Pada hujung bulan itu, hanna dan daniel sekeluarga telah pulang ke kampung hanna untuk melangsungkan majlis pernikahan itu
Pada malam pernikahan, hanna memakai inai di jarinya dengan dibantu oleh umi. Daniel datang untuk membuat pertukaran barang hantaran dengan hanna dan sambil melihat hanna memakai inai
Malam itu mereka mengenakan baju biasa sahaja, sebab esok hari raya sehari mereka
Keesokan harinya, hanna bangun awal untuk persiapkan diri dengan mengenakan pakaian baju kebaya berwarna putih yang dihiasi dengan manik-manik dan makeup yang berlainan kerana di makeup oleh mak andam. Hanna nampak berlainan kalau nak dipandang dengan hari-hari yang biasa. Hanna dilihat lagi manis dan lagi cantik
Daniel mengenakan warna yang sama dengan samping dan songkok. Daniel dilihat sangat segak dengan pakaiannya itu
Keluarga daniel tiba dahulu di dewan perkhawinan diikuti oleh keluarga hanna. Daniel sampai lalu duduk di kerusi yang disediakan untuk bakal pengantin lelaki duduk. Daniel memegang tangannya yang terasa sejuk dan gementar
"Daniel gementar ke?" tegur daddynya
"Haah daddy gementar" jawab daniel dalam gagapnya
"Hahahaha jangan gagap pulak, nanti kene ulang 2 3 kali"
"Okay-okay"
"Ke nak practise dulu?" tanya daddynya
"Tak nak"
"Hemm suka hatilah, janji nanti sebut dengan terang dan lancar
"Okay daddy"
Setibanya pengantin perempuan tiba, lagu maher zain bertajuk assalamu alayka dimainkan. Daniel memandang hanna daripada jauh nampak cantik malah lebih sopan. Hanna terus menuju ke atas pelamin yang terletak cantik dengan dihiasi dengan bunga tulip dan bunga mawar bewarna putih dan merah
Tok kadi pun bertanya
"Boleh kita mula ke? atau nak menunggu lagi?" tanya tok kadi
"Kita mula la tok" jawab daddy daniel
Abah pun bertukar tempat dengan tok kadi
"Bismilahirahmannirahim, daniel mikael bin rahman raiz"
"Ya saya"
"Aku nikahkan dikau dengan anak aku hanna natasha binti saifullah berwalikan aku dengan mas kawinnya lima ribu ringgit tunai"
"Aku terima nikahnya hanna natasha binti saifullah dengan mas kawinnya lima ribu ringgit tunai"
"Sah"
"Sah"
"Sah"
"Alhamdulillah"
Selepas tamatnya bacaan doa, daniel naik ke pelamin untuk buat upacara membatalkan air sembahyang atau menyarungkan cincin
Semasa hanna bersalam dengan daniel. Daniel sempat lagi menyakat isterinya itu
"Sayang ingat, mulai harini sayang kena panggil saya hubby. Kalau sayang lupa hubby cium sayang satu hari" sakat daniel
"Okay, insyaallah. Tapi kalau buat-buat lupa?"
"Hubby denda lain"
Hanna mencubit pinggang daniel
Setelah selesai majlis pernikahan itu, mereka pun pulanglah ke rumah untuk berehat. Semasa masuk ke bilik hanna membuka la tudungnya yang banyak dengan jarum. Sambil membuka tudungnya sambil membebel
"Ish cam mana aku nak bukak ni susahlah, jarum sana sini" kata hanna
Tiba-tiba bunyi ketukan pintu
"Masuklah" kata hanna
Daniel pun masuk lalu bertanya kepada isterinya
"Kenapa ni sayang?"
"Sayang stress la hubby susah nak bukak, sana sini jarum"
"Ouhh, meh la hubby tolong"
Daniel memusingkan badan isterinya ke arahnya lalu menarik rapat ke badannya. Setelah selesai daniel membuka tudung hanna
Dilihat hanna cantik dengan rambutnya yang panjang ikal mayang. Terdiam daniel melihat hanna begitu. Tangan daniel naik lalu menyentuh lembut rambut hanna
"Emm hubby sayang nak mandi dulu la rasa panas pulak, bye" kata hanna laju kerana mahu lari
"Takpe, siang hari ni sayang boleh lari lagi. Nanti dah malam siaplah sayang" kata daniel geram
Daniel pun tunggulah hanna siap mandi sambil berbaring di atas katil, lalu terlelap. Penatlah katakan nak layan tetamu sehari suntuk
"Hubby, hubby" panggil hanna
"Emmmn ye sayang" jawab daniel dalam keadaan matanya masih bertutup rapat
"Bangunlah hubby, mandi bersihkan diri"
"Sayang dah mandi ke?"
"Opcos la dah"
"Patutlah bau wangi, sedap je nak hidu pun" kata daniel sambil meletakkan mukanya ke arah leher hanna
"Hubby mandilah, bau masham"
"Apa sayang cakap? Ulang balik"
"Hubby masham" kata hanna lalu terus lari keluar dari bilik
"Ouhh, main-main ada ubi ada batas sayang tunggu hari malam nanti"
Setelah selesai makan malam bersama keluarga hanna, hanna pun minta untuk masuk bilik. Daniel masih lagi di ruang tamu sedang berborak dengan abah. Tetapi apabila dilihat hanna masuk ke dalam bilik, daniel pun minta untuk masuk tidur
Hanna pun masuk ke dalam bilik, lalu memakai losyen yang berbau buah-buahan, sambil hanna memakai losyen tiba-tiba daniel masuk ke biliknya
"Eh hubby ingatkan nak duduk kat ruang tamu lagi sambung borak dengan abah"
"Tak jadi sebab hubby tengok sayang dah masuk bilik jadi hubby pun masuklah"
"Ouhh" kata hanna lalu menuju ke katilnya
Daniel pula cepat-cepat menutup lampu lalu melompat naik ke katil
"Sayang" panggil daniel sambil meniup ke leher hanna
Hanna pura-pura bertahan dan tidur
"Sayang ooo sayang" panggil daniel lagi dengan nada yang mengoda lalu mencium leher hanna
Terus hanna tersedar
"Hubby apa ni, main cium-cium" kata hanna sambil mengosok lehernya
"Saje nak cium sayang"
"Malam ni sayang jadi milik hubby boleh?" kata daniel sambil mengosok tangannya ke bibir hanna
"Kalau sayang cakap tak boleh" jawab hanna sambil memeluk leher daniel
"Alaaa bolehlah sayang, please" kata daniel dengan cuba memujuk
"Hahahahahaha tak bolehlah hubby" kata hanna
"Kenapa pulak tak boleh sayang?" tanya daniel pelik
"Sebab emmm sebab entahlah" kata hanna main-main
"Sayang tak lawaklah betul-betullah" kata daniel dalam nada yang dibuat-buat serious
Share this novel