Bab 22

Romance Series 20317

Setelah 30 minit menunggu tiara siap, mereka pun bergerak menuju ke rumah hanna. Tapi tiara pelik kerana abangnya tidak mengambil kunci kereta

"Abang kenapa tak bawak kereta. Tak kan kita kene jalan kaki kott?" tanya tiara

"Buat apa nak bawak kereta kalau dekat depan rumah je" jawab daniel pula sambil tersenyum

"Ouhh, patutlah abang cepat siap tadi. Rumah gf ajak dinner dekat rumah dia rupanya"

"Hehehehehe ada udang disebalik maggie la katakan"

"Pape je la abang ni"

Setelah sampai di depan rumah hanna, tiara pun menekan loceng di pintu pagar rumah hanna

"Assalamualaikum kak hanna"

"Eh waalaikumsalam tiara rupanya, kejap akak buka pagar" jawab hanna

Pintu pagar pun terbuka, daniel dan tiara pun masuk. Terdiam daniel bila masuk ke kawasan rumah hanna. Jauh kalau nak dibezakan dengan hiasan di rumahnya. Warnanya sangat cantik dengan hanya warna merah muda, royal blue dan gold. Nampak elegant lah katakan dengan hiasan yabg tersusun cantik ikut tone warna dan saiz

"Ehh, cantiknye rumah akak" kata tiara sambil teruja melihat sekeliling hiasan rumah hanna

"Takde la, biasa-biasa je. Kak hanna ada kawan yang bekerja sebagai pereka hiasan dalaman. Jadi kak hanna panggil dia la untuk susun semua ni. Kak hanna cuma beli barang aje" kata hanna malu-malu sambil memeluk lengan tiara

"Ouhh, cantiklah susunan dia kak hanna. Tak macam rumah abang. Ntah-ntah apa-apa je la susunan dia"

"Amboi kau dik, mentang-mentanglah ada kawan. Kau kata macam tu kat abang kau eh?" kata daniel sambil menjeling adiknya sorang tu

"Alaaa abang ni tiara gurau je" kata tiara sambil melihat abangnya

Tangan hanna masih memegang lengan tiara untuk diheret ke dapur untuk menjamu selera

"Akak masak apa harini?" tanya tiara kepada hanna

"Akak simple- simple je nasi hujan panas, ayam masak merah, dalca dan jus starwberry"

"Fuhh, tu akak kata simple. Banyak makanan macam tu akak boleh kata simple. Mantap lah akak"

"Mana ada, akak masak sorang-sorang je. Akak buat satu-satu so siaplah"

"Jomm la jemput makan, duduk-duduk" kata hanna kepada daniel dan tiara

"Terima kasih" jawab daniel

Hanna pun mengambil pinggan dan meletak nasi, lalu diagihkan kepada tiara dan daniel

Mereka pun makanlah, mereka diam sahaja kerana dirumah orang kan kena la jaga adab sudah dipesan abangnya awal-awal supaya tidak memalukan dirinya nanti

Selesai makan, mereka pun berborak di ruang tamu sambil makan buah pulak

"Cantik cincin dekat tangan akak tu, sape yang bagi?" tanya tiara sengaja ingin tahu jawapannya walaupun sudah tahu cincin itu daripada abangnya sendiri

Tiara melihat abangnya yang hanya mengerutkan dahi supaya tidak bertanyakan soalan itu, tapi adiknya degil

"Ouhh, ada seseorang yang bagi dekat akak" jawab hanna sambil mengosok cincin yang berada di jari manisnya

Tiara memandang abangnya yang sedang mengangkat kening ke arahnya

"Hek eleh abang tu, mentang-mentanglah kak hanna terima berlagak pulak. Eeeee geram je aku tengok abang daniel tu" kata tiata dalam hati. Besar kecik besar kecik saje dilihat abangnya sorang tu

Setelah lama mereka berborak dan bergelak ketawa. Tiara bergerak hati untuk bertanya dekat hanna tentang cincin tu bahawanya abangnya yang memberi

"Akak cincin tu abang daniel yang bagi kan?"

Hanna pun berkelip lalu memandang daniel, daniel pun memandang adiknya yang nakal itu

"Emm abang tiara lah yang bagi" jawab hanna perlahan sambil malu-malu

"Ouhh, tiara dah agak dah. Tapi saje nak suruh kak hanna bagitahu jugak"

"Ishhh, tiara ni kan"

"Jadi akak dah official jadi girlfriend abang daniel la ni?" tanya tiara inginkan kepastian

Hanna hanya menganggukkan kepalanya

"Ouhh, bila akak nak kawin dengan abang? Tiara dah excited ni kak" kata tiara dalam sukanya

"Oiiiii dik, jauh betul pergi. Abang tak buat pape pun lagi. Kitaorang baru official nak rapatkan hubungan. Cer sabor sikit" kata daniel

"Alaaaa abang ni, orang excited nak dapat kakak ipar. Adalah kawan dekat rumah. Nanti ada anak buah" kata tiara sambil gelak

"Ehh kau dik, semakin lama, semakin jauh bayangan kau ek" kata daniel dah mula geram dengan perangai adiknya sorang tu

Dilihat hanna hanya tunduk malu-malu tidak tahu ingin berkata apa

Setelah hampir 2 jam mereka berada di rumah hanna. Mereka pun meminta untuk pulang ke rumah. Daniel dan tiara pun berangkat untuk keluar

Tiara bersalaman dengan hanna

"Sedap akak masak tadi, terima kasih sangat-sangat akak. Kenyang perut tiara malam ni"

"Sama-sama. Alhamdulillah la kalau sedap. Insyaallah kalau akak ada masa, lain kali akak jemput untuk datang makan lagi"

"Okay akak insyaallah"

Daniel hanya memandang mereka berdua, ingin berborak berdua tapi si adik pulak ada. Daniel pun pulanglah bersama tiara

"Takpelah, aku chat je la dengan dia" kata daniel dalam hati

Setelah sampai di rumah, tiara menuju ke biliknya untuk berehat. Manakala daniel pula masuk ke dapur lalu minum secawan air kosong sebelum naik ke bilik untuk berehat

"Sorru ganggu awak malam-malam ni" kata daniel sambil menghantar mesejnya

"Tak ganggu pun" jawab hanna

"Btw sedap sangat yang awak masak tadi, mengalahkan restoren 5 bintang"

"Hahahahahahahaha alhamdulillah kalau sedap, terima kasih jugak sebab awak sudi datang"

"Sama-sama"

"Tapi sorry jugak tau dengan perangai adik saya sorang tu, terlajak fikirannya"

"Takpe saya faham, dia bergurau je tu. Saya tak ambik serious pun"

"Takpelah kalau awak dah cakap macam tu"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience