PUAN LYNA MELURU MASUK KE dalam hospital. Bilik yang menempatkan Rossa Amelyn mula di cari. Sehinggalah dia melihat susuk tubuh milik Dayri yang duduk di kerusi menunggu. Bergegas dia menuju ke arah anak muda itu.
"Dayri!" Puan Lyna memanggil dengan nada cemas sambil melangkah pantas ke arah anak muda itu. Dayri, yang duduk dengan wajah sugul, segera mengangkat kepala. Jelas wajah kelihatan di muka anak muda itu.
"Apa yang berlaku sebenarnya, Day? Kenapa Lyn masuk hospital?" suara Puan Lyna serak, dipenuhi rasa risau.
Dayri berdiri perlahan, menunduk sejenak sebelum bersuara.
"Dia... dia hampir jadi mangsa culik, Ibu. Day jumpa dia masa di jatuh pengsan di tengah jalan tadi. Dia ada dekat dalam.. Doktor masih dalam proses pemeriksaan."
"Apa? Hampir jadi mangsa culik? Ibu tak faham! Apa yang berlaku sebenarnya ni!" Suara Puan Lyna sudah berubah parau. Hampir jadi mangsa culik? Apa yang berlaku sebenarnya?
Dayri yang mendengar nada suara Puan Lyna itu pantas memaut bahu bahu wanita itu.
"Sabar ibu, anak ibu tidak apa - apa... Doktor tengah periksa tu.. Nanti, kita tahu keadaan dia macam mana," Pujuk Day sambil mengusap perlahan bahu Puan Lyna. Tubuh wanita yang hampir longlai itu di dudukkan di atas kerusi ruang menunggu itu. Tidak lama kemudian, seorang doktor muncul dari wad di mana Rossa Amelyn sedang di rawat. Puan Lyna bingkas bangun dan terus menuju ke arah doktor itu.
"Doktor, macam mana dengan keadaan anak saya?" Soal Puan Lyna kurang sabar.
"Anak puan tiada mengalami kecerderaan serius... Tapi saranan saya... Lebih baik puan kena buat laporan polis sebab saya lihat tadi... Kecederaan yang di alami bukan dari kecederaan kesan kemalangan... Tapi lebih kepada kesan insiden lain..." Saranan doktor itu lagi.
"Baik, doktor... Boleh saya lawat anak saya doktor?"
"Buat masa ni.. Cik Rossa Amelyn berada dalam pemantauan lagi. Jadi, kalau puan nak lawat anak puan.. Sebaik nya esok pagi.." Balas doktor itu lagi.
"Kalau takde apa - apa.. Saya minta diri dulu.." Pinta doktor itu sebelum berlalu pergi dari situ. Puan Lyna hanya menggangguk lemah sahaja sebelum kembali duduk di atas kerusi ruang menunggu itu. Day juga turut melabuhkan punggung di sebelah wanita ini. Wajah Puan Lyna terlihat murung sekali.
"Sabar ya, bu.." Pujuk Day untuk sekian kali laginya.
"KAU TAK BOLEH LARI DARI AKU!!!" Jerit lelaki itu dengan nyaring sebelum berlari laju ke arah Rossa Amelyn dengan sebilah pisau yang berkilat. Rossa Amelyn tergamam melihat bilah pisau yang berkilat itu. Dia cuba untuk melarikan diri dari situ tetapi kakinya yang seakan terpaku di tempat itu membuatkan dirinya panik.
Kenapa dia tak boleh berlari ni? Kenapa kakinya langsung tidak boleh digerakkan? Jantungnya berdegup kencang melihat lelaki itu sudah mara ke arah dirinya.
"Kau sepatutnya mati hari tu, Rossa Amelyn!! Kau tak patut hidup!!" Deram lelaki itu lagi sebelum menghunus pisau berkilat itu ke arah Rossa Amelyn.
"Jangan!!" Rossa Amelyn mula menjerit nyaring!
"ARGHH!!" Rossa Amelyn menjerit terkejut sebelum matanya terbuka luas. Hanya pandangan kelam dan gelap sahaja menyapa pandangan matanya saat ini. Itu tidak mematahkan semangatnya. Dia bingkas bangun dari tempatnya berbaring. Kepalanya ssperti berpusing saat ini. Namun, dia tidak mempeduli kan. Tangannya mula meraba keadaan di sekitar. Katil hospital yang menempatkan dirinya di turun perlahan. Kenapa dia tahu itu adalah katil hospital sedangkan dia mengalami cacat penglihatan? Kerana dia mempunyai deria menghidu bau yang tajam!
Dia tidak berputus asa, dia tetap juga mahu turun dari katilnya. Tetapi keadaan nya yang lemah di tambah pula dengan kakinya yang masih tidak kuat menyebabkan dia hampir tersungkur di atas lantai. Mujur satu tangan kekar memaut laju pinggangnya. Mukanya hampir terkena pada dada orang itu. Serta merta satu aroma yang pernah dicium sebelum ini sewaktu di rumah anak yatim dulu menerobos masuk ke dalam lubang hidungnya. Aroma ini.. Aroma yang terbit di badan lelaki ini membuatkan dia teringat akan sesuatu!
"Lepaskan saya!" Bentak Rossa Amelyn secara tiba - tiba. Tangan yang melingkari tubuh nya di tepis kasar. Dia ingin berlalu pergi dari lelaki itu tetapi keadaan nya lemah membuatkan dia hampir tersungkur lagi. Dan sekali lagi lelaki itu di memaut tubuhnya.
"Jangan sentuh saya! Apa hak awak hah nak sentuh - sentuh saya macam ni?" Marah Rossa Amelyn. Tangan lelaki yang dirasakan menyentuh bahunya di tepis lagi.
"Relaks okay... Saya bukan sesuka nak sentuh awak macam ni! Awak tu belum sihat lagi, kenapa turun dari katil?" Bergema suara garau milik Dayri di ruang wad yang menempatkan tubuh Rossa Amelyn ini. Rossa Amelyn tidak mempeduli kan halangan lelaki itu. Dia tetap juga melangkah perlahan dan bantuan tangan nya yang meraba sekeliling.
Dayri memandang gadis itu dengan kerutan di dahi. Keazaman Rossa Amelyn, meskipun dalam keadaan serba lemah, benar-benar mengejutkannya. Dia mendekat lagi, bersedia menangkap jika gadis itu sekali lagi kehilangan keseimbangan.
“Awak degil betul, kan?” gumam Dayri perlahan, namun cukup kuat untuk didengar oleh Rossa.
“Degil atau tidak, itu bukan urusan awak,” balas Rossa tegas meskipun suaranya sedikit bergetar. Dia berhenti sebentar, meraba-raba meja kecil yang berada di tepi dinding.
“Di mana pintunya?” soalnya, seakan berbicara pada dirinya sendiri.
Dayri menghela nafas panjang.
“Rossa, awak tak boleh keluar dari sini. Doktor belum izinkan. Awak tahu awak perlukan rehat—”
“Saya tak peduli!” potong Rossa.
“Awak tak ada hak nak halang saya! Saya tak perlukan simpati sesiapa, termasuk awak!”
Kata-katanya menusuk, tetapi Dayri tidak berganjak. Dia memandang wajah Rossa yang walaupun tanpa penglihatan, penuh dengan api semangat. Perasaan kasihan dan kagum bercampur di dalam dirinya.
“Aroma ini...” tiba-tiba Rossa bersuara perlahan, suaranya sedikit bergetar.
“Awak... awak siapa sebenarnya? Kenapa bau awak sama macam—”
Dayri terdehem. Dia mendekat sedikit, berdiri beberapa langkah sahaja dari Rossa. Pandangan nya tajam menikam wajah Rossa Amelyn yang sudah tidak keruan itu.
“Macam apa? Ada sesuatu yang tidak kena ke dengan saya?”
Rossa menggenggam kuat tangan pada meja yang dirabanya. Dia cuba mengingat, cuba menyusun serpihan kenangan yang berselerakan di fikirannya. Namun, bunyi derap kaki beberapa jururawat yang masuk ke bilik itu memecahkan suasana. Day melangkah ke belakang, memberi ruang.
“Cik Rossa, apa cik sedang buat? Cik tak boleh bergerak banyak. Biar kami bantu cik kembali ke katil,” suara lembut seorang jururawat menenangkan situasi.
Namun, hati Rossa masih bergelut. Aroma lelaki itu, suara garau yang penuh dengan nada serius—semuanya seakan membawa dia kembali ke masa lalu. Tapi mengapa ingatannya terasa kabur? Dan kenapa lelaki ini seakan mengenali dirinya lebih daripada apa yang dia sangkakan?
Share this novel