ROSSA Amelyn sudah semakin membaik dan sekarang, dia sudah dibenarkan keluar dari hospital.
TERASA NYAMAN bila angin datang dari arah tingkap kereta terbuka menyapa wajah mulusnya. Walaupun hanya kegelapan menyapa pandangan nya kini, dia tetap berlagak seperti orang normal. Puan Lyna yang berada dia sebelah hanya tersenyum nipis sahaja melihat gelagat anak perempuan nya itu. Begitu juga dengan Dayri. Bibirnya juga turut mempamerkan senyuman nipis melihat kelakuan Rossa Amelyn melalui cermin pandang belakang. Hari ini, dia dengan sukarela mahu menjemput Rossa Amelyn di hospital walaupun sudah di larang oleh Puan Lyna. Puan Lyna tidak mahu menyusahkan anak muda itu. Tetapi Dayri tetap dengan pendirian nya. Penyudahnya, Puan Lyna hanya mengikuti sahaja.
Kereta yang dipandu mula membelok ke arah kiri menandakan destinasi yang mereka tuju hampir tiba.
"KAK ROSSA!!" SUARA jeritan kanak - kanak mula kedengaran sebaik sahaja Rossa Amelyn keluar dari perut kereta. Rossa Amelyn tersenyum manis sebelum terasa tubuh nya di peluk satu persatu oleh kanak - kanak tersebut. Tangan nya mula meraba kepala kesemuanya sebelum di usap lembut. Tatkala dirinya ditimpa pelbagai ujian sehingga meragut penglihatannya, hanya suara - suara yang jernih ini memberi semangat kepada dirinya untuk bangkit semula.
"Elok - elok peluk Kak Rossa tu.." Tegur Puan Lyna pada anak - anak asuhannya. Mereka semua hanya mempamerkan gigi masing - masing. Hampir tergelak Puan Lyna bila anak - anak asuhan nya mempamerkan gigi masing - masing!
"Ibu, kami nak pimpin kak Rossa ke bilik dia boleh tak?" Pinta salah seorang mereka yang lebih tinggi sedikit dari yang lain. Mungkin dalam lingkungan 12 hingga 13 tahun macam itu.
"Boleh aje.. Tapi bawak elok - elok tau," Pesan Puan Lyna pada anak - anak asuhannya. Serentak mereka mengangguk mengerti akan arahan Puan Lyna itu. Tangan dan lengan Rossa Amelyn di pimpin oleh kesemua mereka menuju ke arah rumah. Rossa Amelyn hanya tersenyum kecil sahaja. Dayri hanya memandang ke arah Rossa Amelyn yang di pimpin oleh anak - anak asuhan Puan Lyna itu. Terbit senyuman nipis di bibirnya.
"Barang - barang Lyn biar ibu yang bawak," Ujar Puan Lyna pada anak muda ini. Cepat - cepat Dayri menghalang.
"Takpe, ibu. Biar Day yang bawak. Ibu just rehat saja. Ibu kan dah penat seharian jaga anak ibu dekat hospital. Jadi, biarlah Day yang bawak," Putus Dayri.
"Hmm.. Yelah." Nak tak nak, Puan Lyna mengiakan juga pertolongan Dayri ini. Usai berbicara, kedua - duanya terus menuju ke arah destinasi masing - masing. Puan Lyna menuju ke arah dapur nanakala Dayri pula menuju ke kamar yang di huni oleh Rossa Amelyn. Beg pakaian milik Rossa Amelyn di genggam kemas. Dari senyuman tipis tadi, kini terbit pula senyuman sinis di bibir lelaki ini.
Langkah yang kemas mula di atur ke arah kamar Rossa Amelyn. Haih, tengok pada senyuman sinis si Dayri ni buat rasa tak senanglah. Apa agaknya yang berlegar dalam kepala lelaki ini sekarang?
Haih... Dayri ni... Lain macam betullah dia punya feel...
Share this novel