Apabila hari isnin, hanna hadir ke pejabat daniel kerana mempunyai mesyuarat. Hanna ingin sahaja menghantar PA nya untuk wakil dirirnya. Tapi kata PA nya itu penting untuk ketua hadir
Nak atau tak hanna terpaksa la hadir untuk mesyuarat itu, dia akan cuba untuk mengelak sebaik mungkin dengan daniel untuk tidak bertembung
Setibanya di bilik mesyuarat dilihat tiada orang lagi di bilik itu kecuali PA sahaja yang ada. Hampir setengah jam kemudian penuhlah bilik mesyuarat itu dan orang yang paling terakhir ialah daniel lah
Mesyuarat pun bermula seperti biasa dan tamat setelah 2 jam berlalu. Hanna mengemaskan meja lalu ingin berlalu keluar. Tiba-tiba tangannya di pegang oleh daniel
"Hanna" panggil daniel
Hanna hanya buat-buat tak dengar, hanna nampak sahaja yang daniel selalu memandang dirinya semasa mesyuarat tadi. Bukannya fokus dekat mesyuarat pun
Setelah daniel melihat hanna hanya diam lama, daniel memanggil lagi sekali apabila dilihat hanya dia dan hanna sahaja yang tinggal di dalam bilik mesyuarat itu
"Hanna saya panggil ni" kata daniel sambil memegang lengan hanna
"Yes awak nak apa? dan jangan pegang lengan saya" kata hanna tetapi matanya hanya memandang depan tidak berniat mahu melihat daniel yang berada di sebelah kanannya
"Okay-okay saya lepas, tapi awak pandanglah saya hanna" kata daniel lembut
"Awak nak apa lagi daniel?" tanya hanna tegas. Hatinya sakit dengan kejadian yang dilakukan oleh daniel pada minggu lepas
"Hanna saya tahu awak marah, awak kecewa dengan saya. Tapi percayalah saya tak kan buat macam tu" kata daniel
"Haihhh, saya tak tahu nak cakap apa dah dengan awak" kata hanna dengan nada kecewa
Lama hanna berdiam diri sebelum ambik keputusan untuk memberitahu
"Semalam umi telefon saya, umi tanya bila nak cari barang hantaran" kata hanna setengah jalan
"Lepastu awak jawab apa?" tanya daniel kembali
"Saya cakap saya cari sendiri slow-slow. Tapi saya tak tahu selama mana saya nak menipu umi dengan abah"
"Hanna saya yakin kita akan kahwin ikut tarikh kawin tu"
"Awak ingat yang saya akan kawin dengan orang yang dah kawin?"
"Saya taknak jadi perampas yang ambik milik orang" kata hanna sambil berlalu. Hanna berhenti di pintu bilik mesyuarat lalu memberitahu
"Andainya ditakdirkan Allah jodoh kita sampai sini saya redha dan saya ikhlas lepaskan awak. Kumbang tak seekor, saya boleh cari lain" kata hanna lalu terus keluar
"Kenapa awak macam tu hanna?" tanya daniel sendirian
Daniel pergi ke family's cafe untuk minum di sana, mati seleranya untuk makan masakan mia. Dia dan mia tak pernah tidur bersama, apatah lagi untuk merasa masakan daripada mia. Dia balik terus ke bilik, dia keluar pun terus ke pejabat. Tidak ingin bersua muka dengan mia. Cukuplah sekadar nafkah yang dibank in kan setiap bulan itu
Lama daniel termenung tiba-tiba dia ternampak hanna datang ke cafe itu juga. Tapi dia tak hairan kerana cafe itu milik hanna sendiri. Daniel memandang hanna dan mata mereka bertemu. Tetapi hanya seketika kerana hanna terus melarikan pandangan ke arah lain
"Awak dah lain hanna, tak sama macam dulu. Awak langsung tak bagi saya peluang untuk berterus-terang" kata daniel dalam hati
Daniel bangun lalu pergi ke meja hanna, dikatakan semua pekerja di pejabat dan juga di cafe sudah tahu yang mereka bercinta. Tetapi pertunangan mereka hanyalah diketahui oleh keluarga mereka sahaja
"Hanna" panggil daniel sambil duduk di sebelah hanna
Hanna langsung tidak memandangnya malah terus melakukan kerjanya di dalam komputer riba sambil minum kopi
"Hujung minggu ni birthday awak kan?" tanya daniel untuk memancing perhatian daripada hanna. Tapi reaksinya masih sama kekal dengan komputer ribanya sahaja
Lama barulah hanna menjawab
"Iye, kenapa?"
"Saya belanja awak makan nak?"
"Daniel kan saya dah cakap, saya nak tak nak kita rapat-rapat lagi macam dulu. Awak tu dah jadi suami orang. Saya tak nak dikategorikan dalam kalangan perampas awak faham tak?"
"Saya stress dengan umi yang selalu tanya pasal hantaran bila, apa semua. Saya fikir untuk batalkan sahaja majlis nikah tu, biar je la apa nak jadi sekali pun"
Terkejut daniel apabila hanna berkata begitu
"Hanna awak janganlah cakap macam tu"
"Habistu saya nak cakap macam mana? Saya nak kawin dengan sape masa hari perkahwinan tu?"
Daniel mengeluh. Daniel pun berterus terang dengan caranya. Daniel ingin mencari semula bukti yang kamera litar tertutup atau cctv di hotel itu atau pekerja yang terlibat sama. Daniel juga mengupah orang untuk mengikuti langkah mia ketika ketiadaannya dirumah
Lama hanna berdiam diri dan mendengar sahaja apa yang dikatakan oleh daniel
"Terpulanglah daniel, kalau awak mampu untuk bagi saya bukti. Baiklah saya percayakan awak. Tapi kalau masih tiada bukti sehingga ke tarikh perkahwinan kita. Saya pilih untuk batalkan sahaja perkahwinan tu" kata hanna sebelum menyambung semula kerjanya
"Baiklah, saya akan buktikan pada awak" kata daniel
Daniel masih disebelahnya sambil minum dan makan. Dah macam laki tunggu bini buat keje. Tapi mereka bukanlah begitu
Lagi 3 minggu tarikh perkahwinan mereka daniel berusaha untuk mencari bukti tentang kejadian yang lalu
Daniel pergi semula ke hotel tersebut untuk mencari bukti. Daniel bernasib baik kerana dia mempunyai seorang kenalan lama yang bekerja disitu. Daniel meminta pertolongannya untuk melihat kamera litar tertutup
Daniel dan ammar pun pergi melihat kamera litar tertutup dibilik kawalan. Setibanya di bilik kawalan ammar pun membuka semula rakaman kamera litar tertutup untuk ditunjukkan kepada daniel
Mereka pun tengoklah sehingga memperoleh bukti yang kukuh
Share this novel