Waktu lunch, hanna pergi ke Cafe Family's untuk makan dan minum disana sambil melihat pekerjanya
Setibanya disana, hanna duduk di ruangan yang agak terlindung dan tertutup untuk tenangkan fikirannya
"Lega aku kat tepi ni, tengok air hujan yang baru nak turun"
Tiba-tiba hanna ternampak daniel datang ke cafenye seorang diri
"Emm nak panggil ke tak nak, tapi rasa macam nak. Tapi kalau aku panggil nampak macam aku melebih pulak"
"Hmmmmm, takpelah cuba dulu. Pakai minyak wangi lebih-lebih sikit. hehehehe, gatai lah aku ni" kata hanna sambil menepuk lembut kepalanya
Daripada jauh daniel ternampak hanna, terus pergi ke meja hanna lalu menegur hanna
"Assalamualaikum hanna"
"Waalaikumsalam eh daniel"
"Boleh saya duduk dekat sini?"
"Ehh boleh, duduklah"
"Emmm wangi betul dia harini, tapi macam pernah bau minyak wangi ni. Kat mana eh?" kata daniel dalam hati
"Eh awak pesan la air dulu, harini saya belanja" kata hanna sambil tersenyum. Hati dah suka ni
"Ouhh, seriouslah awak nak belanja. Emm okay kalau awak belanja. Saya pesan air yang mahal-mahal la sikit boleh?" kata daniel sambil tergelak
"Hahahahaha boleh je. Takde masalah, sebab saya okay je"
Selepas mereka memesan air, mereka pun diam buat seketika waktu
"Emmmm aku nak tanya ke tak eh, berkesan ke cara yang tiara bagi semalam tu. Kalau tak berkesan macam mana eh. Tapi kalau berkesan, tapi cuba je la" kata daniel dalam hati sambil memikirkan cara untuk mulakan persoalannya
"Emm hanna saya nak tanya sesuatu kat awak boleh?" tanya daniel dalam takut-takut
"Apa dia? cam scary je tu" jawab hanna
"Emmm aaaa aappp apaaa, ciri-ciri lelaki idaman awak?" tanya daniel
"Apasal sekarang jugak aku nak gagap ni" kata daniel kepada dirinya sendiri
"Ouhh, wowwwww. Okay, emm ciri lelaki idaman saya eh. First dia tak pernah tinggal solat dan rajin baca al-quran. Second dia kena lebih pandai daripada saya. Third dia menghormati orang tua dan caring. Tu je la kott saya rasa. Tapi kenapa awak tiba-tiba je tanya ni?" tanya hanna pelik dengan persoalan yang diacukan daripada daniel kepadanya
"Ouhhhhh macam tu rupanya, kalau rupa paras macam mana?" tanya daniel lagi
"Ammmmmm, rupa paras tu saya tak kisah sangat dia good looking atau hensem. Tapi kalau boleh saya nak jugaklah yang hensem, baru sedap mata nak pandang" kata hanna "macam awak" hanya hanna kata dalam hati
"Ouhhhh betul jugak tu" jawab daniel dalam tawa halusnya
"Tapi kenapa awak tanya?"
"Ouhh, emmm saje je nak tahu ciri lelaki yang suka macam mana". jawab daniel dalam ragu-ragu. Dia takut terkantoi dengan hanna
"Tapi kenapa telinga awak merah?" tanya hanna lagi sambil tersenyum memandang daniel
"Ammm, takde pape lah" cepat-cepat daniel tutup telinganya dengan tangan
"Itulah kelemahan orang putih, nampak sangat bila dia malu kannn" kata hanna selepas itu ketawa
"Hahahahahahaha betul tu" jawab daniel dalam tawa juga
"Btw apa ciri-ciri perempuan idaman awak pulak?" tanya hanna
"Dia ulang soalan sama pulak kat kita" kata daniel sambil mengaru lehernye yang tak gatal
"Okay, saya suka perempuan yang sopan-santun, lemah lembut, pandai memasak, comel, caring dan cantik menawan" kata daniel "macam awak" sambung daniel dalam hati
"Ouhhhhh, wowwww. Agak unik citarasa awak tu"
"Itulah, macam susah nak jumpa. Tapi saya dah jumpa sebenarnya"
"Ouhhh, really. Siapa?"
"Kalau saya cakap, saya suka kan awak. Awak marah tak?"
Share this novel