BAB 19

Thriller Series 1665

3 TAHUN LALU...

"MA!!"

Jeritan Dayri bergema sebaik saja dia melihat darah mengalir di dahi ibunya yang baru keluar dari sebuah bilik. Beg galasnya dicampak ke lantai. Dia berlari, menyambar tubuh ibunya yang hampir rebah di depan pintu.

Puan Suba, ibunya, kelihatan lemah. Dayri segera memaut tubuh itu.

"Mama okay tak?" tanyanya cemas. Dia menatap wajah ibunya yang berkerut menahan sakit.

"Dia buat lagi ke, ma?" suara Dayri mula berubah, penuh marah, menunjuk ke arah pintu bilik di belakang ibunya. Tapi Puan Suba hanya diam.

Kesunyian itu membakar kemarahan Dayri. Dia terus menuju ke pintu, tangan sudah bersedia memulas tombol—namun cepat-cepat ditahan oleh Puan Suba!

"Ma..." suara Dayri meleret, tidak percaya ibunya masih mahu melindungi orang yang melukainya.

"Jangan, Day... Biarkan dia..." Puan Suba memegang erat lengan anak lelakinya, menghalang.

"Kenapa, ma? Dia yang buat mama macam ni! Kenapa mama nak halang Day?!" suara Dayri naik. Hatinya mula memberontak melihat ibunya terus-terusan menahan.

"Tolong, Day... Mama rayu, jangan mulakan..." Puan Suba merayu, suaranya bergetar, genggaman pada lengan Dayri makin kuat.

Dayri hanya mampu menarik nafas panjang, melepaskan marah yang terbuku. Perlahan-lahan dia mengalah.

"Mari, Day ubatkan luka mama tu..."

Dia memimpin tubuh ibunya menjauh dari pintu bilik itu. Namun, sebelum melangkah pergi, matanya masih sempat melemparkan pandangan tajam ke arah pintu kamar yang tertutup rapat itu.

"PA... TAK BOLEH KE bawa dia pergi buat rawatan? Kenapa perlu biarkan dia macam tu aje?" soal Dayri, masih tidak puas hati. Di ruang tamu, Tuan Enti hanya menunduk, wajahnya kusut.

Tapi bila Dayri merenungnya tajam, barulah lelaki itu mengangkat wajah.

"No! Papa tak izinkan!"

Hampir melopong mulut Dayri mendengarnya.

"Pa... dengan keadaan macam ni pun papa masih nak bantah? Papa tak tengok ke apa yang dia dah buat dekat mama?" Nada suara Dayri mula bergetar, menahan geram dan kecewa.

Tuan Enti diam. Dia hanya merenung sahaja dahi isterinya yang sudah di ubat oleh Dayri.

"Itu baru mama.. Kalau satu hari nanti dia buat pada Nia, Dayri dan papa sendiri.. Macam mana? Papa masih nak pertahankan dia lagi ke?" Dayri menyoal.

"Pa.. Ini bukan soal lain pa.. Ini soal kesihatan mental.. Dia.. Psiko pa.. Dia patut dapatkan rawatan psikiatri dari orang yang betul pa.. Sampai bila papa dan mama nak hadap benda ni? Sampai ada yang hilang nyawa baru papa nak ubah fikiran papa?" Ujar Dayri lagi.

"Dayri!! Jaga sikit mulut kamu tu!!". Marah Tuan Enti. Suara nya bergema di serata ruang tamu mewah itu.

"Abang kamu tak gila! Dia bukan psiko! Dia hanya alami tekanan sahaja! Pewaris papa tak gila!" Bantah Tuan Enti.

Dan ayat terakhir Tuan Enti membuatkan Dayri tersengih sinis. Jelaslah bahawa selama ini, bantahan yang dibuat oleh Tuan Enti berkaitan anak sulungnya adalah pewaris! Dan jelas sudah yang Tuan Enti tidak mahu menghantar anak sulungnya mendapat rawatan yang sebetulnya kerana tidak mahu reputasi keluarga mereka sebagai keluarga konglomerat terjejas! Jelas lah di sini keegoan dan keangkuhan yang mengatasi segala - galanya!

"Papa lebih penting kan reputasi konglomerat papa dari memikirkan kesihatan mental anak sendiri? Pa.. Wake up, pa! Wake up! Daven tu psiko pa! Dia gila! Dia patut dapat rawatan yang sebetulnya! Kalau kesihatan mentalnya tak terjaga? Macam mana dia nak terus jadi pewaris papa nanti? Kita dapatkan rawatan untuk dia ya, pa?" Pujuk Dayri lagi pada bapanya.

Pangg!!

Tidak semena - mena satu tamparan padu Tuan Enti hinggap di wajah tampannya!

"En!!" Jerit Puan Suba bila tamparan padu suaminya hinggap di wajah Dayri.

"Jangan pernah cakap lagi yang abang kamu, Daven gila! Kalau kamu cakap lagi sekali lagi.. Jangan harap muka kamu papa nak terima dalam rumah ni!" Ugut Tuan Enti sebelum berlalu pergi dari situ. Meninggalkan Puan Suba beriak sedih dan juga Dayri yang masih menyapu pipinya yang terasa pijar hasil penangan bapanya.

"Day!!" Puan Suba meluru ke arah Dayri sebelum wajah anak muda itu di usah perlahan.

"Mama minta maaf, Day! Mama minta maaf!" Pinta Puan Suba sebelum mula teresak - esak. Dayri yang melihat keadaan ibunya pantas menarik tubuh wanita itu ke dalam pelukannya.

"Jangan menangis, Ma.. Day okay aje!" Pujuk Dayri pada wanita yang melahirkan dirinya ini. Bahu ibunya di usap perlahan!

Matanya masih lagi tunak merenung ke arah pintu kamar yang tertutup rapat itu!

DAYRI, yang baru sahaja pulang dari kursus mekanikal selama seminggu, mengerutkan dahi sebaik melihat sebuah kereta meluru keluar dari kawasan rumah orang tuanya. Gaya pemanduan itu terhuyung hayang—seakan pemandunya berada di bawah pengaruh alkohol.

Dia hanya menggeleng, tidak berniat ambil tahu lebih lanjut. Langkahnya diteruskan menuju ke rumah.

Namun, sebaik melangkah masuk, Dayri kaku. Mulutnya melopong. Darah—merah pekat—bersimbahan di serata ruang tamu. Nafasnya tersekat. Matanya meliar dalam panik, meneliti keadaan sekeliling hingga akhirnya terhenti pada satu tubuh yang terbaring tidak jauh dari tempat dia berdiri.

Tuan Enti.

“Papa!!” jerit Dayri, suaranya pecah dalam kesayuan.

Dia segera menerpa. Tubuh si bapa yang terkulai tanpa nyawa ditarik ke dalam pelukannya. Leher lelaki itu jelas menunjukkan kesan kelar yang dalam. Darahnya masih hangat, membasahi kemeja biru yang dipakai Dayri.

“Papa! Bangun pa! Bangun!” Dayri menggoncang tubuh itu dengan penuh harapan, namun sia-sia. Wajah ayahnya yang pucat diusap perlahan, dan di situ, tangisnya akhirnya pecah—membanjiri ruang rumah yang sudah diselubungi kematian.

"Da… Day… Ri?"

Suara tersekat-sekat milik Puan Suba membuatkan Dayri yang sedang meratapi Tuan Enti segera mendongak.

"Ma…?"

Dia mencari kelibat ibunya. Wajah yang mengerang kesakitan itu terbaring di sudut yang agak terlindung. Tubuh kaku Tuan Enti diletakkan ke lantai sebelum dia merangkak menuju ke arah Puan Suba yang turut berlumuran darah.

"Ma…"

Sayu suara Dayri memanggil. Tubuh wanita itu segera dipaut ke dalam dakapannya.

"Ca… cari… ad… adik ka… mu… se… la… matkan… di… a…"
Tersekat-sekat suara Puan Suba memberi arahan—pesanan terakhirnya—agar Dayri menyelamatkan anak perempuannya, Nia.

Dayri menggeleng. Air mata menitis deras. Dia lebih risaukan keadaan ibunya daripada memikirkan hal lain.

"Per… gi… Day… Ri… sela… matkan… Ni… a… dan… Ro… ssa… Ame… lyn…"
Walaupun kesakitan menggigit tubuhnya, Puan Suba masih berusaha bersuara—meminta Dayri menyelamatkan dua nyawa penting itu.

Rossa Amelyn? Siapa kah gadis itu? Teman wanita abangnya kah?

"Per... Gi Day... Ri..." Dengan tenaga yang masih bersisa, tubuh anak lelakinya yang masih mendakap tubuhnya di tolak menjauhi dirinya. Terjelepok Dayri dari sisi ibunya.

"Per...gi.. Day... Ri... Per... Gi!!" Jeritan kecil Puan Suba mula bergema. Dayri yang melihat hanya mampu mengalirkan air matanya sahaja.

"Ma.. Tahan ma.. Day akan datang semula selepas selamatkan diorang..." Pujuk Dayri pada Puan Suba. Dia kemudian bergegas menuju ke arah kenderaan milik bapanya. Enjin kenderaan di hidupkan. Tidak lama kemudian, kenderaan bunyi kenderaan milik Tuan Enti berlalu pergi dari vila mewah itu. Terketar - ketar tangan Dayri ketika cuba mengawal stereng. Dia harus kuat! Jangan menyerah! Ingat pesan Puan Suba tadi. Dia kena cepat selamatkan Nia dan juga wanita yang bernama Rossa Amelyn itu!

Dalam pemergian Dayri menyelamatkan Nia dan Rossa, nafas Puan Suba sudah semakin pendek! Luka yang dialami di leher dan juga serata anggota badan membuatkan dia tidak dapat bertahan!

'Maafkan mama, Day... Maafkan mama!' Bisik Puan Suba perlahan sebelum dia tersungkur tidak sedarkan diri di atas lantai. Matanya terkatup rapat dan nafasnya juga turut terhenti! Puan Suba sudah kaku tidak bernyawa seperti suaminya! Meninggalkan Dayri yang masih berusaha menyelamatkan anak perempuan nya!

DALAM KEADAAN yang masih lagi terketar - ketar, Dayri serta merta menghentikan kenderaan nya bila melihat orang ramai berkerumun di tepi jalan raya. Dia mula meletakkan kenderaan nya agak jauh dari tempat orang ramai berkerumun itu. Dia pantas keluar dari perut sebelum bergegas menuju ke arah lokasi tersebut. Kemeja nya yang berlumuran darah tidak di hiraukan!

"Jangan dekat dengan kawasan tu! Asap dah banyak keluar! Bahaya!" Jeritan dari salah seorang mereka yang berkerumun menarik perhatian Dayri.

Matanya terarah pada sekumpulan manusia yang berjaya mengeluarkan susuk tubuh seseorang dari kenderaan yang hampir remuk di bawah tebing yang sedikit curam.

Hati berdegup laju bila wajah susuk tubuh orang yang di bawa oleh sekumpulan lelaki menyapa pandangan matanya.

"Nia!!" Jeritan nya tenggelam dek keriuhan dan keributan yang terjadi pada kawasan kemalangan itu.

Bila tubuh adik nya Nia sudah selamat di bawa keluar oleh mereka yang berada di situ, matanya kembali terarah pada kenderaan yang itu.

"Ada seorang perempuan lagi dalam kereta tu.. Tapi kita dapat nak keluar kan dia dari situ. Asap dan bau minyak dah kuat sangat.." Kedengaran suara salah seorang kumpulan lelaki yang Menyelamatkan Nia tadi mula bersuara.

"Kalau tunggu bomba pun.. Kita tak dapat buat apa - apa.. Kereta tu bila - bila masa saja boleh meletup!" Lelaki itu bersuara lagi. Nafas nya masih lagi termengah - mengah dek membawa dan mengusung tubuh Nia dari bawah ke atas jalan raya ini.

Dayri yang mendengar ayat lelaki itu sudah tidak tinggal diam! Besi penghadang jalan yang berada di hadapan di lompat dengan berani sebelum dia bergegas menuruni tebing yang curam itu untuk pergi ke Rossa Amelyn. Dia yakin, perempuan yang di maksudkan oleh lelaki itu tadi adalah Rossa Amelyn!

"Eh, awak nak buat apa tu! Bahaya lah!" Jeritan dari kumpulan lelaki yang menyelamatkan Nia tadi mula kedengaran!

Tapi Dayri langsung tidak menghiraukan tegahan lelaki itu. Sebaliknya dia dengan berani nya mendekati kenderaan yang hampir remuk itu. Dia mula menjenguk kepalanya ke dalam perut kereta. Kelihatan wajah Rossa Amelyn terkulai dalam keadaan lemah dengan muka berlumuran darah. Matanya meliar memerhati ruang di dalam kenderaan itu sebelum matanya terpaku pada satu kad anggota milik wanita ini yang tergantung pada cermin pandang belakang.

"Rossa Amelyn." Bisiknya perlahan. Rupanya wanita ini adalah seorang pegawai polis.

Pintu yang tersekat di tarik dengan sekuat hati.

Jeritan dan tegahan kumpulan lelaki tadi dari atas jalan raya tidak dihiraukan! Yang pasti, dia harus menyelamatkan wanita ini dahulu! Setelah cubaan kali ketiga, barulah pintu kereta yang remuk itu dapat di buka sepenuhnya. Seat belt yang membalut Tubuh Rossa Amelyn di buka. Celah tengkuk dan lipatan lutut wanita ini di sauk laju sebelum tubuh kurus wanita ini dicempung dengan mudah menjauhi kenderaan ini. Hidung nya sudah mula mencium bau petrol dari tangki kenderaan yang bocor.

Dengan sekuat tenaga, tubuh kurus wanita ini di cempung menuju ke atas.

"Jangan risau.. Aku akan selamatkan kau!" Bisik Dayri dengan nafas yang mula mengah. Rossa Amelyn hanya mampu melihat sahaja riak wajah Dayri walaupun dalam keadaan pandangan mata yang kabur . Kesakitan di kepala dan seluruh badan menyebabkan dia tidak mampu untuk bersuara. Dia hanya mampu melentok di dada bidang lelaki ini.

Sebaik sahaja mereka berdua sampai di atas,

DUMMM!!

Bunyi letupan kedengaran dari kenderaan milik Rossa Amelyn.

"Terima kasih.." Itu sahaja yang dapat di dengar dari mulut Rossa Amelyn sebelum wanita itu terkulai tidak sedarkan diri.

SEJAK DARI KEJADIAN MENIMPA keluarga nya dan Rossa Amelyn, wanita itu sentiasa berada di bawah pengawasannya. Tidak kira lah apa pun yang terjadi, wanita itu sentiasa berada di bawah pemerhatiannya..

Kerana dia tahu, pemburuan kepada Rossa Amelyn tidak akan berakhir di situ!

Imbas kembali... 3 tahun lepas

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience