Bab 19

Romance Series 20317

Mata hanna memandang daniel sambil mengangkat keningnya tanda menanyakan sesuatu

Daniel hanya membalas dengan angkat bahu, lalu melepas pergelangan tangannya dan senyum

"Ishhhh, dah la sesuka hati je pegang pergelangan tangan aku. Lepastu boleh pulak panggil aku wife dia"

"Gementar kott"

Setelah selesai meeting selama 2 jam. Hanna dan daniel pun berlalu keluar. Diikuti dengan rayyan di belakang daniel

"Hanna i gerak dulu, kalau ada pape you boleh call i" kata rayyan sambil mengenyitkan matanya lalu beredar

"Elehhhh, geli aku dengan mamat tu. Main-main mata dengan buah hati aku pahal. Ni buat aku angin satu badan" kata daniel perlahan tapi masih dapat ditangkap oleh hanna

"Emm daniel awak kenapa?" tanya hanna ingin tahu

"Takde pape la, takde mood" jawab daniel acuh tak acuh

Mereka pun pergi ke restoren untuk makan tengah hari sebelum pulang ke hotel. Setibanya di restoren. Mereka pun duduk lalu memesan makanan yang mereka ingini

Setelah 20 minit menunggu, makanan pun tiba

Hanna makan macam biasa, tetapi daniel tidak langsung menyentuh makanannya. Hanya usik sikit-sikit sahaja. Takde mood la katakan selepas buah hati kena takel dengan orang lain

Hanna pun mula berbual, untuk memecahkan kesunyian diantara mereka

"Daniel awak kenapa?" tanya hanna ragu-ragu

"Takde pape" jawab daniel malas

"Tadi awak cakap lapar, kita dah makan pun. Awak makanlah, tak baik main makanan tu" kata hanna

"Saya takde mood nak makan"

"Awak makan la sikit, nanti awak sakit"

"Hemmm ye la"

"Aku tak boleh macam ni, lama-lama boleh naik gila aku macam ni kalau si mamat tu kacau dia. Dia aku punye kott, aku dah suka kat dia. Tapi dia tak tahu yang aku suka kat dia"

"Baik aku berterus terang, atau biar dulu. Tapi kalau aku biar, nanti kena kebas. Gigit jari sampai putus la aku nanti"

"Ehhhhhh, tak boleh jadi ni. Masa aku kat langkawi ni la aku nak luahkan perasaan aku kat dia. Haritu aku dah rancang. Bila eh nak bagitahu, tak kan nak cakap sekarang. Ada jugak orang yang tercekik nanti. Tak pasal-pasal muka aku masuk surat khabar nanti kata bunuh orang"

"Malam nantilah aku bagitahu dia, tu pun kalau dia free. Harap-harap free la, aku betul-betul nak bagitahu. Semoga terjadilah"kata daniel didalam hatinya sambil makan dan matanya memandang hanna

Setelah mereka selesai makan, hanna sedang menghabiskan air mocha ais nye. Daniel bertanya kepadanya

"Malam ni awak free tak hanna?"

"Emmm malam ni, pukul berapa tu?" tanya hanna kembali

"Dalam pukul 8 macam tu"

"Emmmm free je, kenapa?"

"Ouhh, kalau saya nak ajak awak dinner boleh tak malam ni?"

"Ouhh boleh je, awak belanja saya makan boleh?"

"Boleh je, no hal"

"Okay, so nak dinner kat mana?

"Nanti saya share location kat awak. Tapi bukan dekat restoren hotel la"

"Ouhh, okayyy insyallah boleh. Nanti pape saya bagitahu awaklah"

"Okay, alright"

Mereka pun berjalan menuju ke kereta lalu pulang ke hotel untuk berehat setelah kepenatan

Hanna terus berehat apabila sampai dihotel. Manakala daniel pergi ke tempat yang ingin makan malam bersama hanna nanti. Dia ingin menghias tempat itu. Destinasinya di pantai cenang langkawi.

Daniel juga turut membeli sejambak bunga tulip putih, dan sebentuk cincin sebagai tanda hubungan mereka mulai rapat

Daniel juga memesan agar segala kelengkapan yang diingini itu lengkap, tiada yang kurang, dan tiada yang terlebih

"Harap-harap takde masalah apa-apa lepasni. Dah la aku gementar, ni baru sekarang belum masa dinner nanti"

"Ya allah kau permudahkan lah urusan aku malam nanti, ya allah kau bukalah pintu hatinya untuk menerima dan menyukaiku, ya allah kau berikan aku kekuatan untuk bercakap dihadapannya nanti"

"Semoga diri aku tenang sebelum berhadapan dengan dia" kata daniel dalam hati

Pada pukul 7 petang, hanna mendapat mesej daripada daniel supaya memakai pakaian berwarna biru muda. Tetapi hanna memakai sahaja kerana dia membawa sepasang baju kebaya bewarna biru muda dipadankan pula dengan tudung berwarna royal blue

Hanna juga mendapat location dimana tempat yang harus dia pergi sebelum pukul 8

"Nasib baik 20 minit je pergi balik, kalau tak. Tak datang dah" kata hanna sambil memasuki tempat letak kereta

"Tapi asal tepi pantai ni?" tanya hanna pelik
dan agak sedikit risau

Tiba-tiba ada seorang lelaki hadir sambil membawa kad, lalu lelaki itu menegurnya

"Assalamualaikum, ni cik hanna kan?" tanya lelaki itu

"Waalaikumsalam, ya saya hanna. Ada apa ya?" tanya hanna kembali

"Ouhh, saya nak bagi kad ni untuk cik hanna. Saya minta cik hanna ikut je peta dalam kad tu dan akan tiba di tempat yang disediakan nanti" pesan lelaki itu

"Ouhh, baiklah. Terima kasih"

"Sama-sama"

Hanna pun mengambil kad itu, lalu pergi la ke tempatnya dalam mengambil masa 10 minit sahaja

Setibanya hanna dia sana, hanna ternampak sebuah khemah yang berada di tepi pantai. Dihiasi dengan bunga, lampu kelip-kelip, dan makanan

"Kalau ikut peta ni, itu lah tempat dia. Tapi kenapa takde orang. Ada orang tempahkan untuk aku ke? Tapi aku tak pesan pun" kata hanna dalam hati

Tiba-tiba datanglah seorang perempuan lalu menegur hanna

"Ni, cik hanna ke?"

"Iye saya"

"Ouhh, marilah ikut saya. Saya bawa cik hanna ke meja yang telah ditempah khas"

Hanna pun berjalan, lalu sampai dibawah khemah itu. Hanna pun menarik kerusi lalu duduk

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience