Bab 25

Romance Series 20317

Hujung minggu itu, hanna pun bersiap-bersiap awal pagi untuk bertolak pulang ke kampung bersama daniel. Daniel hanya menumpang kereta hanna untuk balik ke kelantan kerana tidak tahu selok belok jalan. Jadi mereka pun pulang bersama

Daniel pun pergilah ke rumah hanna sambil menolak beg tariknye masuk ke kawasan rumah hanna. Hanna pula sedang menunggu daniel di bonet kereta sambil mengangkat begnya itu

"Mehh la saya angkat beg awak tu" kata daniel

"Ehh takpelah, saya dah biasa angkat sendiri" kata hanna

"Ouhh, takpelah. Saya tolongkan jugak, alang-alang saya angkatkan beg saya sekali"

"Okay, dah ada orang nak tolongkan. Saya tunggu dalam kereta la"

"Okay" kata daniel

Daniel baru sahaja nak menutup bonet kereta hanna, hanna pun memberitahu daniel

"Daniel awak jangan tutup bonet tu, awak tekan butang dekat logo dia tu. Nanti dia tertutup sendiri"

"Ouhh, okay-okay nasib baik awak cakap. Kalau tak saya tutup macam tu"

"Hahahahahahaha takpelah"

Daniel pun masuk lalu duduk disebelah pemandu. Daniel memakai tali pinggang keledar. Terdiam daniel semasa memakai tali pinggang keledar. Kereta hanna tampak cantik dengan hiasan yang dikenakan di dalam kereta itu

"Cantiklah kereta awak hanna, pertama kali saya naik cadillac ni"

"Ouhh, biasa-biasa je. Saya hias gitu-gitu je"

"Takpelah, jom kita gerak. Nanti lambat pulak sampai maklumlah kampung saya jauh"

"Itulah, btw dalam tapawe belakang atas kerusi tu apa dia?" tanya daniel

"Ouhh, itu sandwich. Nugget goreng, sosej goreng"

"Awak boleh makan dalam kereta?"

"Boleh je, sebab mulut saya memang kene kunyah kalau tak nanti jadi loya dan saya jenis yang mabuk kereta"

"Ouhh, patutlah. Tapi kalau kereta yang mewah-mewah macam awak ni. Tak boleh bawak masuk makanan atau minuman"

"Tapi kereta saya lain awak, janji tak tumpah dan tak bersepah takpe. Tapi kalau bersepah saya tak akan jemput naik lagi"

"Ouhh begitu, nasib baik ada undang-undang"

"Itulah, takpe"

Mereka pun bergeraklah, sambil memandu, sambil bergelak ketawa, sambil makan nugget. Setibanya di hentin rehat dan rawat. Daniel pun turun dulu membetulkan badannya kerana kepenatan setelah 4 jam di dalam kereta. Hanna pun keluar dari kereta lalu terus pergi ke tandas. Daniel menunggu hanna di depan pintu besar tandas perempuan

"Aikk, daniel kenapa awak tak pergi beli makanan dulu?" tanya hanna sambil membetulkan kasut tumit tingginya

"Takdelah, saya tunggu awak. Kira sekali beli je dan saya pun tak faham loghat kelantan sangat"

"Hahahahahahaha okaylah kalau camtu"

Mereka pun pergilah ke kawasan makan untuk mengisi perut. Mereka pergi ke kawasan nasi berlauk. Hanna mengambil nasi berlauk ayam goreng, manakala daniel pun mengambil yang sama. Mereka mencari ruang makan yang hanya memuatkan dua orang sahaja. Hanna pergi ke singki untuk membasuh tangannya. Daniel pun makan dengan tangan juga

"Lain rasanya bila makan nasi berlauk kelantan dengan tangan. Dia rasa macam sedap sangat-sangat dengan sambal belacannya"

"Kannn, sedapkan. Sebab tu saya suka beli nasi kat kedai tu"

"Haah, nanti masak balik kl nak singgah lagilah"

"Hahahahahahahahahaha"

Selepas mereka makan habis licin pinggannya sampai jilat cari daniel makan. Daniel pun berjalan hendak pergi menunaikan solatnya. Tapi daniel pelik kerana hanna masuk ke kedai yang menjual makanan ringan untuk membeli makanan ringan

Daniel pun pergi ke kereta hanna setelah melihat hanna masuk ke dalam kereta. Daniel pun mengetuk cermin kereta lalu bertanya

"Hanna awak tak pergi solat ke?" tanya daniel selepas hanna membuka cermin kereta

"Hehehehehe saya istirehat sebenarnya"jawab hanna segan silu

"Ouhh, takpelah kalau macam tu. Saya pergi solat dululah. Awak tunggu dalam kereta" kata daniel

"Baiklah"

Daniel pun pergilah menunaikan solat zohor. Setelah menunggu 15 minit, daniel pun tiba datanglah ke kereta lalu mereka pun sambung semula perjalanan. Hampir pukul 4 petang mereka tiba di rumah keluarga hanna. Apabila masuk di kawasan kelantan daniel hanya diam memandang pemandangan yang ada disekelilingi oleh pokok-pokok kelapa. Hijau dan menyejukkan pandangan. Hanna hanya tersenyum memandang daniel yang sedang khusuk menikmati pemandang hijau di kampung

Mereka pun tiba di rumah keluarga hanna. Daniel pun keluar sambil melihat di perkarangan rumah keluarga hanna. Hanna pun keluar lalu mengeliatkan badannya kerana telah lama membawa kereta. Nasib baik jalan tak sesak tadi

Hanna pun menuju ke pintu lalu mengetuknya

"Assalamualaikum umi"

Lama, ambik masa 5 minit jugaklah kerana umi berada di luar rumah diikuti salam hanna yang berkali-kali

"Waalaikumsalam, ya kejap hanna. Umi buka pintu"

"Meh la masuk hanna" kata uminya sambil membuka kunci pagar dan pintu rumah

"Jemputlah kawan hanna tu duduk. Hanna pergi buat air" arah umi

"Aloooo, ingatkan boleh duduk sekali" kata hanna lalu bangun terus ke dapur untuk menyiapkan air

"Assalamualaikum makcik pakcik" kata daniel sambil menyalami tangan umi dan abah

"Waalaikumsalam" jawab mereka serentak

"Nama sape?" tanya umi

"Nama saya daniel mikael. Makcik boleh panggil saya daniel je"

"Ouhh, daniel. Sedap nama. Janganlah panggil makcik pakcik. Panggil kami umi dan abah"

"Baiklah, umi abah" kata daniel segan

Hanna pun datang dengan membawa cawan yang diisi dengan air coklat panas

"Jemputlah minum abah, umi, awak"

"Terima kasih" jawab daniel

"Jemputlah minum daniel jangan segan-segan. Buat macam rumah sendiri je. Nanti daniel bermalam disini ya. Di belakang ada bilik kosong umi pun dah kemaskan. Hanna nanti tunjuk dekat daniel ye bilik tu"

"Baiklah umi"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience