Hanna pun pergilah menuju ke bilik tersebut lalu dilihat daniel tidak berbaju sedang pegang kepala. Manakal mia hanya berbungkus dengan kain selimut dan menangis
Terdiam hanna dibuatnya, terjatuh bunga dan kotak hadiah yang dipegang oleh hanna untuk diberikan kepada daniel
"Apa yang dah jadi ni awak?" tanya hanna dalam gugup, matanya sudah pun mula berair
Daniel mengangkat kepala lalu memandang hanna, lalu terus menuju ke hanna dan memegang lengan hanna
"Hanna saya tak buat pape pun, saya cuma tunggu ketibaan awak je. Sumpah demi Allah saya tak buat apa-apa pun" kata daniel sambil mengharapkan kepercayaan kepada hanna
"Habis tu macam mana boleh jadi macam ni?" tanya dalam air matanya mulai tumpah
Daniel masih dengan jawapannya yang sama. Dia pening nak bagi jawapan untuk hanna mempercayainya dengan pening rasa pelik
"Hanna saya langsung tak buat apa-apa, saya sedar-sedar semua dah jadi macam tu. Saya keliru macam mana saya boleh jadi macam ni. Tolonglah percayakan saya hanna. Saya sayangkan awak, saya tak nak kehilangan awak hanna. Lagi 3 bulan kita nak kawin kan" kata daniel cuba untuk memujuk hanna
Lama hanna terdiam mendengar luahan daripada daniel. Dia tidak tahu antara mahu percaya ataupun tidak. Mahu menuduh tapi tiada bukti. Pening kepala dibuatnya
"Kita akan bawa encik dan cik ke pejabat untuk selesaikan masalah tangkap khalwat ni. Kita akan kahwinkan mereka berdua" kata ketua pejabat agama itu
Mia rasa amatlah gembira apabila mendapat berita bahawasanya dia akan berkawin dengan daniel
"Jadi lepasni, daniel akan sah menjadi milik aku selama-lamanya. Kau gigit jari je la hanna" kata mia dalam hati
Hanna terus berlari keluar daripada bilik hotel itu, dia terus menuju ke dalam kereta. Hanna cuba untuk menahan rasa sakit dihatinya kerana kejadian yang dilihat sendiri depan matanya. Dia sangka daniel begitu rupanya
Daniel dan mia ditahan lalu dibawak turun ke bawah hotel dan terus masuk ke dalam van jenazah untuk dibawa ke pejabat agama. Daniel sempat melihat hanna di dalam keretanya sambil menangis
"Hanna saya tak buat macam tu" kata daniel yang hanya mampu terluah dalam hati
Hanna memandu keretanya dalam keadaan menangis, setibanya di rumah. Hanna masih menangis malah lebih teruk daripada tadi. Hanna mengentak kepalanya ke stereng keretanya dengan kuat sehingga merah dan bengkak dahinya. Apabila terasa sakit barulah hanna masuk ke dalam rumah lalu terus menuju ke biliknya
Hanna mandi dan solat untuk meminta bantuan daripada Dia untuk dirinya kini yang dalam kesedihan dengan dugaan dan ujian yang mendatang
Hanna tak tahu apa yang terjadi pada daniel pada malam itu, dia langsung tak mahu mengambil peduli. Hati dia sakit, sakit yang teramat. Hanna tidak pernah merasai sakitnya hati sekarang ini. Hatinya retak berkecai. Apa yang akan dijawab olehnya nanti apabila ditanya oleh umi dan abah??
Daniel cuba untuk menghubungi hanna tapi masih lagi berada di dalam talian anda tidak dapat dihubung. Dimanakah hanna sekarang? Dia tahu hanna terluka tapi dia cuba untuk memberitahu perkara sebenar tetapi dia tiada bukti untuk mengatakan dia benar
"Hanna tolonglah angkat" kata daniel dalam hati
Tapi masih masa masuk ke panggilan mesin sahaja
"Kita kawinkan je la diorang dua ni, kalau tak kawinkan bahaya" kata seorang daripada pejabat agama tadi
"Itulah"
Mereka pun berkawinlah dengan mas kawin hanyalah RM 100 sahaja
Daniel hanya diam tidak tahu mahu bercakap apa dengan mia, walaupun mia telah sah menjadi isterinya. Dia masih menantikan hanna. Apa yang akan dijawab olehnya nanti apabila di tanya oleh mummy dan daddynya nanti
"Ya allah dugaan apa yang kau berikan pada aku ini" kata daniel dalam hati sebelum menundukkan mukanya
Daniel bangun lalu pulang ke rumah. Mia mengikut sahaja
Setelah sampai dirumah, dilihat rumah hanna masih cerah itu bermaksud hanna tidak tidur lagi. Tetapi bagaimanakah keadaan hanna sekarang?
Daniel masuk ke dalam rumah diikuti dengan mia. Mia berasa terkejut bila dilihat keluasan rumah daniel amatlah besar dan nampak mewah. Dilihat daniel naik ke bilik dia terus laju mengikut langkah daniel
Setibanya di atas daniel pun masuk ke dalam biliknya lalu mengunci pintu. Mia pun mengetuk pintu
"Abang bukaklah pintu ni, mia nak tidur dekat bilik mana ni?" tanya mia daripada luar
Daniel malas mahu melayan, daniel hanya diam lalu membuka sliding door untuk melihat hanna. Tetapi tidak sliding door bilik hanna tertutup rapat
"Hanna" seru daniel
Hanna hanya diam di atas katil, walaupun dia terdengar suara daniel memanggil namanya. Tiada hati untuk hanna mengeluarkan mukanya
Akhir sekali hanna terlelap dalam keadaan kesedihan, dan daniel pula tertidur dibiliknya seorang diri sambil memeluk telefonnya yang menunjukkan gambar majlis pertunangan mereka berdua
Pagi keesokan harinya, hanna tidak masuk ke pejabat kerana demam akibat dahinya bengkak dan telah mendapat MC selama 3 hari. Hanna hanya berehat dirumah dan cuba untuk mengelak daripada bertembung dengan daniel. Dalam masa yang sama juga, hanna cuma untuk melupakan daniel
"Ya allah kau lupakanlah ingatan aku terhadap daniel, mungkin dia bukan jodoh aku" kata hanna sendirian
Pada hujung minggu hanna seperti biasa akan keluar untuk membuang sampah dan menyiram pokok diluar pagarnya
"Ya allah, kau janganlah bagi aku terserempak dengan daniel" doa hanna dalam hati
Aleh-aleh dia keluar ternampak daniel yang sedang mengangkat barang masuk ke dalam bonet kereta. Tapi hanna langsung tiada niat untuk melihat daniel. Walaupun hanna melihatnya melalui ekor mata sahaja. Mia hanya memerhati pandangan suaminya itu terhadap hanna
"Aku tak sangka pulak dorang ni kira depan rumah, patutlah senang nak bercinta. Selalu jumpa rupanya" kata mia dalam niat jahatnya itu
Tiara, mummy, daddy dan ibu bapa hanna tidak tahu pasal perkahwinan daniel itu
Share this novel