DR. WALLACE MEREGANGKAN belakang Tubuhnya. Seharian menghadap komputer membuatkan pinggang nya terasa lenguh. Data berkaitan pesakit yang baru di terima harus di kemas kini. Kaca mata nya bertenggek di hidung mancungnya di perbetul sebelum matanya kembali tunak pada skrin komputer.
Fokusnya kembali terganggu bila ketukan kedengaran di luar pejabatnya.
"Masuk.." Dia memberi arahan.
Tidak lama kemudian, seorang jururawat masuk ke dalam pejabatnya.
"Doktor tak balik lagi ke? Dah malam ni.." Ujar jururawat itu pada Dr. Wallace. Dr. Wallace yang menyedari ayat jururawat itu pantas mengerling jam di pergelangan tangannya.
"Oh ya... Dah nak dekat pukul 10 rupanya... Thanks Suri bagtau I.." Ucap lelaki itu dengan nada mesra pada stafnya.
"Okay... Saya keluar dulu Dr.. Ada date kejap lagi.." Balas staf bernama Suri itu dengan nada suara yang ceria.
Oh... Ada temu janji rupanya.. Patut ceria semacam!
Dr. Wallace hanya mengangguk mengerti sebelum matanya menatap kelibat Suri yang sudah beredar dari ruang pejabatnya. Keluhan di lepaskan saat gadis itu sudah hilang dari pandangan. Dia mula menyandar kan tubuh nya pada dada kerusi empuk yang di duduki. Dia mula termenung sejenak. Kes berkaitan kehilangan remaja perempuan sejak akhir - akhir ini sering menjadi tatapan dirinya. Malah, kes itu sentiasa berlegar di ruang mindanya. Entah mengapa, kes itu terlalu menarik minatnya. Dia kembali menegak kan postur tubuhnya sebelum laci meja di buka. Sekeping gambar di keluar kan dari laci itu.
Dr. Wallace merenung gambar di tangannya. Wajah sebuah keluarga yang kelihatan harmonis bersama senyuman manis terus menarik minat nya saat itu.
Jari telunjuknya mengusap perlahan sudut gambar tersebut. Jari jemari nya mengusap wajah seseorang yang kelihatan kabur dan hampir tidak kelihatan bentuknya berbanding yang lain. Matanya tunak merenung potret itu sebelum dia mengeluh lagi. Potret itu kembali di simpan ke dalam laci semula.
Laci meja ditutup sebelum dia mengemaskan dokumen-dokumen di atas mejanya. Setelah memastikan tiada apa yang tertinggal, ruang pejabat di tutup sebelum dia melangkah keluar dari situ.
"NAH!" Seseorang meletakkan sampul surat putih di hadapan Dayri. Dayri memagung kepala melihat orang itu sebelum matanya kembali tunak pada sampul surat putih itu.
"Itu sahaja yang aku dapat tolong kau,.. Selebihnya.. Kau tahu kan.." Ujar lelaki itu sambil melabuhkan punggung berhadapan dengan Dayri. Dayri tidak menjawab ayat lelaki itu sebaliknya dia fokus pada kandungan yang berada dalam sampul surat putih itu.
Helaian demi helaian kandungan yang berada dalam sampul surat putih itu di baca.
"Ini aje yang kau dapat, Rul?" Soal Dayri pada lelaki ini. Lelaki yang bernama Rul itu hanya menjungkit bahunya sahaja.
Dayri mengeluh keras sebelum kembali menatap isi kandungan itu.
"Sebelum dia menghilangkan diri 3 tahun lepas, dia ada beli rumah dekat satu kawasan elit.. Tapi lepas aku check dekat kawasan tu.. Rumah tu kosong.. Langsung takde orang.." Rul mula membahas.
Dayri mengetap bibir, rasa tidak puas hati jelas terpancar di wajahnya. Helaian di tangannya diramas perlahan sebelum diletakkan semula di atas meja.
"Tak ada jejak lain?" soalnya, suara kedengaran tegang.
Rul menggeleng perlahan. "Aku dah cari semua rekod berkaitan—akaun bank, transaksi besar, malah nombor telefon terakhir yang dia guna. Semua jejak dia bersih. Macam dia sengaja padamkan diri dia dari dunia ni."
Dayri bersandar ke kerusi, jari telunjuknya mengetuk perlahan permukaan meja. Fikiran berkecamuk. Tiga tahun. Tempoh yang terlalu lama untuk seseorang hilang tanpa dikesan.
"Kau yakin takde sesiapa yang pernah nampak dia dekat kawasan tu?" tanya Dayri lagi, tidak mahu mengalah.
"Takde." Jawab Rul sambil menggeleng kepalanya.
Dayri mengeluh lagi mendengar jawapan sahabatnya itu.
Mereka mendiamkan diri seketika sebelum Rul berdehem untuk memulakan bicara.
"Day.. Aku nak tanya kau ni.. Perlu ke kau cari dia ni lagi.. Pasal dia ni... Biar pihak berkuasa yang settekan..." Rul mula membuka bicaranya. Pantas Dayri menjeling tajam ke arah sahabat nya ini.
"Aku takkan berhenti untuk cari tahu pasal dia, Rul.. Aku tak boleh terima apa yang dia dah buat dekat family aku.. Termasuk jugak pada Rossa Amelyn!" Berubah riak Rul saat nama wanita itu meniti di bibir Dayri.
"Kau masih nak sorok indentiti kau dari Rossa lagi ke, Day?" Tidak semena - mena Rul bertanya kepada Dayri.
Suasana bilik itu kembali tegang. Dayri mengalihkan pandangannya ke arah tingkap, merenung jauh ke luar seolah-olah mencari jawapan di balik malam yang gelap. Soalan Rul itu menusuk tepat ke benaknya—persoalan yang cuba dielak sejak sekian lama.
"Bukan aku tak nak beritahu dia..." Suaranya perlahan, hampir berbisik.
"Tapi aku tak boleh. Selagi aku belum jumpa 'dia' itu, aku takkan libatkan dia lebih dalam."
Rul menghela nafas berat.
"Tapi sampai bila, Day? Rossa berhak tahu. Kau tak rasa bersalah ke guna masalah kesihatan mental dia yang masih tidak stabil dengan semua benda ni?" Nada suaranya lebih tegas kali ini, jelas tidak bersetuju dengan keputusan sahabatnya itu.
Dayri memejamkan mata seketika, cuba mengawal emosi yang berkocak di dadanya.
"Aku tak ada pilihan lain. Itu sahaja cara yang aku ada sekarang."
Rul menggeleng perlahan.
"Bukan itu caranya, Day.. Kalau dia tahu semua benda ni, tak haru nanti." Balas Rul dengan tegas. Kadang - kadang dia tidak faham apa yang ada dalam fikiran lelaki ini. Sungguh! Dia langsung tidak mengerti.
Bilik itu kembali sunyi. Hanya bunyi jam berdetik perlahan memenuhi ruang di antara mereka. Rul bersandar ke dinding, memerhati sahabatnya yang tenggelam dalam dilema.
"Kau yakin kau boleh hadap semua ni sorang-sorang?" soal Rul akhirnya, cuba memecah kebuntuan.
Dayri tersenyum hambar.
"Aku dah hadap benda yang lebih teruk dari ni, Rul.."
Kali ini, Rul tidak membalas. Dia tahu tiada kata-kata yang mampu mengubah pendirian Dayri. Tapi di lubuk hatinya, dia risau—risau kalau 'benda' yang dicari oleh Dayri itu akhirnya akan meranapkan segalanya.
"Dan satu lagi... Berhenti untuk bagitahu informasi pasal aku dekat Rossa.." Hampir tercekik air liur Rul saat mendengar ayat pedas Si Dayri ini.
"Err... Macam mana kau tahu aku hantar informasi pasal kau dekat minah tu?" Soal Rul gugup. Kepalanya yang tidak gatal garu perlahan.
Dayri hanya tersenyum sinis sahaja.
Ooo... Orang yang menghantar informasi pasal Dayri pada Rossa Amelyn adalah Arul rupanya. Patutlah nama tak asing tadi. Ceh! Pandai betul mamat sorang ni cover line!
"Kalau iya pun nak menipu informasi pasal aku, tak payah lah over sangat... Nampak sangat menipunya tu!" Perli Dayri lagi. Rul atau Arul hanya tersengih malu sahaja. Dah itu sahaja jalan yang ada, terpaksa lah dia guna! Kalau ikut jalan lain nanti, makin melalut pulak jadinya!
" Dahlah... Aku nak blah dulu.. Apa - apa hal.. Roger aku! " Pinta Arul setelah menyedari yang dia sudah terlalu lama berada di rumah Dayri ini. Dia menepuk perlahan bahu Dayri sebelum bergegas pergi dari ruang tamu itu. Dayri hanya mengerling sekilas pemergian Arul itu sebelum kembali menghadap tingkap.
Walaupun apa pun caranya, dia harus menemukan orang itu!
Share this novel