Pada malam selepas makan malam. Mereka pun duduklah berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen. Setelah lama menonton televisyen umi dan abah pun mahu masuk ke dalam biliknya kerana untuk tidur
Tinggallah hanna, daniel dan mia sahaja di ruang tamu. Hanna pun naik pergi ke biliknye untuk berehat dan tidur kerana esok ingin berjalan jauh
Lalu tinggallah daniel dan mia sahaja di ruang tamu
"Inilah kesempatan aku" kata mia dalam hati
"Abang mia nak bagitahu abang sesuatu boleh?" kata mia sambil memegang lengan daniel
Daniel pantas menempis lembut tangan mia, terperanjat daniel bila ada yang memegang lengannya
"Emm nak bagitahu apa? Abang nak masuk bilik nak tidur" kata daniel sambil mengelak
"Mia sebenarnya suka kan abang daniel" kata mia tanpa ragu-ragu
"Haaaaa?" terkejut daniel dibuatnya
"Mia main-main ni, abang tak suka kat mia pun"
"Tak abang, mia tak main-main. Mia memang betul-betul suka kan abang. Mia tak tipu, mia percaya cakap hati mia"
"Ya allah Mia, apa ni Mia? Abang tak suka kat mia pun. Abang dah ada pilihan hati abang sendiri. Abang minta maaf, abang mintak diri dulu. Assalamualaikum" pinta daniel lalu terus bangun dan menuju ke biliknya
Mia masih disitu dan berfikirkan cara untuk dia mendapatkan daniel. Dia akui daniel mesti menyukai hanna tu. Dia nampak melalui pandangan mata daniel memandang hanna lain
"Apa yang cantik sangat perempuan tu? apa yang bagus sangat perempuan tu?"
"Apa yang kurangnya aku, apa yang lebihnya dia sampai daniel tak nampak aku"
"Takpe, dia tak tahu cara aku lagi. Aku tak mula lagi. Nanti aku mula habis semua" kata mia dalam senyuman jahatnya lalu terus bangun menuju ke biliknya iaitu bersebelahan dengan bilik hanna
Setelah hari esok, hanna pun bergeraklah dengan daniel untuk pulang ke KL
Setibanya di rumah masing-masing mereka menuju ke kediaman masing-masing untuk berehatkan diri sebelum memulakan semua pekerjaan di pejabat masing-masing pada hari isnin
Daniel pergi ke pejabatnya dengan gembira dan tenang
Hujung minggu itu, mereka telah selamat diikat tali pertungan selama 6 bulan. Mereka akan berlangsungkan perkahwinan tahun hadapan pada awal tahun
Mia tahu tentang pertunangan mereka kerana mia melihat melalui media sosial tiara. Mia dan tiara berkawan biasa semasa di Universiti luar negara. Mereka amat rapat
"Ouhh, tiara ni adik daniel rupanya. Takpe-takpe aku buat tak lama lagi. Just wait and see"
Hanna dan daniel pun selalu keluar makan bersama. Kalau ada mesyuarat pun akan pergi bersama. Senang citer semuanya bersamalah
Lagi 3 bulan mahu berkahwin. Hanna telah menempah hotel untuk menyambut hari lahir daniel yang ke-29. Hanna telah memberitahu tentang dia akan datang sedikit lambat daripada masanya kerana ingin membuat kejutan. Daniel sampai dahulu tetapi dilihat tiada hanna lalu dia pun menunggu la ketibaan hanna
Tiba-tiba punye ketukan pintu daripada luar, laju saja langkah kakinya pergi membuka pintu lalu dilihat mia bukanlah hanna. Dia hairan macam mana mia boleh tahu disitu. Tak kan la hanna memberitahu, sedangkan hanna tidak rapat dengan Mia
Tiba-tiba mia masuk tanpa jemput, lalu terus duduk di katil. Daniel lagi bertambah pelik. Pintu dibiarkan terbuka andai hanna datang nanti senang
"Emm mia buat apa kat sini?" tanya daniel kepelikkan
"Saje datang, tak tahu la pulak abang sambut birthday kat sini"
"Ouhh, takpelah. Mia keluarlah abang tunggu kak hanna"
"Ouhh, dia menghalau aku. Takpe dia" kata mia dalam hati
Semasa daniel dengan bermain telefon, mia bangun lalu mengakhiri ke meja makan. Mia memasukkan ubat tidur ke dalam minuman daniel lalu terus ke katil
Daniel tidak tahu tentang hal itu, dia pun pergilah minum air tersebut lalu duduk di sofa sambil melihat telefon dan menunggu ketibaan hanna
Tapi selepas 10 minit kemudian, daniel rasa kepalanya tiba-tiba pening dan rasa berpusing
"Apasal dengan aku ni? Tiba-tiba je rasa pening. Dah pening lain macam, aku tak pernah rasa pening macam ni lagi"
Daniel masih berkeras dengan untuk bertahan dengan mengeleng-gelengkan kepalanya. Mia bila melihat daniel begitu dia pun menelefon pejabat agama untuk memberi akan terjadinya maksiat di hotel
Setelah mia melihat daniel pengsan di sofa, mia memanggil pekerja yang telah diupah untuk mengangkat daniel lalu diletak ke atas katil untuk tidur bersamanya
"Dah tu je keje kau, nahh ambik ni kira aku bayar terus"
"Okay, terima kasih"
"Sama-sama"
Setelah pekerja itu keluar, mia pun mula membuka butang baju daniel lalu dibiarkan terbuka. Selepas itu, mia juga membuka bajunya untuk mengatakan yang mereka baru lepas bersama
Mia pun cium pipi daniel dengan gembira, sebelum mengambil beberapa keping gambar yang menunjukkan bukti mereka bersama
10 minit kemudian bunyi ketukan pintu. Mia pun bangun dengan membalutkan dirinya dengan kain selimut sahaja. Mia pergi membuka pintu lalu dilihat ada beberapa orang lelaki dari pejabat agama telah datang. Mia sudah tersenyum dalam hati
"Ya allah apa ni?" kata seorang ketua dari pejabat agama itu
Daniel dalam keadaan mamai dan kepalanya masih lagi berpusing, dia cuma untuk membuka matanya. Tapi kepalanya masih lagi pening
"Apa yang dah jadi ni?" kata daniel dalam mamai kerana pening kepalanya masih lagi tidak surut
Dilihat mia dalam keadaan sedih dan bertutupkan dengan kain selimut dan dengan orang pejabat agama lagi datang. Lagi bertambah pening kepalanya. Lagi bertambah denyutan dikepalanya
Hanna pun tiba di hotel itu lalu terus menuju ke bilik khas yang ditempah untuk menyambut birthday daniel. Tapi hanna pelik kenapa ramai orang, sepatutnya hanya dia dan daniel sahaja kerana bilik hotel tu terbuka. Sebab tu dia berani buat dihotel
Share this novel