Pada pukul 8 pagi, hanna bergegas pergi ke keretanya untuk bergegas ke pejabat
Tiba-tiba hanna terpandang tayar kereta depannya yang telah bocor "pelik macam mana boleh bocor, ke sebab aku dah lama tak isi angin tayar?"kata hanna sambil mengarukan kepalanya yang tidak gatal
Hanna tidak tahu ingin berbuat bagaimana, hendak menukarkan tayar kereta sendiri berat. "kat bengkel pun 2 orang tukar tayar ni, tak kan lah aku nak angkat sorang. Ada patah tulang aku terus" kata hanna sendirian
Hanna keluar ke pintu pagar rumahnya untuk melihat kalau ada orang yang lalu dihadapan rumahnya, dapatlah dia meminta pertolongan
Kemudian, hanna ternampak jiran lelaki depan rumahnya sedang mengemaskan barang masuk ke dalam bonet kereta
Hanna pun pergi mendapatkan lelaki itu "Emmm assalamualaikum awak"
"Waalaikumsalam ya ada apa?" kata lelaki tu tanpa memandang wajah hanna
"Boleh tak kalau saya nak mintak tolong awak sikit?" tanya hanna lagi
"Boleh" jawab lelaki itu lalu memandang wajah hanna
"Laaaaaa awak ke, kalau tak silap saya awak daniel kan kawan dazrin?" tanya hanna
"Haah, laaaa saya pun tak sangka awak rupanya" jawab daniel dalam senyuman
"Btw awak suruh saya tolong apa tadi?"
"Ouhh, tolong tukarkan tayar kereta saya boleh tak?
"Ouhh, boleh je janji ada barangnya"
Lalu mereka pun pergi semula ke kereta hanna, daniel pun memeriksa lalu menukar tayar kereta hanna dengan mengambil masa 40 minit kerana agak sikit susah
"Sorry la kalau saya dah menyusahkan awak pagi-pagi ni" kata hanna dalam keadaan bersalah
"Ehh takde pape la, simple je ni " jawab daniel sambil lap peluhnya
"Btw ni kad Cafe saya, awak bolehlah datang sana untuk minum-minum dengan kawan awak"
"Ouhh, terima kasih insyaallah nanti free-free saya datang" kata daniel sambil menyambut huluran kad daripada hanna
"Terima kasih sebab awak dah bantu saya dan ni kad saya, kalau awak perlukan apa-apa pertolongan boleh call saya" kata hanna
"Ouhhh, Ya Allah takde pape la. Lagi pun saya memang ikhlas tolong awak tadi. Terima kasih atas nombor ni" kata daniel sambil gembira di dalam hati
"Sama-sama" jawab hanna dalam keadaan segan-silu
"Saya minta diri dulu, Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam" jawab daniel
Setelah sampai di pejabat, hanna terus naik ke biliknya
Hanna memikirkan sesuatu yang tidak mungkin, tetapi apakah ia kebetulan atau memang benar
"Lelaki yang aku nampak seksi semalam tu dia ke? ataupun hamba Allah yang lain?"
"Tapi yang keluar daripada rumah tu dia sorang je, tak mungkinlah ada kawan dia?"
"Ehhhh Ya Allah, kenapalah dengan aku ni"
"Tak pernah lagi aku jadi macam ni disebabkan lelaki"
"Aku sihat ke tak?" tanya hanna sambil memegang dahinya sendiri
"Kemain senang pulak tu aku nak bagi nombor telefon kat dia"
"Dulu susah nak bagi nombor telefon sampai sanggup lagi aku menipu kata dah kahwin la, apa lah"
"Ke aku dah suka kat dia?" tanya hanna dekat diri sendiri
"Aighhhhh, mengarutlah"
"Tak kan sekali dua pandang dah suka, taknaklah nanti jadi cinta monyet pulak"
"Wahai hanna natasha fokus dengan kerja kau, fokus fokus fokus"kata hanna sambil menampar lembut mukanya sendiri
Hanna terus sambung menyiapkan kerjanya
Share this novel