DAHI ROSSA AMELYN MULA berkerut bila mendengar Dayri mahu menginap di rumahnya malam itu.
"Errr... Tak payah kot awak nak menginap dekat rumah saya ni.. Saya okay aje.." Cepat - cepat Rossa Amelyn membantah. Tongkat sakti yang berada di tangan di genggam erat.
Dayri tidak mengendah kan bantahan wanita ini. Sebaliknya dia mula mengemas sofa.
"Ada selimut dan bantal lebih tak?" Selamba badak sahaja Dayri menyoal. Matanya meliar memandang sekitar dalaman apartmen Rossa Amelyn ini. Sudah dia kali dia datang ke rumah wanita ini. Kali pertama dia menyusup masuk. Kali kedua, dia masuk secara betul pula!
Agak - agak kalau si Rossa tahu yang Dayri pernah menyusup masuk ke rumah nya sebelum ini, benjol tak kepala lelaki itu kena dengan tongkat saktinya!
Rossa Amelyn hanya membatu sahaja di hadapan pintu biliknya.
Melihat riak kalau kaku Rossa Amelyn itu, Hendak tak hendak dia melangkah juga mencari bantal dan selimut.
Rossa Amelyn yang merasa kelibat seseorang lalu di sebelahnya pantas menahan.
"Tak payahlah masuk bilik saya.." Keras sedikit suara Rossa Amelyn menghalang tingkah Dayri itu. Dayri hanya tersenyum sinis sahaja mendengar ayat Rossa Amelyn itu.
"Kau lambat sangat... Terpaksa lah aku cari sendiri... Kalau aku suruh kau cari nanti.." Tubuh kurus wanita ini di perhati atas bawah sebelum keluhan di lepaskan. Malas dia nak sambung ayat. Karang ada pulak orang tu terasa hati!
"Lupakan ajelah.. Biar aku cari sendiri.." Putus Dayri. Dia mula melangkah masuk ke dalam kamar milik Rossa Amelyn.
Rossa Amelyn sudah tidak berdaya mahu menghalang tindakan selamba Dayri itu. Dia merelakan sahaja lelaki itu mengambil barang yang di ingini dari kamarnya. Tetapi dia langsung tidak berganjak dari muka pintu. Walaupun mata nya tidak dapat melihat, telinga nya masih lagi mendengar bunyi di dalam biliknya itu.
"Dah... Aku dah ambik selimut dan bantal... Kau tak payah nak jadi mak cik guard dekat situ.." Perli Dayri pada Rossa Amelyn. Tubuh wanita di pimpin sedikit kasar menuju ke arah katil wanita itu. Wajah Rossa Amelyn mula berubah cemberut bila di paksa sebegitu. Nak tak nak, dia terpaksa juga mengikut. Kepala angin si Dayri ni bukan boleh berkira sangat!
Tongkat saktinya di letakkan di sisi katil setelah mendengar pintu biliknya di tutup oleh Dayri dari luar. Kemudian, dia meraba selimut sebelum berbaring di atas tilam. Fikirannya mula menerawang memikirkan Dayri yang kelihatan seolah - olah berubah karakter sekarang. Tiada lagi ayat dan suara ugutan dari lelaki ini. Yang ada sekarang, hanyalah rasa peduli walaupun ada sedikit dingin dan kasar. Dia mula merasa mengantuk dan perlahan - lahan mula melelapkan matanya. Karakter Dayri turut hanyut di dalam mimpinya.
SEMENTARA DI RUANG TAMU, Dayri masih lagi tidak dapat melelapkan matanya. Dia mula memusing kan tubuh nya. Bebola matanya tiba - tiba terarah pada pintu kamar Rossa Amelyn yang tertutup rapat. Sekilas sesuatu yang dia jumpai di kamar wanita itu tadi mula terlayar di ruang mata.
Rupanya Rossa Amelyn masih lagi mencari tahu tentang dirinya.
'Tak pernah berputus asa rupanya perempuan ni!' Gerutu Dayri di dalam hati. Berapa banyak sudah amaran kecil di bagi kepada wanita ini. Terapi langsung tidak pernah di endahkan.
Nampaknya, dia harus melakukan sesuatu untuk hentikan pencarian Rossa Amelyn ini!
Getaran telefon pintar di atas meja kecil menyentak lamunannya yang sedang mengatur rancangan untuk menghentikan pencarian Rossa Amelyn terhadap dirinya.
Telefon pintar itu di capai. Nama Arul naik di skrin telefon. Ikon hijau digesek.
"Halo.." Suara garau nya mula menjawab.
"Day, aku ada informan tentang 'dia' yang kau cari.." Suara garau bercampur serak milik Arul bergema di talian sebelah.
"Kau bagi alamat mana aku nak jumpa kau nanti.." Belum sempat habis lagi ayat member di talian sebelah sebelah, talian sudah diputuskan. Huii... Berbakul - bakul agaknya makian yang diterima oleh Dayri ini dari Arul.
Arul tu nampak aje smooth dan baik, tapi kalau bab nak memaki tu... Gerun weh! Tapi dengan si Dayri ajelah! Kalau dengan orang lain, memang tak lah! Jaga etika kan!
Muka dan rambutnya di raup kasar!
Daven!
Bisik Dayri perlahan. Cukup untuk pendengaran nya sahaja.
Nama itu mula mengitari ruang mindanya.
Daven?
Siapakah orang itu? Adakah orang itu berkait rapat dengan kisah silam yang terjadi Dayri dahulu?
Seseorang dari masa silam Dayri mula me muncul kan dirinya
Share this novel