Pada hari sabtu, hanna pergi ke Midvalley kerana dijemput untuk hadir event Dior.
Hanna mengenakan pakaian gaun labuh berwarna hitam manik-manik, yang apabila terkena silauan lampu ia akan menyinar. Hanna dikekelilingi oleh kamera-kamera yang ingin mengambil gambarnya
Seorang juruacara telah memanggil hanna untuk ditemu bual. Dia bertanya kepada hanna tentang serba sedikit kehidupan hanna sebagai seorang duta dan mempunyai kecantikan yang sangat cantik. Selain daripada itu, terdapat juga soalan yang diajukan kepada hanna bahawanya hanna diminati oleh ramai peminat dengan followers di instagram mencecah 3juta.
Hanna telah membuat live dia akaun ig nya dan telah mendapat tontonan yang ramai. Termasuklah dazrin dan daniel pun tengok jugak
"Wehhhhh cantik gilerr dia harini gi event Dior, nampak lain macham" kata dazrin
"Biasalah tu perempuankan, kalau ubah makeup dengan pakaian memang nampak lain" kata daniel acuh tak acuh
Tapi sebenarnya daniel akui, hanna seorang yang cantik. Tapi dia malas nak cakap kat dazrin. Sebab dazrin tak boleh nak kunci mulut
"Elehhhh kau pun daniel, kau ingat aku tak tahu kau pun usha gakk ig dia and tengah tengok live ig dia kann?" kata dazrin sambil menjeling rakannya itu
"Dah terkeluar, aku tengok la" kata daniel sambil buat muka tak tahu
Dengan secara tidak sengaja, daniel menjadi salah seorang followers hanna di instagram
Hanna pulang ke rumah dalam keadaan letih dan penat
Hanna terus menuju ke bilik untuk bersihkan dan berehat sebelum keesokkan harinya dia kena keluar berjumpa kawannya yang sekian lama tidak berjumpa
Dengan secara tidak terlantas, hanna bangun dan menuju sliding door lalu membukanya untuk mengambil sedikit udara
Dengan secara tidak sengaja hanna terpandang seorang lelaki yang tidak berbaju berada diberhadapan rumahnya. Hanna terkejut "Ya allah, awat sheshi nauu jiran depan rumah aku ni" terus cepat-cepat hanna masuk ke dalam rumah lalu menutup sliding door itu
"Apa yang aku nampak tadi?" kata hanna sambil menutup mukanya.
"Ya allah, subahanaallah, allahuakbar, tapi kan. Seksi jugak eh dia, ada 8 packs" kata hanna lagi sambil tersenyum sorang-sorang
"Ishhhh tak boleh jadi ni, syaiton banyak dalam kepala ni" kata hanna lagi
Hanna terus mengambil bantal lalu menutup mukanya dengan bantal sambil ternsenyum-senyum
"Kalau la dia jadi laki aku, agak-agak dia seksi macam tu tak?" kata hanna dalam hati. Sebelum hanna terlelap dengan sendiri
Share this novel