Bab 24

Romance Series 20317

Setelah 8 bulan mereka menjalinkan hubungan cinta. Daniel ingin mahu hubungan mereka ke fasa seterusnya lalu daniel membawa hanna ke rumah orang tuanya iaitu terletak di Putrajaya

Daniel mula bermain chat dengan hanna

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam, ya ada apa encik daniel?"

"Hehehehe, awak tak hujung minggu ni?" tanya daniel

"Saya free je kenapa?"

"Kalau saya bawak awak jumpa parents saya boleh tak?"

"Seriously?"

"Yeahh, sebagai tanda permulaan. Awak kenal-kenal la dulu dengan parents saya. Saya pun ada bagitahu dorang pasal kita ni, cuma tak bagitahu sape orangnya"

"Ouhh, insyaallah boleh je"

Daniel sudah berjanji dengan hanna untuk mengenakan warna baju yang sama. Memandangkan adiknya sudah balik ke Universitinya. Jadi dia tak risau untuk memakai pakaian yang sedondon dengan hanna. Kalau tidak adiknya sorang tu nakal. Nama dia tiara tapi perangai macam lelaki

Daniel sudah menunggu hanna di depan pintu pagarnya. Hanna pun keluar lalu menuju ke kereta daniel dan masuk

"Sorry lambat sikit"

"Takpe, lagi pun saya yang bagitahu last minit warna baju ni"

"Jomm la kita gerak. Nanti lambat pulak" kata hanna setelah diperhatikan daniel memandangnya tidak berkelip

"Haaaa ye ye" kata daniel malu kerana terkantoi dengan dirinya

Dalam perjalanan mereka lebih banyak diam kerana tidak topik perbualan. Hanya radio yang menemani mereka

Setelah hampir 20 minit, mereka pun tibalah di perkarangan rumah keluarga daniel. Rumahnya besar seperti rumah agam. Hiasan luarannya tampak mewah yang dibaluti dengan warna emas

"Hanna jom masuk" panggil daniel

"Haa okay"

Hanna pun berjalan masuk sambil itu matanya meliar ke sekeliling rumah parents daniel

"Aku rasa daniel ni bukan calang-calang orang kalau parents dia pun duduk rumah agam" kata daniel dalam hati

Hanna pun terus mengikut daniel sehingga sampai ke sofa yang diduduki oleh parents daniel. Hanna bersalam dengan mak hanna

"Ni ke hanna natasha?" tanya datin sri dania

"Iye saya" hanna risau macam mana dia nak panggil mak daniel ni. Nak panggil makcik nampak macam orang ada-ada. Tersalah panggil nanti kan kene marah. Baik dia jawab sampai situ je. Lebih baik jawab pendek daripada jawab panjang kene marah

"Nama mummy datin sri dania sofia. Tapi hanna boleh panggil mummy je. Nak jadi menantu mummy tak tak lama lagi kan" jawab datin sri sambil tersenyum melihat daniel

"Betul tu, nama daddy pulak. Datuk sri rahman raiz. Panggil daddy je"

"Baiklah mummy, daddy" kata hanna malu-malu

Daniel pula hanya tersenyum memandang gelagat hanna yang malu tu, dia kelihatan sangat comel

"Nasib baiklah dia bukan isteri aku lagi, kalau tak dah lama aku cubit-cubit comel camtu" kata daniel dalam hati

"Daniel" panggil datin sri

Dilihat daripada tadi lagi duk tenung bagai nak tembus anak dara orang tu, tersenyum-senyum pulak tu. Geleng kepalanya

Mereka pun berboraklah sehingga bibik datang untuk panggil menjamu selera. Mereka pun makanlah beramai-ramai

Selesai makan, datin sri pun bertanya kepada hanna tentang keluarganya pula

"Hanna bila nak bawak daniel jumpa keluarga dekat kampung?" tanya datin sri

"Insyaallah hujung minggu depan"

Setelah hampir 3 jam hanna dirumah orang tua daniel. Hanna pinta untuk pulang ke rumahnya dan ingin memberitahu khabarnya untuk pulang ke kampung

Setelah sampai dirumah, hanna pun masuk ke dalam rumah

"Terima kasih sebab awak dah bawak saya jumpa keluarga awak. Saya tak sangka ibu bapa awak peramah dan baik macam tu. Dorang pun terima saya"

"Sama-sama. Dorang ikut je pilihan saya janji saya gembira dorang pun gembira jugak"

"Nanti bila awak dah telefon parents awak. Awak bagitahu saya. Nanti saya nak bersedia untuk balik kampung awak" kata danil bersemangat

"Okay"

Setelah hanna masuk ke dalam rumah, hanna pun terus naik ke biliknya lalu menghempas badannya ke atas katil. Hanna pun menelefon keluarganya untuk memberitahu khabar itu

"Hello assalamualaikum umi"

"Waalaikumsalam, ya hanna"

"Umi dan abah sihat ke?" tanya hanna

"Sihat, alhamdulillah"

"Hanna sihat?"

"Sihat, alhamdulillah"

"Kenapa hanna pelik je telefon umi malam-malam ni"

"Eh umi ni, macam tahu-tahu je. Hanna sebenarnya nak bagitahu sesuatu"

"Biasalah naluri seorang ibu kan. Tapi hanna nak bagitahu umi apa?"

"Hanna nak bagitahu umi, yang hujung minggu ni hanna nak bawak seseorang jumpa umi dengan abah boleh?"

"Ouhh, nak bawak jumpa seseorang jumpa umi dengan abah rupanya"

"Ouhh, boleh je. Nanti umi masak makanan yang istimewa untuk dia"

"Okay umi, baiklah"

"Hanna dah jumpa dengan ibu ayah dia ke?" tanya umi

"Dah umi, baru je balik daripada rumah dia"

"Ouhh, family dia okay ke dengan hanna?"

"Okay je alhamdulillah umi"

"Takpelah kalau hanna dah cakap macam tu, nanti apa-apa bagitahu umi"

"Baiklah umi, bye, assalamualaikum"

"Bye, waalaikumsalam"

Setelah selesai hanna menelefon uminya, hanna pun menghantar mesej dekat daniel

"Hai daniel assalamualaikum"

"Hai hanna waalaikumsalam"

"Daniel saya nak bagitahu yang parents saya setuju kalau awak nak jumpa dorang hujung minggu ni"

"Ouhh, so bolehlah kiranya saya jumpa dorang nanti"

"Lagi cepat jumpa parents awak, lagi cepat boleh kawin nanti kan" usik daniel

"Haaaa insyaallah kalau awal lepas ujian keluarga saya nanti"

"Haaaa ada ujian jugak? ujian apa?"

"Hanna saya risau takut tak lulus ujian awak nanti"

"Insyaallah lulus, kalau dah jodohkan"

"Insyaallah aamin"

"Aamin"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience