Bab 36

Romance Series 20317

Hanna pun naiklah ke bilik, hanna seperti biasa memakai losyen di leher, tangan, dan kaki. Daniel mengikut masuk sekali

Daniel terus naik ke katil sambil menunggu nak memerhati apa yang dilakukan oleh hanna. Sambil memerhati sambil menelan liur

"Seksi jugak bini aku ni eh, mula-mula jumpa nampak sopan santun pemalu. Tapi sekarang tak tahan aku dibuatnya. Roboh iman aku" kata daniel dalam hati

Hanna pun pergi ke katil untuk tidur, daniel terus naik ke atas hanna

"Sayang" panggil daniel mengoda

"Yes" jawab hanna dalam mata tertutup

"Sayang penat tak malam ni?"

"Kenapa?"

"Kalau, kalau kita bersama malam ni boleh?" tanya daniel terus terang

"Kalau sayang cakap tak boleh?"

"Alaa sayangkan dah habis istirehat tu, apa lagi yang menyebabkan kita tak boleh bersama?" tangannya mula mengosok peha hanna yang putih, gebu dan lembut itu

"Ouhh adalah hubby tak boleh tahu"

"Aloo sayang hubby nak gigit sayang malam ni"

"Boleh tapi dengan satu syarat" kata hanna sambil menaikkan 1 jari ke arah daniel

"Apa dia syaratnya?"

"Sayang nak hubby belanja sayang shopping dan makan selama sebulan, boleh?"

"Boleh setakat shopping hubby tak kan pokai la"

"Okay dan lagi satu, hubby tolong tutup lampu tu. Silau la" kata hanna sambil mengenyitkan matanya

Pantas sahaja daniel turun pergi menutup lampu dan kembali semula

"Hubby ni tak menyempat betul"

"Hehehehe sorry"

Mereka pun bermula lah sesi malam pertama selepas seminggu berkahwin. Tahu-tahu je dah pagi. Hanna tersedar lalu melihat daniel yang masih lagi nyenyak dibuai mimpi di sebelahnya. Hanna bangun dan terus mandi untuk bersihkan dirinya. Setelah selesai hanna keluar untuk mengejutkan suaminya

"Hubby, hubby sayang bangunlah dah pukul 6 ni"

"Mengantuklah sayang hubby ni"

"Eh dia terbalikkan ayat aku rupanya" kata hanna dalam hati

"Hubby bangun nanti lambat nak solat subuh berjemaah pulak"

"Okay, tapi kiss dulu" kata daniel sambil menunjuk ke arah bibirnya

"Semalam kan dah kiss lama pulak tu tak cukup ke?"

"Semalam lain harini lain. Cepatlah sayang"

"Hemmm ye la"

Hanna pun mencium suaminya, lalu terus daniel bangun mencapai kain tuala masuk ke bilik air

"Hehh laki aku ni perangai macam budak-budak nasib baik hensem sedap mata memandang" kata hanna dalam hati

Selepas 2 bulan mereka berkahwin, hanna dan daniel pergi ke luar negara untuk berbulan madu pula iaitu di Amsterdam selama 2 minggu

Semasa 3 hari sebelum balik ke Malaysia

"Hubby ni okay tak?" hanna bertanya apabila dilihat suaminya pelik

"Hubby okay, kenapa?"

"Tak, sayang nampak hubby ni pelik. Benda yang hubby tak suka tapi hubby makan banyak"

"Hehehehehe hubby mengidamnya" usik hanna

"Eh sayang ni ke situ pulak, kalau hubby mengidam maksudnya sayang mengandung la kan?"

"Eh entahlah"

"Bila last sayang istirehat?"

"Sepatutnya sebelum kita datang sini sayang dah kene, tapi macam lambat daripada tarikh je hubby"

"Emmm cuba sayang pergi periksa, hubby nak sambung makan"

"Ke nak suruh hubby temankan?"

"Nak, tapi tak nak"

Hanna pun pergilah memeriksa. Keputusannya ialah positif hanna mengandung

"Hubby" menjerit hanna keluar daripada bilik air menuju ke ruangan makan

"Iye sayang kenapa sampai terjerit-jerit ni"

"Sayang pregnant" kata hanna ceria

Tersembur air yang baru diminum oleh daniel tadi

"Apa dia sayang?"

"Sayang mengandung hubby"

"Really?"

"Yes"

Mereka sama-sama gembira, tak sangka perkahwinan mereka tidak lagi mencecah usia setahun, tapi rezeki daripada Allah hanna telah mengandung anak mereka yang sulung

Setibanya di Malaysia mereka terus ke klinik untuk memeriksa kandung hanna, doktor memberitahu kandungan hanna baru 2 minggu jadi tidak boleh memastikan sama ada lelaki ataupun perempuan

Sampai di rumah, hanna pun berehat buat seketika sambil daniel membuatkan air kepadanya

"Eh hubby sorry sepatutnya sayang yang buatkan hubby air"

"Takpelah, kan doktor cakap sayang tak boleh buat keje yang berat lagi"

"Buat air je hubby tak berat pun"

"Takpe la dah siap pun hubby buat"

"Terima kasih hubby" lalu mengambil gelas yang dihulurkan oleh daniel

"Sama-sama sayang" jawab daniel

Semasa hanna mengandung, hanna senang dijaga kerana tidak mengidam. Tetapi yang mengidamnya ialah daniel nak makan makanan yang masam-masamlah, mudah merajuk, mudah terasa, mudah menangis

Sehingga usia kandungan hanna mencecah 8 bulan, baru lah hanna bermanja dengan daniel

"Hubby" panggil lembut sambil bermain dengan butang baju daniel

"Ye sayang" balas daniel sambil mengosok perut hanna yang semakin membesar itu

"Hubby kita nak letak nama baby apa?" tanya hanna sambil membuka butang baju daniel

"Emm memandangkan dia geng hubby, so hubby nak letak nama Qalif mikael. Nama mikael itu kita kekalkan"

"Emm boleh jugak tu hubby" kata hanna sambil menyelak baju daniel

Daniel hanya memerhati keadaan isterinya itu, manja sangat. Suka betul bukak butang baju dia

"Sayang ni suka betul bukak baju hubby"

"Haah, sebab hubby seksi sayang suka tengok"

"Ouhh, gatal jugak sayang ni"

"Sayang nak dengar cerita tak macam mana hubby boleh takel sayang?"

"Ouhh nak-nak sayang pun nak tahu, tapi sayang lupa nak tanya"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience