Daniel pun berborak dengan umi dan abah. Umi pun bertanya
"Daniel dah lama ke kawan dengan hanna?"
"Kami berkawan takde lama sangat umi, tapi dah hampir 8 bulan kami bercinta"
"Ouhh, tengah bercinta la sekarang ni"
"Lebih kurang macam tu jugaklah umi"
"Oooooooo, macam mana boleh kenal dengan hanna?"
"Kami berjiran sebenarnya umi, hanna tinggal di hadapan rumah saya Cyberjaya"
"Ouhhh"
Mereka pun berborak dan bersoal jawab la disitu. Hanna hanya diam dan memerhati sahaja temu duga yang dilakukan oleh orang tuanya kepada daniel sambil makan keropok lekor dan menonton televisyen
Setelah habis sesi temu duga dan ujian yang harus dilalui. Daniel ingin menghantar rombongan meminang kepada hanna pada minggu hadapan. Hanna terkejut sebab dia tak sangka daniel sepantas itu
Umi dengan abah setuju sahaja, janji hanna juga turut setuju
"Daniel kita tak bincang pun pasal ni"
"Iye saya tahu, tapi saya masuk meminang dulu. Belum bertunang lagi kann"
"Iye saya pun tahu, tapi awak tak bagitahu saya dulu"
"Okay, sekarang saya dah bagitahu"
"Iye la wakk. Daniel meh la saya tunjukkan bilik kat awak"
Daniel pun bangun lalu bergerak mengikut langkah hanna untuk menuju ke bilik untuk dihuninya selama hari disini
"Ni bilik awak, awak rehat-rehatlah dulu. Nanti saya panggil awak bila dah tiba waktu makan malam"
"Okay, terima kasih hanna"
"Sama-sama"
Hanna pun kembali ke ruang tamu untuk menyambung menonton televisyen siaran yang disukainya dengan bermain di kaca televisyen. Cerita china heronye pulak hensem lagilah melekat hanna dekat televisyen tu
Setelah tibanya waktu makan malam, hanna pun pergilah ke bilik daniel untuk mengajak daniel makan bersama mereka
"Daniel jom la makan sama-sama" kata hanna sambil mengetuk pintu bilik
"Baiklah, kejap saya keluar"
"Okay"
Hanna pun berlalu pergi ke dapur untuk menolong umi menghidangkan makanan di meja makan. Setelah itu abah dan daniel pun datanglah ke dapur untuk menjamu selera bersama. Daniel pun makanlah sampai bertambah. Jarang-jarang daniel makan bertambah kecuali bila sedap sangat
Semasa hanna membasuh pinggan, daniel pun datang ke singki sebelahnya untuk membasuh tangannya. Hanna pun menegurnya
"Banyak awak makan malam ni daniel, bertambah-tambah pulak tu"
"Ehem ehem, nak buat macam mana memang sedap masakan tu. Saya tak pernah makan sampai macam tu walaupun mummy yang masak tau"
"Ouhh, seriouslah?"
"Yup, sebab mummy masak dia akan campur dengan rasa masakan negara luar"
"Ouhh, patutlah"
"Betul la sedap masakan orang kelantan ni ditambah pula dengan sambal belacan"
"Kannn"
"Sebab tu saya nak kawin dengan orang kelantan, masakan dia sedap" kata daniel sambil memandang hanna mengelap pinggan yang sudah dibasuh
"Hemmm ye la awak"
"Awak boleh jaga perut saya nanti"
"Boleh je, janji tak boroi. Saya tak suka, saya suka yang fit tu baru seksi bila bukak baju" kata hanna lalu berlalu ke ruang tamu
"Ouhh, suka yang seksi rupanya cik hanna kita ni"
Hanna pun minta diri untuk masuk ke dalam biliknya untuk berehat
Hanna pun berehatlah sebelum terlelapkan matanya. Daniel hanya memikirkan perkara yang dikatakan oleh hanna tadi
"Hemmm yang seksi eh, aku ni dikira tak seksi lagi ke dah ada 8 packs. Ke dia yang tak pernah tengok. Tapi rasanya aku dah pernah takel dia dulu"
"Takpelah, nanti dah balik KL aku nak melamar dia. Lepastu hujung minggu depan aku hantar hubungan meminang sekali dengan bertunanglah. Lagi cepat lagi bagus"
"Takpe, nanti aku gi gym tambah lagi seksi untuk dia" jawab daniel lepastu tergelak
"Tak sangka muka semalu dan semanis hanna tu mempunyai ciri-ciri yang pelik iaitu suka lelaki yang seksi"
"Tapi betul la hanna suka tu, sebab hanna perempuan aku lelaki. Tak kan la dia nak suka perempuan pulak kan" kata daniel sendirian sebelum melelapkan matanya sambil memeluk bantal peluknya
"Hemmm kan sedap kalau boleh peluk dia macam ni" kata daniel lagi lalu pantas mengelengkan kepalanya
"Ya allah, jauh dah aku berangan aku. Ya allah kau sedarkan hambamu ini. Ya allah kau kuatkan imanku ni" kata daniel sambil menutup mukanya dengan bantal peluknya
Keesokan harinya, daniel pun bangun pukul 5.30 pagi untuk membersihkan diri dan menunaikan kewajipannya itu
"Mak ai sejuk nauu air dekat kampung" kata daniel lalu mempercepatkan mandinya
Selesai itu, daniel pun keluarlah untuk sarapan pagi, tapi dilihat hanya umi dan abah sahaja yang ada. Hanna tiada tetapi ada seorang lagi perempuan yang ada. Siapa pulak ni?
"Mia, meh tolong umi kejap" panggil umi terhadap mia adik hanna
"Okay umi"
Mia pun masuk ke dapur untuk menolong umi membuat air. Daniel tak jadi mahu keluar setelah melihat tiada hanna
"Seganlah pulak aku nak keluar bila takde hanna" kata daniel sendirian
Tapi daniel keluar curi-curi untuk mencari kelibat hanna. Tetapi masih tiada, umi ternampak yang daniel nampak seperti mencarikan sesuatu lalu umi menegurnya
"Daniel cari sape tu?"
Terangkat bahu daniel apabila ditegur begitu
"Eh ya allah, terkejut daniel" kata daniel sambil mengosok dadanya
"Daniel cari hanna, hanna pergi mana umi?"
"Ouhh, cari hanna rupanya. Hanna pergi beli nasi berlauk kejap. Itu yang dia hilang"
"Ouhh, takpelah kalau macam tu"
Mia hanya memerhatikan sahaja perbualan umi dan daniel
"Ouhh, daniel namanya. Hensem orangnya" kata mia dalam hati
Setiba itu, hanna pun tiba dengan membawa nasi berlauk terus ke dapur untuk makan. Mereka pun makanlah bersama
Share this novel