BAB 6

Thriller Series 1665

MATA LELAKI ITU tunak memandang ke arah skrin komputer nya. Kes kehilangan seorang gadis remaja membuatkan mata nya tidak lepas dari memandang skrin komputer itu. Paparan kes di laman media sosial itu di baca dengan fokus sekali.

Pintu bilik pejabatnya di ketuk dari luar membuatkan pandangan nya teralih ke arah pintu.

"Masuk," Suara garau nya memberi arahan.

Tidak lama kemudian, pintu di buka dan terpacul wajah seorang stafnya dibalik pintu.

"Dr. Wallace, semua yang doktor suruh buat tadi dah siap semuanya.." Beritahu staf itu bersama senyuman manisnya.

Lelaki yang di panggil Dr. Wallace itu menangguk mengerti sebelum bersuara,

"Kejap ya.. Nanti saya datang ke sana,"

"Baik, Dr." Staf itu menjawab sebelum menutup kembali pintu bilik pejabat lelaki ini.

Fokus nya kembali kepada kes yang menimpa gadis remaja itu lagi. Entah mengapa, kes itu menarik minatnya walaupun itu bukan dari bidangnya yang sebagai pakar sakit puan.

Dr. Wallace menyandarkan tubuh ke kerusi empuknya sambil menghela nafas panjang. Kes kehilangan gadis remaja yang sedang dibacanya itu terasa seolah-olah memanggil naluri ingin tahunya, sesuatu yang jarang berlaku. Dia bukan detektif, bukan juga pakar forensik, namun naluri ingin tahunya sering membuatnya peduli pada perkara-perkara di luar tugas formalnya.

Dia meneliti gambar gadis remaja itu yang terpampang di laman media sosial—berwajah manis, bertubuh kecil, dan senyumannya yang polos. Tulisan di bawah gambar itu menceritakan bagaimana gadis itu hilang tanpa jejak selepas pulang dari sekolah tiga hari lalu. Tiada saksi, tiada petunjuk kukuh.

"Mengapa aku terasa ada yang tak kena di sini?" gumam Dr. Wallace perlahan sambil mengetuk-ngetuk jarinya di atas meja.

Fail kes perubatan pesakit yang perlu disemaknya untuk petang ini terletak di atas meja, namun fikirannya terus dihantui oleh kes kehilangan itu. Dr. Wallace memandang jam di dinding—sudah hampir di waktu tengah hari.

“Wallace, fokus,” katanya kepada diri sendiri, cuba mengalihkan perhatian. Dia mula mengemas mejanya sebelum mengambil apa yang untuk dibawa masuk ke dalam ruang yang sudah di sediakan oleh stafnya tadi.

HUJAN MASIH MELIMPAHKAN airnya di muka bumi.

"Lyn.. Tak payah ya balik malam ni. Ibu risau lah.. Dahlah hujan tengah lebat ni.." Ujar Puan Lyna dengan nada kerisauan. Sekejap matanya terarah pada luar rumah sebelum kembali memandang Rossa Amelyn yang sudah mula bersiap. Tongkat sudah siap sedia di tangan anak perempuan nya itu. Rossa Amelyn yang mendengar ayat ibunya sudah tersenyum manis. Langkahnya mula melangkah dengan bantuan tongkat saktinya. Badan ibunya mula di raba perlahan.

“Lyn, dengar tak apa Ibu cakap ni?” Suara Puan Lyna bergetar, penuh dengan kasih sayang bercampur kebimbangan.

“Ibu, jangan risau. Lyn okay. Lagipun, Lyn dah biasa jalan dalam hujan macam ni. Tongkat ni pun ada untuk bantu Lyn,” jawab Rossa Amelyn lembut, sambil tangannya akhirnya berjaya menyentuh lengan ibunya. Dia memegangnya erat, memberikan isyarat supaya ibunya tidak terlalu risau.

Puan Lyna menggenggam tangan anaknya dengan lembut tetapi tegas.

“Lyn, ibu tahu Lyn kuat. Tapi ibu tetap tak boleh tenang kalau Lyn keluar malam-malam, hujan pula lebat macam ni.”

Rossa tersenyum lagi. Senyuman yang sering kali dia gunakan untuk menenangkan hati ibunya. Namun kali ini, senyuman itu tidak cukup untuk menghapuskan kerisauan yang tergambar jelas di wajah wanita yang telah melahirkannya itu.

“Ibu, Lyn janji Lyn akan hati-hati. Kalau apa-apa jadi, Lyn akan terus hubungi ibu. Lagipun, rumah Lyn dah tak lauh dari sini kan,” kata Rossa dengan suara yang penuh keyakinan.

Puan Lyna masih kelihatan ragu-ragu.

"Dah tahu rumah tu dekat aje? Kenapa tak stay sini saja?"

Rossa Amelyn menghela nafas perlahan.

“Esok Lyn ada urusan dekat bandar sebelah. Kalau stay sini, takut lambat datang sana nanti, ibu.”

Puan Lyna akhirnya mengangguk, meskipun hatinya masih berat.

“Baiklah. Tapi, Lyn kena janji dengan ibu. Jangan lama-lama di luar, dan kalau ada apa-apa, terus telefon ibu.”

“Lyn janji.”

Rossa memeluk ibunya sebelum membuka pintu rumah. Puan Lyna membalas pelukan anaknya. Mahu di hantar ke perhentian bas, anaknya itu membantah keras kerana tidak mahu menyusahkan dirinya yang sudah tua. Dia lagi khuatir akan keselamatan anaknya itu. Di tambah lagi dengan keadaan Rossa Amelyn yang tidak sama dengan orang lain. Lagi bertambah rasa risaunya.

Angin sejuk bersama bunyi hujan yang lebat menyapa mereka berdua. Dengan langkah perlahan tetapi penuh tekad, Rossa keluar dari rumah, membiarkan bayangannya hilang di balik tirai hujan.

Namun, hati Puan Lyna terasa tidak sedap. Seakan-akan ada sesuatu yang bakal berlaku malam ini. Sesuatu yang tidak dapat dia jangkakan.

LANGKAH ROSSA Amelyn sudah sampai di perhentian bas, tempat dia selalu menunggu teksi kalau singgah di rumah anak - anak yatim bawah jagaan ibunya itu. Telinganya mula di picing untuk mendengar keadaan sekitarnya. Mengeluh keras dia bila menyedari tiada seorang pun manusia yang berada di situ. Perkhidmatan teksi telah pun di buat panggilan dan akan datang sebentar lagi. Dia masih lagi berteleku di tempatnya. Bunyi desiran hujan lebat masih kedengaran lagi.

Tidak lama kemudian, derap langkah seseorang kedengaran menghampiri perhentian bas itu.

"Hish.. Habis baju I kena hujan.." Rungut seorang wanita sambil mengibas bajunya yang terkena tempias hujan. Rossa Amelyn yang mendengar rungutan itu mula menghela nafas lega bila menyedari suara itu milik seorang perempuan.

"Mana pulak teksi ni? Dahlah hari hujan.. Ada date pulak tu.." Tak sudah - sudah gadis berada di sebelah Rossa Amelyn itu merungut. Tidak lama kemudian, kedengaran pemetik api di dipetik. Semerbak bau rokok memenuhi kawasan perhentian bas itu. Kembang kuncup hidung Rossa Amelyn menahan asap rokok dari gadis ini.

Jangan hairan sangat! Zaman sekarang tak hairan dah bila seorang gadis atau wanita itu merokok! Tangan si gadis mula menahan sebuah teksi yang melalui kawasan perhentian bas itu. Kedengaran deruman teksi itu pergi dari situ setelah si gadis meloloskan diri masuk ke dalam perut teksi. Sekali lagi Rossa Amelyn mengeluh lemah. Alangkah indahnya kalau dia dapat melihat. Sudah tentu dia dapat menahan teksi seperti gadis itu tadi. Sedang temenung, satu kilauan cahaya lampu sebuah kereta mewah mula berhenti di hadapannya.

Kereta mewah itu memancarkan cahaya terang yang menyilaukan seolah-olah menjadi satu pertunjukan besar di tengah kegelapan hujan. Rossa Amelyn menegakkan tubuh, telinganya tajam menangkap bunyi enjin yang hampir tidak berdesir—pasti teksi yang di pesan tadi. Hatinya mula terasa lega bila teksi yang di tempah tadi sudah ada di hadapannya. Cermin tingkap mula di turunkan.

"Helo, cik ke ada call syarikat teksi tadi?"

Rossa Amelyn yang tidak mengesyaki apa - apa mengangguk laju.

"Ya.. Saya ada telefon syarikat teksi tadi.. Err.. Encik ni pemandu teksi yang saya tempah tadi ke?" Soal Rossa Amelyn dengan nada sedikit curiga.

"Ya.. Saya pemandu teksi yang cik tempah tadi.. Mari masuk cik... Hujan lebat ni!" Jawab lelaki itu dengan nada lembut. Rossa Amelyn mengangguk mengerti sebelum melangkah perlahan menuju ke arah kereta yang di sangka teksi itu dengan bantuan tongkatnya. Tangannya mula menggagau mencari pembuka pintu kereta. Tangan nya berjaya mencapai pembuka pintu kereta sebelum tubuh kurus nya di bawa masuk kedalam kenderaan itu.

Saat memasuki kereta, bau kulit asli dan aroma wangian maskulin yang lembut menyambut Rossa Amelyn. Dia melangkah masuk dengan hati yang masih gusar, tidak menyedari bahawa pertemuan ini akan mengubah hidupnya nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience