Bab 12

Romance Series 20317

Hanna datang ke rumah daniel dengan mengenakan baju kebaya berwarna putih kapas

Hanna berjalan lalu menuju ke rumah daniel

Knock knock knock

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam" jawab tiara daripada dalam

"Ehh akak, jemputlah masuk" kata tiara sambil bersalaman dengan hanna

"Jemput la duduk dulu kak, tiara pergi buat air sekejap"

"Okay"

Daniel pun turunlah daripada tingkat atas, daniel ternampak ada seorang perempuan duduk di sofanya sambil bermain telefon

"Sape perempuan ni, tak pernah bau pun minyak wangi yang dia pakai ni" kata daniel dalam hati

"Emmm awak sape ye?" tanya daniel daripada belakang

"Ouhh, ya allah. Mak aiii seksinye" jawab hanna sambil bangun dan memusingkan badannya ke arah lain

"Abang, ni kak hannnnn. Abang gi naik bilik balik, tengok diri macam mana tu. Tak malu ke kak hanna tengok?" kata tiara sambil menghulurkan air kepada hanna

"Alamakkkkk, sorry-sorry" kelang-kabut daniel naik ke biliknye

"Aduhaiiiii, malu dohhhhhh. Asal si tiara tak bagitahu dia nak datang. Tak pasal-pasal dia ishhhhhh" kata daniel sendirian

Daniel pun bersiap dalam masa 30 minit

"Akak nak tahu tak, abang tiara tu sebenarnya suka kat akak" kata tiara

"Ehhh mana ada tiara ni, memandai je cakap macam tu" kata hanna sambil menghirup jus strawberry

"Iye la kak, akak tak tahu. Tadikan tiara nampak abang tu tengok rumah akak tersenyum-senyum. Baru tengok rumah, tak tengok akak lagi"

Hanna hanya simpan senyum sahaja

"Akak, jom lunch"

"Jommmmmmm, tiara masak apa harini?"tanya hanna

"Tiara masak yang simple-simple je kak. Lagipun ni makanan kegemaran abang"

"Ouhhhh, woww. Nasi hujan panas dan ayam masak merah"

"Mesti sedapkan tiara masak ni"

"Takde la kak, tiara pun pandai masak gitu-gitu je"

"Eh abang dah turun, jomm makan sekali".ajak tiara untuk makan

"Okay" jawab daniel

Hanna tolong sendukkan nasi ke pinggan daniel dan pinggan tiara. Masa hanna menyenduk nasi ke pinggan daniel mata sempat bertentang tapi tak lama

Daniel pun membaca doakan makan sebelum mula makan tengah hari bertiga

"Akak, jemput la makan. Tambah la lagi banyak lagi ni tiara masak"

"Ehh takpelah, akak tak makan banyak sangat"

"Ouhhh, akak jaga badan ya?"

"Hehehehe, takde la. Akak memang tak makan banyak"

"Ouhh, takpelah. Janji akak sihat"

"Iye" kata hanna sambil senyum

Daniel hanya memerhatikan sahaja perbualan dua wanita itu. Daniel berada di tengah-tengah. Di kepit oleh wanita, kanan tiara, kiri hanna

"Hemmm, aku ni ibarat kumbang kene kepit dengan bunga ke?" kata daniel dalam hati

Selesai makan, tiara pun kemas meja makan. Hanna mengelap meja makan

"Ehh akak takpe, biar hanna yang buatkan. Akak duduk la dekat ruang tamu, borak-borak dengan abang" kata tiara sambil mengosok pinggan dalam singki

"Ouhh, emmm okay. Terima kasihnya tiara"

"Sama-sama akak"

Hanna pun keluar ke ruang tamu. Dilihat rumah lelaki kurang hiasan tapi kemas

"Dia takde kat ruang tamu la, aku duduk la tunggu tiara datang" kata hanna dalam hatinya

Tiba-tiba, daniel datang daripada tingkat atas lalu duduk di sofa.

"Dah lama ke berkawan dengan tiara?" kata daniel untuk memecahkan kesunyian dikalangan mereka

"Ouhh, saya baru je berkawan dengan tiara. pagi tadi" jawab hanna

"Ouhhhhhhhh, baru je la"

"Cantiknye la dia pakai macam ni, nampak manis, ayu, menawan hati aku" kata daniel di dalam hati sambil melihat hanna

"Sorry la pasal mula-mula awak sampai tadi tu, saya tak tahu pulak awak datang" kata daniel malu-malu sambil telinga merah

"Ehh takpe, saya yang kena minta maaf sebenarnya dekat awak. Sebab saya yang datang rumah awak"

"Hehehe, kira halal la eh apa yang aku ternampak tadi tu" kata hanna dalam hati

Setelah hampir satu jam hanna disana. Hanna pinta diri untuk pulang ke rumah. Walaupun rumahnya hanya berdepan

"Akak nak mintak diri dulu la tiara, dah lama akak duduk rumah tiara"

"Ouhh, alaaaa baru satu jam kak"

"Cik tiara, dah kak hanna awak tu kata nak balik. Tu tandanya kak hanna penat"

"Hemmmmm, takpelah kalau macam tu. Terima kasih akak tau sudi datang makan tengah hari kat sini. Nanti-nanti kalau akak free datang la lagi ya"

"Insyallah, tiara pun jemput la datang rumah akak kalau free-free. Ajaklah abang tiara datang sekali, boleh rasa akak masak pulak"

"Ouhh, boleh je kak. Takde masalah, janji akak yang masak"

"Boleh je, takde masalah. Akak minta minta diri dulu, terima kasih sekali lagi"

"Sama-sama akak. Bye. Assalamualaikum"

"Bye tiara, waalaikumsalam"

Mereka berpisah dengan salaman. Daniel hanya memandang. "Adik aku suka ngan dia ni, ada can nak tanya macam mana nak takel dia kat adik aku. hehehehe" kata daniel dalam diam

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience