"Hehehehehe, sebab sayang istirehatlah hubby" kata hanna sambil tangannya merayap di leher daniel
"Alaaa sayang ni, seriouslah. Tak lawak tau"
"Ya allah betul hubby, sayang istirehat. Baru je tadi masa nak mandi petang tadi" jelas hanna
"Alaa terbantut lagi la ni niat hubby" kata daniel pura-pura sedih
"Lebih kurang begitu lah"
"Kalau hubby nak kiss sayang boleh?" tanya daniel mencuba nasib
"Kenapa hubby nak kiss?" tanya hanna kembali
"Sebab bibir sayang seksi la, mengoda iman hubby. Nak kiss sikit je boleh?"
"Tak boleh jugak. Sayang takut hubby tak boleh kawal. Nanti lain jadinya"
"Aloooo"
"Hubby berpuasa la dulu ya dalam seminggu macam tu, boleh?" tanya hanna
"Boleh atau tak boleh, hubby still kena puasa jugak. Sama je la tu, hemmm bolehlah" jawab daniel dalam monyoknye
"Hehehehe, hubby nak peluk sayang tak malam ni?" tanya hanna
"Nak, mestilah nak peluk isteri sendiri ni"
"So malam ni hubby boleh peluk je, tapi sayang nak lengan hubby jadi bantal dan badan hubby jadi bantal peluk sayang boleh?"
"Boleh je, janji sayang yang peluk. Hubby tak kisah pun"
"Okay"
Mereka pun tidurlah bersama, tahu-tahu je dah pagi. Hemmm bila dah halalkan
Pada keesokan harinya, hanna bangun lebih awal daniel untuk membersihkan diri. Harini majlis bersanding akan berlansung
Hanna mengangkat dengan perlahan tangan daniel yang terletak elok di atas perutnya
"Berat la pulak tangan laki aku ni" kata hanna dalam hati
"Emmmm sayang nak gi mana?" tanya daniel dalam mamai
"Sayang nak mandilah hubby, tak selesa la tak mandi ni"
"Alooo, baru nak peluk" rengek daniel
"Nanti lepasni kita sambung peluk la" kata hanna lalu bangun mengambil tuala dan pakaiannya terus masuk ke bilik air
Setelah selesai mereka berdua bersiap memakai pakaian untuk bersanding, mereka terus bergerak ke dewan untuk langsungkan majlis persandingan tu
Sekeluarga daniel datang buat kali terakhir sebelum meninggalkan daniel dengan keluarga hanna
Setelah seminggu pernikahan daniel dan hanna, mereka pulang ke KL. Mereka masih duduk di rumah daniel berdepan di rumah hanna
Mereka berehat dulu di sofa untuk menghilangkan lenguh selepas 7 jam memandu kereta. Hanna duduk berlunjur di atas sofa manakala daniel pula membaringkan kepalanya membantalkan paha hanna
"Hubby nak tumpang tidur jap atas peha sayang ni" kata daniel sambil mengosok peha hanna
"Boleh tapi satu syarat"
"Apa dia sayang?" tanya daniel dalam keadaan matanya tertutup
"Hubby bayar dulu" kata hanna sambilkan tangannya tanda meminta duit
"Ouhh boleh malam ni hubby bayar, tapi sekarang hubby nak tidur dulu"
"Ikut suka hubby la" tidak lama kemudian mereka sama-sama terlelap disitu
Hanna tersedar kerana berbunyi panggilan yang masuk
"Emm pukul berapa dah ni" kata hanna sambil mengosok mata dan melihat daniel masih nyenyak tidur di atas ribanya. Lalu di capai telefon di dalam beg tangannya
"Hello assalamualaikum"
"Waalaikumsalam ouh umi rupanya"
"Iye umi, dah sampai rumah ke belum?"
"Dah umi, dah tertidur pun. Maaf la umi hanna lupa nak telefon lepas sampai tadi"
"Hemm takpelah kalau dah cakap macam tu. Umi letak telefon dulu ya, assalamualaikum"
"Waalaikumsalam"
Daniel pun terbangun apabila terdengar bualan umi dan hanna
"Sape telefon sayang?" tanya daniel
"Ouh umi, umi ingatkan kita tak sampai lagi"
"Ouh"
"Emm sayang nak naik atas kejap, sayang nak mandi"
"Hubby nak ikut, hubby nak mandi dengan sayang jugak" kata daniel gatal
",Eh gatal lah hubby ni, sayang tak nak" kata hanna sambil lari ke tingkat atas
"Sayang je yang tak nak, tapi hubby nak" usik daniel
Selesai mereka menunaikan solat maghrib yang diimamkan oleh daniel. Hanna pun turunlah ke bawah semula untuk menyediakan makan malam, sambil hanna memasak tiba-tiba hanna terasa ada tangan yang sedang memeluk pinggang rampingnya
"Hubby sayang tengah masak ni janganlah kacau tak khusyuk tau"
"Alaa nak peluk sikit pun tak boleh, sayang ni kedekut la"
"Mana ada kedekut, sayang cuma tak khusyuk je"
"Hemmm ye la, takpe kejap lagi hubby nak peluk sayang ketat-ketat sampai sayang tak boleh nak lari"
"Emm sedapnya bau, sayang masak apa?"
"Sayang masak nasi sup ayam masak merah"
"Wahh ayam masak merah sedap kalau sayang yang masak"
"Opcos, tengok tanganlah"
"Tahu la tangan cantik cik kak" kata daniel sambil mencium bahu hanna
"Hubby janganlah geli la sayang"
"Tak nak, hubby nak cium jugak sebab sayang seksi sangat malam ni. Pakai baju tidur pun paras peha je" kata daniel sambil meletakkan dagunya di atas bahu hanna
"Mana ada seksi, sayang dah biasa pakai macam ni masa nak tidur malam-malam sebelum kawin"
"Itu sebelum sayang, sekarang dah kawin dan hubby ni lelaki original sayang mestilah hubby nampak sayang seksi"
"Dah la hubby ni, sayang nak siapkan makanan. Ke hubby nak masak sendiri?"
"Tak nak, hubby tak ambik lesen memasak. Hubby ambik lesen buat anak je" kata daniel lalu berlari ke ruang tamu
"Ishhh laki aku ni, asyik merepek je la dia ni. Nakal" kata hanna di dapur
Hanna pun menghidangkan makanan untuk mereka berdua makan
"Sedap sayang masak, pandai sayang masak"
"Terima kasih suami bagi pujian you alls"
"Emmm esok sayang cuti lagi kan?"
"Haah cuti lagi kenapa?"
"Hehehehe, tiada apa-apa lah" kata daniel sambil senyum
"Hubby ni ada sesuatu kan?. Cakaplah apa dia?"
Share this novel