keningnya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience