Bab 33

Romance Series 20317

Hanna pun masuk ke rumahnya lalu menemani mummy

"Hanna mummy nak tanya boleh?

"Boleh mummy, mummy nak tanya apa?"

"Kalau mummy nak tetapkan tarikh yang kamu dengan daniel pilih tu sebagai tarikh perkahwinan boleh kan?"

"Tapi mummy persiapan dewan, baju, tiada lagi. Hantaran pun baru siap separuh"

"Takpe, pasal dewan dengan baju tu mummy akan mintak tolong kawan kami setelkan dekat kelantan"

"Yang hantaran tu pulak, hanna dengan daniel keluarlah petang nanti cari barang. Nanti hantar dekat mummy, mummy panggil kawan mummy jugak untuk hiaskan"

"Takpe ke mummy, macam menyusahkan mummy je pulak ni"

"Menyusahkan apa ye, tak susah pun la. Lagipun nanti hanna jadi menantu mummy kan. Nanti mummy mintaklah cucu ramai-ramai sebagai ganti rugi tu"

"Hehehehe, insyaallah mummy" jawab hanna malu-malu

Pada petang itu, setelah daniel siap mengemas rumahnya. Hanna dan daniel pun keluarlah untuk mencari barang hantaran. Semasa di dalam kereta hanna hanya diam sahaja, kerana dia banyak menuduh daniel. Tapi daniel masih lagi menyayangi dirinya

"Emm daniel saya sebenarnya nak mintak maaf dengan awak" kata hanna sambil tunduk sambil bermain dengan jarinya sendiri

"Kenapa pulak awak nak minta maaf?" tanya daniel selepas tersenyum. Walaupun daniel tahu hanna rasa bersalah

"Takde la, sebenarnya daniel saya nak minta maaf dengan awak sebab saya banyak buat salah dengan awak. Saya tak layan awak. Saya cuba nak mengelak daripada dan terakhir saya banyak tuduh awak"

"Saya betul-betul minta maaf dengan awak" kata hanna sambil tangannya memohon kemaafan dengan buat muka comel

"Hai la hanna, saya dah lama maafkan awaklah. Kalau saya jadi awak saya pun akan buat benda yang sama. Jadi saya tak salahkan awak pun"

"Betul ni?" tanya hanna inginkan kepastian

"Iye hanna natasha" jawab daniel sambil menahan rasa

"Hehehehe, awak tak marahkan?"

"Tak, tapi saya geram"

"Geram, kenapa?"

"Sebab awak comel sangat tadi. Awak jangan buat macam tu lagi lepasni sebab kita tak kawin lagi"

"Kalau kita dah kawin?" sengaja hanna ingin menduga daniel

"Dah lama saya cium awak. Ke awak nak sekarang?" ugut daniel

"Ahhhhh taknak, kalau tak. Saya tendang pintu ni biar terbukak"

"Hahahahahahahahahaha, takde la. Saya bukan macam tu"

"Huhuhu, nanti saya kawin dengan duda"

"Sape kata duda?"

"Awaklah yang duda sebab pernah kawin"

"Eh hello cik hanna, i still ada teruna tau. So i tak duda"

"Ouhh, okayyyyy"

Lalu mereka pun bergelak ketawa bersama setelah hampir 3 bulan menyepi

Mereka pun sampailah di mall yang ingin mereka cari barang hantaran itu. Mereka membeli-belah sambil menonton wayang. Hubungan mereka kembali kepada keadaan yang asal, mereka bahagia dan gembira. Mereka akan disatukan pada hujung bulan ini mengikut tarikh asalnya

Setelah hampir 5 jam mereka keluar, akhirnya pukul 9 lebih baru sampai ke rumah

"Haihh lama pulak dah menunggu kepulangan orang nak kawin ni" kata mummynya

"Hehehe sorry la mummy, tadi daniel tengok wayang dengan hanna"

"Ouhh, keluar dating sekali rupanya"

Hanna hanya diam dan menundukkan kepalanya sahaja

"Takpelah mummy tak marah pun"

"Mummy daddy hanna minta diri dulu ya, nak balik rumah" kata hanna semasa bersalam dengan mummy

"Emm baiklah, dah malam ni. Hati-hati ya, kalau ada apa-apa telefon je mummy. Tak pun jerit je mummy dengan daddy ada dekat rumah daniel ni"

"Baiklah mummy daddy. Bye, assalamualaikum"

"Bye, waalaikumsalam" jawab mummy dan daddy

Daniel menghantar hanna sehingga ke depan pintu pagar rumah hanna sahaja

"Bye awak, thank you tau sebab dah banyak belanja saya harini"

"Bye, welcome. Saya tak berkira pun la sebab awak kan bakal jadi isteri saya. Tak kan la saya nak berkira"

"Hehehehe, okaylah bye, good night, assalamualaikum, sweet dream"

"Bye lagi sekali, good night, waalaikumsalam, sweet dream too"

Hanna melambaikan tangan kepada daniel. Mummy dan daddynya hanya melihat daripada luar. Mereka tahu daniel amatlah menyukai hanna

Daniel balik dalam keadaan tersenyum senang. Hatinya gembira kerana hanna masih menyukai dirinya

"Haiii tengok tu abang, ada orang dah berbunga balik. Sebelum ni kecut aje bunganya" kata mummynya sambil membuka beg kertas

"Itu la, biasalah orang nak kawinkan" kata daddynya sambil membelek surat khabar

"Alaaa mummy dengan daddy ni, daniel rasa bahagia sangat sebab hanna masih suka dekat daniel. Daniel risau sebenarnya kalau hanna dah ada peganti. Daniel boleh jadi gila kalau hanna ada yang lain" kata daniel jujur

"Hemmm ye la, dah pergi mandi. Tahu la bahagia, tapi tak kan la sampai tak mandi"

"Okaylah mummy"

"Hanna ku sayang, selamat pengantin baru, semoga berbahagia. Selamat ke anak cucu, semoga kekal bahagia" nyanyi daniel sehingga ke biliknya

Sebelum mandi daniel sempat lagi menghantar mesej kepada hanna untuk menganggu buah hatinya itu

"Hanna dah tidur ke?"

"Tak lah, belum. Kenapa?"

"Tiada ade pape, saje je nak ganggu. Kacau ke?

"Kacau sebab saya tengah tengok citer crush saya"

Terkejut daniel membacanya bila hanna cakap citer crush

"Awak janganlah salah faham daniel. Maksud saya, saya tengah tengok citer china yang hero dia saya minat. Tu je"

"Ouhh, takpe lah kalau macam tu. Terkejut saya"

"Tahu"

"So saya kacau la ni?"

"Kacau sebab hero dia hensem"

"Tapi saya tak hensem ke?"

"Hensem, tapi awak hensem melayu. Dia hensem china. So berlainan"

"Hemmn okaylah"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience