Bab 27

Romance Series 20317

Setelah selesai sarapan pagi. Mia pun pergilah duduk di sofa. Mia ingin berkawan dengan daniel. Tapi tahu-tahu je la daniel tu jenis yang macam mana kann. Kalau dah suka A, A jugaklah yang dipilih. Takdenye mata nak pandang B atau C

"Hai abang daniel" kata mia lalu pergi ke sebelah daniel. Niat nak mengosok tangan daniel tapi tak sempat kerana daniel sempat mengelak

"Eh hai" jawab daniel acuh tak acuh

"Saya mia, ni abang daniel kan?" tanya mia

"Haah ye kenapa?"

"Ouhh, abang hensemlah"

"Ouhh, terima kasih" jawab daniel. Dah tak tahu nak jawab apa

Lepastu hanna pun datang duduk di sofa. Daniel hanya melihat hanna yang kepenatan membasuh pinggan. Muka mia nampak lain daripada muka umi dan abah. Muka hanna tampak sama dengan campuran muka umi dan abah. Tapi siapa pula mia? hanna tidak berkongsi cerita padanya

"Abanggggggg" panggil mia lalu mendekati daniel

Daniel mula tak senang duduk, lalu terus bangun menuju ke biliknya. Hanna pun turut sama bangun

"Ishhhh, baru nak try" kata mia dalam hati

Daniel pun masuk ke bilik, lalu mencapai telefon bimbitnya. Terus dimesej hanna

"Hanna kita tak keluar ke harini?" tanya daniel

"Kenapa?"

"Saya tak selesa lah dengan mia"

"Ouhh, boleh. Nak keluar sekarang ke?" tanya hanna

"Boleh ke? kalau keluar sekarang nak pergi mana?"

"Kita pergi mall yang baru bukak dekat kota bharu tu"

"Ouh, okay boleh je. Saya ikut, kejap saya siap-siap"

"Okay" jawab hanna

Mereka pun bersiap, lalu hanna pun minta izin dengan umi dengan abah untuk membawa daniel jalan-jalan dan kenal di dalam kelantan

Hanna menunggu daniel di dalam kereta. Daniel pun keluar. Masa nak menuju ke pintu daniel ternampak mia di depannya

"Aduhhhh, aku baru je nak mengelak daripada dia" kata daniel dalam hati lalu terus berjalan

"Abang nak gi mana?" tanya mia sambil tergedik-gedik tangannya nak memegang tangan daniel

"Abang nak keluar kejap, nak cari barang"

"Ouhh, mia nak ikut"

"Emm takpelah kott, kak hanna dah ada. Dia boleh temankan abang. Abang pergi dulu. Bye" selepas bye daniel sepantas kilat keluar lalu memakai selipar terus masuk ke dalam kereta hanna. Mia hanya dapat memandang melalui pintu sahaja

"Ishhh, dia macan nak mengelak daripada aku je ni" geram mia

Daniel setelah kereta hanna sudah bergerak jauh, daniel menghembus nafas lega

"Fuhhhhhh, lega hidup"

"Awak dah kenapa daniel?" tanya hanna hairan

"Kenapa dengan mia tu hanna?"

"Ouhh, dia tergedik-gedik kan?" teka hanna

"Haah, nak pegang-pegang tangan saya semua. Geli saya rasa"

"Dia suka kat awak lah tu"

"Seriously? Kenapa saya nampak macam tak cukup vitamin je dia"

"Hahahahahahahaha awak ni"

"Btw dia bukan adik awak kan?" tanya daniel

"Yup, kami bukan adik beradik. Dia sebenarnya anak angkat je. Umi ambik dia sebab kesian tu je"

"Ouhh, patutlah nampak muka dengan perangai pun dah lain"

"Kannnnnnnnn, so sebab tu awak ajak saya keluar ni?"

"Yup, saya nak mengelak daripada dia. Saya takut dengan perangai dia macam tu. Kenapa awak tak cakap awak ada adik angkat?"

"Saya ingatkan dia tak balik dan sebenarnya saya tak rapat langsung dengan dia. Awak tengok je la dekat meja makan tadi, saya mana ada bercakap atau panggil nama dia langsung"

"Saya memang tak ngam dengan dia. Kalau penting sekali pun, umi akan jadi orang tengah perbualan kami"

"Ouhh, macan tu rupanya"

"Sebelum ni dia duduk luar negara jenis playgirl la katakan. Tapi entahlah dia macam tak tentu hala dah dan saya nak awak lebih hati-hati dengan dia. Sebab dia kaki goda orang so saya pesan awal-awal. Atas awaklah nak hati-hati ke tak. Saya takut iman awak tak kuat je" kata hanna dalam nada serious

"Okay baiklah, nasib baik awak bagitahu. Kalau tak saya tak tahu"

"Emmmm hanna kalau saya nak balik KL awal sikit boleh?" tanya daniel risau-risau

"Awak nak balik bila?" tanya hanna

"Bila awak balik KL? tanya daniel kembali

"Esok" jawab hanna

"Okaylah kalau macam tu, kita balik KL esok"

"Okay"

Setelah tiba di mall itu, mereka pun sama-sama lah berjalan-jalan di dalam mall selama mungkin. Mereka berjalan-jalan sambil minum dan makan. Setelah hampir 4 jam mereka di mall itu. Akhirnya mereka pulang ke rumah

Mia bila tengok kereta hanna dah masuk ke perkarangan rumah, terus kelang-kabut bukak pintu untuk daniel masuk. Tapi daniel hanya masuk lambat-lambat

"Abang, lamanya abang pergi. Abang pergi mana? tanya mia

Hanna terus masuk ke dalam biliknya untuk mengemas baju kerana esok mahu pulang ke KL

"Ouhh, abang pergi cari barang kejap. Lagipun esok abang dah kene balik KL" kata daniel mahu melarikan dirinya

"Ouhh, cepatnya abang nak balik KL dah. Abang duduk la sini lagi 2 3 hari ke? Mia baru je balik sini" kata mia dalam nada memujuk

Tapi daniel tak termakan dengan pujuk rayu mia kerana dia rasa mia gedik dan tidak matang seperti hanna

"Tak boleh abang banyak keje"

"Abang CEO kan?"

"Haah"

"Patutlah si perempuan tu nak kebas rupa-rupanya poket tebal"

Daniel sempat menangkap apa yang dikatakan oleh mia itu. Mulut pun dah jahat. Bahaya ni. Boleh jadi penghasut dalam hubungan daniel dan hanna nanti

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience