BAB 7

Thriller Series 1665

KENDERAAN ITU MULA BERGERAK MEMBELAH jalan raya.

"Maafkan saya encik sebab basahkan kusyen kerusi encik.." Pohon Rossa Amelyn sambil tangan nya mula meraba kusyen kerusi yang di duduki itu.

"Eh, ini macam kusyen mahal ni.. Encik bawak teksi mewah ke?" Soalan Rossa Amelyn itu membuatkan suasana di dalam kereta itu terasa seketika.

"Tapi saya takde duit banyak untuk bayar teksi mewah ni.." Tangan Rossa Amelyn mula menggagau mencari dompet di dalam beg sandang nya.

"Oh, takpe cik.. Saya cas ikut harga teksi sekarang.." Lelaki itu pantas menjawab. Rossa Amelyn mengeluh lega. Tubuhnya mula menggigil bila terkena penghawa dingin yang di pasang kuat di dalam kereta itu.

Lelaki itu mula menjeling raut wajah tidak selesa Rossa Amelyn melalui cermin pandang belakang.

"Cik rasa sejuk ke? Kalau tak, saya boleh perlahan kan suhu aircond," Rossa Amelyn hanya mempamerkan senyuman nya sahaja. Suhu aircond kereta mula di turunkan. Dan ketika itulah, hidung Rossa Amelyn mula mencium bau aroma yang menyengat keluar air cond itu.

"Encik ada bawak staf hospital tak sebelum ni?" Soal Rossa Amelyn. Lelaki itu tersentak sebelum tangannya mula mengagau ke arah mata wanita itu. Mata wanita itu langsung tidak berkelip walaupun dia mengagau hampir dekat dengan matanya.

'She' s blind!' Desis hatinya.

"Macam mana cik tahu saya ada bawak staf hospital?"Lelaki itu bertanya semula kepada Rossa Amelyn.

"Saya ada deria bau yang agak kuat," jawab Rossa Amelyn perlahan. Senyuman kecil terbit di bibirnya, namun raut wajahnya kekal tenang.

"Bau antiseptik tu agak jelas, dan biasanya staf hospital akan bawa bau macam tu, kan?"

Lelaki itu tersenyum tawar, namun jari-jarinya menggenggam stereng dengan lebih erat.

"Oh... ya. Betul, saya ada ambil staf hospital tadi. Hebat cik boleh cam bau tu," balasnya, cuba menyembunyikan kegugupan dalam nada suaranya.

Rossa Amelyn hanya mengangguk perlahan, tidak memberi sebarang reaksi lain. Dia kemudian melentokkan kepalanya sedikit ke sisi, cuba memusatkan perhatian pada bunyi halus yang tiba-tiba hadir—bunyi seperti sesuatu sedang bergetar perlahan di dalam kereta. Lebih tepat lagi di belakang tempat duduknya ini!

"Encik, bunyi apa tu?" tanyanya dengan nada hairan.

Lelaki itu tersentak lagi.

"Eh, tak ada apa-apa... Mungkin radio yang tak stabil. Saya cuba betulkan."

Namun, Rossa Amelyn tidak mudah tertipu. Deria pendengarannya lebih tajam daripada biasa, dan dia tahu bunyi itu bukan dari radio. Ada sesuatu yang mencurigakan tentang lelaki ini dan keretanya. Dia mula meraba begnya secara perlahan, mencari sesuatu—mungkin telefon, mungkin sesuatu yang boleh dijadikan alat pertahanan.

Di sebalik ketenangan wajahnya, jantung Rossa Amelyn berdegup laju. Dia tahu sesuatu sedang tidak kena, dan dia perlu bersedia menghadapi apa-apa kemungkinan.

Dari halus menjadi kasar bunyi itu. Dan sekarang, seperti bunyi hentakkan dari bonet belakang diselangi dengan suara orang meminta tolong.

"Tolong! Tolong!" Sayup - sayup bunyi saura seseorang meminta tolong.

"Encik! Tolong berhenti kan kereta sekarang!" Arah Rossa Amelyn pada lelaki itu. Tetapi lelaki itu tidak menghiraukan arahan Rossa Amelyn sebaliknya terus menerus memandu kenderaan nya itu.

"Aku cakap! berhenti kan kereta sekarang!" Jerit Rossa Amelyn. Nada suara nya sudah mula berubah.

"No! Aku takkan berhentikan kereta ini sekarang! Bukan mudah nak jumpa kau sekarang.. That's right, Rossa Amelyn?" Suara lelaki itu juga turut berubah nada.

Tergamam Rossa Amelyn bila namanya di sebut oleh lelaki ini.

"Ma.. Macam mana kau tahu nama aku?" Tergagap - gagap Rossa Amelyn bersuara.

Lelaki itu tersenyum sinis, memandang Rossa melalui cermin pandang belakang.

"Kau ingat aku tak tahu siapa kau? Nama kau, latar belakang kau, malah tempat tinggal kau... semua aku dah tahu. Kau tak boleh lari, Rossa Amelyn," katanya dengan nada yang penuh misteri.

Rossa cuba menenangkan dirinya, tetapi tangannya sudah pun menggenggam erat tempat duduk, menahan gementar.

“Siapa kau sebenarnya? Apa yang kau nak daripada aku?” tanyanya dengan suara yang hampir bergetar, namun penuh tekad untuk mendapatkan jawapan.

Lelaki itu ketawa kecil, nadanya seperti mempermainkan keadaan. “Aku? Aku cuma seseorang... Seseorang yang terlalu obses dengan kau, Rossa Amelyn.”

"Obses?" Bisik Rossa Amelyn perlahan.

Seketika, bunyi dari bonet belakang semakin kuat, diselangi jeritan lemah meminta tolong.

"Apa—siapa yang ada dalam bonet tu?!" jerit Rossa, wajahnya berubah pucat. Dia tak lagi mampu menyembunyikan kegusarannya.

Lelaki itu menggeleng sambil tersenyum licik.

"Kau nak tahu? Tunggu saja sampai kita sampai ke tempat yang aku tuju. Masa tu, kau akan faham segalanya.”

Rossa tidak mahu menunggu. Dalam keadaan panik, tangan nya mula meraba mencari sesuatu yang boleh digunakan untuk menyelamatkan diri. Kemudian, tangannya tersentuh beg sandangnya di lantai kereta. Tangannya sekali lagi mengagau mencari sesuatu yang boleh dijadikan senjata sebelum jari jemari tersentuh satu botol bulat —pepper spray yang sentiasa dibawanya sebagai langkah berjaga-jaga.

Dengan pantas, dia mula mara ke arah belakang lelaki itu sebelum pepper spray Itu di sembur ke arah wajah lelaki itu.

"ARGHH!!" Lelaki untuk menjerit pedih bila pepper spray yang di sembur oleh Rossa Amelyn itu mengenai matanya. Pemanduan nya mula hilang arah sebelum kereta yang dipandu mula terlanggar tembok di tepi jalan.

"Aduh!" Rossa Amelyn mula mengaduh kesakitan bila kepalanya terhenti pada kerusi. Lelaki di depan juga turut sama mengaduh kesakitan. Kesempatan itu juga di ambil oleh Rossa Amelyn untuk melarikan diri. Tangan mula meraba pintu kereta sebelum di buka pantas. Dengan pantas dia keluar dari kenderaan itu sebelum melangkah dengan perlahan. Tangan nya mula meraba ke arah bonet kereta. Walaupun dalam keadaan yang cacat penglihatan, deria bau dan deria rasa mampu untuk memandu dirinya.

Rossa Amelyn terhuyung-hayang keluar dari kereta yang agak remuk di bahagian depan. Hujan lebat dan suasana sunyi di kawasan jalan terpencil itu menambah suasana tegang. Hembusan nafasnya masih tersekat-sekat, kesan daripada kejadian yang baru berlaku.

Dia menggenggam pepper spray erat di tangan, bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Derap langkah kaki lelaki itu yang terhuyung-hayang keluar dari kereta membuatkan jantung Rossa berdegup kencang. Dalam ketajaman telinganya, dia dapat mendengar derap langkah itu menghampiri dirinya.

“Rossa! Jangan lari!” jerit lelaki itu dengan suara serak, cuba mendekatinya.

Namun, Rossa Amelyn tidak mempedulikannya. Dia terus bergerak, tangan menyentuh badan kereta sebagai panduan. Kepalanya terasa berat akibat hentaman tadi, tetapi keinginannya untuk selamat jauh mengatasi segala kesakitan yang dirasai. Dia mula memandu arah jalannya berdasarkan mata batin nya! Hujan yang mencurah menimpa muka nya langsung tidak mematahkan semangatnya.

"Jangan biarkan dia sampai ke jalan!" gumam lelaki itu, separuh menjerit.

Rossa Amelyn terus berlari, tanpa menghiraukan rasa takut yang menjalar di seluruh tubuhnya. Apakah ada seseorang akan menyelamatkan dirinya nanti? Kepala yang semakin memberat membuatkan langkah Rossa Amelyn makin perlahan sehinggalah dia tersungkur di tengah jalan! Hon panjang kenderaan yang datang dari arah bertentangan membuatkan Rossa Amelyn seakan pasrah andai dirinya menjadi mangsa lenyekkan kenderaan itu!

"Rossa Amelyn!!"

Sayup - sayup kedengaran suara garau milik seorang lelaki menyeru namanya. Terasa kepalanya di pangku oleh itu.

"Rossa Amelyn!!" Namanya makin rancak di seru oleh lelaki ini. Tetapi kali ini adalah dengan nada... Cemas?

Siapa kah lelaki ini? Kenapa namanya disering kali diseru oleh lelaki ini?

Rossa Amelyn tidak mampu untuk bertahan sebelum dia terkulai tidak sedarkan diri di dalam dakapan lelaki misteri itu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience