Daniel pulang dari pejabat dalam keadaan gembira sambil nyanyi-nyanyi gelak ketawa bagai. Lepastu senyum-senyum
"Arghhh abang, asal happy semacam tu?" tanya tiara
"Hehhhh, sibuklah budak kecik ni. Cer bagi salam dulu. Ni main terjah je kejenye. Takde keje lain ke?" jawab daniel sambil menyanyi
"Takde la, tiara tengok abang happy je balik ni. Pagi tadi kemain mood swings macam orang mati bini gayanya. Ni macam orang nak kawin"
"Eaaaaaa, abang nak kawin eh?" tanya tiara sambil buat bentuk hati kepada abangnya
"Mana ada kawin, tak kawin lagi. Tapi esok abang pergi langkawi kene tengok tapak projek kat sana" jawab daniel sambil terangkat-angkat keningnya
"Ouhhhh patutlah happy semacam, rupa-rupanya boleh jumpa buah hati"
"Ada udang disebalik maggie la katakan"
"Yeahhhh, pandai pun adik abang sorang ni. Tak sia-sia abang bagi duit bulanan belajar luar negara"
"Eh abang ni, dah alang-alang abang ke sana jugak kan. Abang ada apa-apa perancangan untuk bagitahu kat kak hanna?" tanya tiara
"Ada, dah banyak dalam kepala otak abang ni rancangan tu. So dont worry, this is daniel mikael okay"
"Hemmmm ye la, semenjak nak jumpa gi buah hati. Kemain eh, mulut tu jadi banyak macam biasa"
"Yes, of course"
"Tak sabar nak gi jumpa buah hati esok. Buah hati, buah hati berkembang dalam hatiku".kata daniel daripada bawah sampai ke biliknye
Waktu makan malam tiara hanya memandang gelagat abangnya. Makan bertambah, makan pun banyak cakap. Makan pun senyum-senyum
"Hehhh, teruk dah abang aku punye angau ni. Tahap kritikal ni. Kene gi kawin dah ni"
"Tiara abang nak naik atas, nak kemas baju. Lepastu abang nak rehat. Tiara tolong kemaskan tau, Thank you tiaraku sayang, bye, good night"
"Hemmmm ye la, welcome, bye, good night"
"Tengok tu, dia punye tak sabar nak jumpa dengan buah hati. Punye la awal dia gi kemas baju. Kalau tak, nanti dah tengah malam baru dia kemas"
"Hehhhh abang aku ni"
Keesokan paginya, daniel turun dalam keadaan gembira. Lalu terus ke meja makan untuk sarapan pagi bersama adiknya
"Awal abang turun, tak pukul 7 pagi"
"Haah, saje nak gerak awak gi langkawi"
"Ouhhh, ye la tu" jawab tiara
"Takpelah, jomm la sarapan dulu. Nanti tiara nak sambung tido balik lepasni"
"Okay"
Mereka pun sarapan pagi, selesai sarapan pagi daniel pun mengangkat beg pakaiannya memasuki bonet belakang keretanya
"Abang hati-hati tau memandu, dah sampai nanti bagitahu tiara"
"Okay, tiara pun hati-hati. Jangan buat benda pelik-pelik dalam rumah abang. Kalau abang tahu, siap tiara. Semua duit bulanan abang potong" pesan dan ugut daniel terhadap adiknya
"Okay abang, tiara ingatlah"
"Abang pun ingat rancangan abang kat sana nanti. Jangan pulak tak jadi, itu je masa yang abang ada. Kalau dah balik sini, susah dah"
"Itulah, abang pun harap camtu. Takpelah abang gerak dulu. Hati-hati. Kalau ada apa-apa telefon je abang terus" kata daniel sambil mengosok kepala adiknya
"Okay abang, bye, hati-hati jugak. Assalamualaikum" jawab tiara sambil menyalami tangan abangnya
"Okay, bye, waalaikumsalam" jawab daniel lalu berlalu pergi ke kereta dan bergerak keluar daripada rumahnya
Setelah 6 jam perjalanan daripada cyberjaya ke langkawi. Akhirnya daniel telah tiba di langkawi dan memilih hotel langkawi untuk menjadi kediaman sementaranya disana
Apabila memasuki bilik hotel, daniel memilih untuk merehatkan badannya kerana dia perlu melihat tapak projeknye esok bukan harini. Tetapi memandangkan hanna pun turut berada disitu. Jadi dia datanglah awal sehari
"Hemm agak-agak dia duduk kat hotel mana eh?"
"Tapi kalau ikut tempat tapak projek tu. Hotel ni yang paling dekat" kata daniel lalu bangun daripada katil menuju ke koridor lalu membuka pintu sliding door
"Segar je udara bila dekat dengan pantai ni"
Sedang mata daniel meliar melihat seluruh kawasan pantai, daniel terpandang susuk tubuh yang dikenali. Tapi macam tidak jugak, andainya dia tersalah orang
"Ehhh tu dia ke? ke aku yang salah pandang sebab angau kat dia?" kata daniel kepada dirinya sendiri
"HAHAHAHAHA tak mungkinlah, tapi kalau betul. Hehh baik aku turun gi tegur. Kalau betul rezeki, kalau salah kita mintak maaf je la cakap salah orang"
"See idea dalam otak" kata daniel sambil ketawa
Daniel turun lalu berjalan ke pesisir pantai untuk mencari kelibat susuk tubuh yang dikenalinya tadi
Tiba-tiba dia terpandang perempuan itu ada di sebelah kanannya sedang membeli aiskrim
"Ouhh, tengah beli aiskrim rupanya" kata daniel dalam hati sambil berjalan pergi ke arah perempuan itu
"Assalamualaikum" kata daniel daripada belakang perempuan itu
"Waalaikumsalam" jawab perempuan itu lalu memalingkan tubuhnya untuk melihat siapa gerangan salam tadi
"Ehhhhhhh" dengan serentak mereka menyebut
Share this novel