Bab 21

Romance Series 20317

"Terima kasih daniel sebab dah susah payah je siapkan tempat macam tu. Beli sejambak bunga dan sebentuk cincin ni. Dah la cincin mahal sekarang ni" kata hanna sambil memegang sejambak bunga

"Ehh takde pape la, ni simple je. Baru cincin, tapi sama-sama" jawab daniel malu-malu

"Terima kasih jugak dekat awak sebab awak sudi nak datang jumpa saya dan jadikan saya bf awak secara official" kata daniel

"Hihihihi sama-sama" jawab hanna malu-malu

"Dah lewat ni, saya minta diri dulu. Jumpa esok, bye, good night, assalamualaikum" pinta hanna untuk beredar

"Okay, bye, good night, waalaikumsalam" jawab daniel

"Ehh kita balik sama-samalah, sebab kita kan duduk dekat hotel yang sama" kata daniel

"Iye tak ye jugak kann, jom lah" jawab hanna dalam gelak kecil

Mereka pun pulang ke hotel dengan kadar segera. Sampai di hotel masing-masing diam dan kembali ke bilik

Sebelum tido daniel sempat lagi menukar nama panggilan di telefonnya. Sebelum ni hanya menyimpan sebagai hanna. Kali ini bertukar menjadi my sweet heart pulak. Tersenyum-senyum daniel sambil melihat nama yang ditukar

"Akhirnya, aku dah tahu perasaan dia terhadap aku" kata daniel sebelum terlelap dalam keadaan tersenyum-senyum dengan sendirinya

Keesokan paginya, hanna membuka koridornya lalu dilihat ada sekuntum bunga tulip diatas meja kopinya. Diambil bunga itu dan dibaca segulung kertas yang diikat sekali pada batang bunga itu

Hanna melihat koridor bilik Daniel terbuka, berkemungkinan daniel berada di koridor

"Lambat rupanya buah hati saya bangun ni" kata hanna perlahan

"Mana ada, saya dah bangun. Saje je tunggu awak ambik bunga tu" kata daniel lalu keluar ke koridor sambil membawa secawan kopi

"Ouhhh, saya dah ambik. Tapi taknak baca isi kertas tu"

"Kenapa pulak?" tanya daniel

"Adalah rahsia" jawab hanna

Selepas seminggu mereka berada di langkawi. Gembira perasaan masing-masing. Setiap hari mereka akan menghirup udara petang di tepi pantai bersama-sama sambil makan aiskrim dan berjalan di pesisir pantai

Pada pagi ahad, mereka pun bertolaklah balik ke rumah masing-masing setelah selesai menjamu selera di restoren hotel. Tiara menyambut ketibaan abangnya itu dengan gembira

"Assalamualaikum" daniel memberi salam sambil menekan loceng pintu rumahnya

"Waalaikumsalam kejap abang" jawab tiara daripada dalam

Daniel pun masuk ke dalam rumah setelah melambaikan tangan kepada hanna. Tiara hanya mengintai cara abangnya itu sangatlah aneh tapi tidak baginya. Nanti dia korek cerita dengan abangnya. Kalau dia korek dengan hanna tak menjadi sebab hanna jenis yang pemalu dan tak nak buka cerita

"Abang, tiara nak tanya"kata tiara sambil menghampiri abangnya yang baru duduk di sofa

"Sebelum tanya gi buat air dulu" arah daniel

"Okay abang, jap" kelang kabut tiara bangun lalu membuat air jus oren ais kepada abangnya

"Nak korek citer aku la tu tiara ni" kata daniel sendirian

"Nahh abang" kata tiara lalu memberikan air kepada abangnya

Daniel minum jus itu, lalu melihat adiknya

"Nak korek cerita ke cik adik?" tanya daniel

"Haah, macam mana abang tahu?" tanya tiara pula

"Tengok muka pun dah tahu"

"Hehehehehe abang ni"

Daniel pun menceritakanlah tentang dia dan hanna di langkawi.

"Ouhhh, lepastu kak hanna terima abang ke?" tanya tiara

"Takde la, abang cuma ajak couple je dulu. Melamar tu belum lagi" kata daniel

"Ouhhh, jadi bf dengan gf official la ni?" tanya tiara

"Yup, begitu lah"

"Wowwwwww cepat abang buat keje eh?"

"Biasalah nama pun daniel mikael kann, mestilah pantas sebelum kene kebas" kata daniel sambil meniup hujung rambutnya di dahi

"So rayyan tu hensem tak bang?" tanya tiara ingin menguji abangnya

"Langsung tak hensem menyampah abang tengok" kata daniel sambil bangun untuk naik ke bilik

"Ouhh, ye la tu. Ntah-ntah abang jealous sebab rayyan nak takel kak hanna kan?" teka adiknya

"Haah"

"Takpelah abang kalau tiara nak rayyan boleh?" tanya tiara suaranya sedikit dikuatkan

"Abang taknak rayyan jadi adik ipar. Cari yang lain" kata daniel menjerit dari atas

Setelah daniel membersihkan dirinya, daniel terdengar mesej masuk ke dalam telefonnya. Lalu daniel bangun dan membukanya.

"Ehh mesej daripada hanna rupanya" kata daniel sambil tersenyum

"Awak datanglah dengan tiara rumah saya malam ni, saya buat makan-makan sikit. Jangan lupa datang tau" sekali dgn emoji kenyit mata sekali

"Okay awak" balas daniel sambil mengambar emoki yang sama kepada hanna semula

"Haihhhh, memang lambat lagilah aku tak nak datang kalau dia yang ajak" kata daniel sendirian

Daniel pun turun lalu mendapatkan adiknya untuk memberitahu tentang malam nanti

"Tiara ouhh tiara"

"Ye abang" kata tiara daripada dapur

"Buat apa kat dapur tu?" tanya daniel

"Tengah cari barang nak memasak la untuk malam nanti"

"Ouhh, tiara tak payah masak malam ni"

"Kenapa pulak?" tanya tiara

"Kita makan kat luar" jawab daniel sambil keningnya bergerak-gerak

"Abang belanja tau" kata tiara

"Eh taklah, ni free dah ada orang yang masakkan" jawab daniel senyum-senyum

"Sape abang?"

"Adalah, rahsia"

"Hehhh abang ni, tiru ayat orang"

"Suka hatilah, nak ikut ke tak nak?"

"Nak, nak ikut"

"Cepat bersiap, abang taknak dia lama menunggu kita"

"Macam nak pergi dating la abang ni"

"Hahahahahahahahahahaha"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience