"ARGHH!!! TOLONG!! JANGAN BUAT SAYA MACAM NI!! LEPASKAN SAYA!!" Jeritan dan rayuan seorang bergema di serata ruang di bawah tanah itu. Gadis itu sudah melutut sambil menahan kesakitan di hadapan lelaki yang sedang duduk menyilang kaki.
Lelaki itu hanya memerhatikan gadis tersebut dengan pandangan dingin dan penuh kawalan. Bibirnya mengukir senyuman sinis, langsung tidak terusik dengan tangisan mahupun rayuan yang memecah keheningan di ruang bawah tanah yang suram dan berbau hapak itu.
“Kau fikir jeritan kau boleh ubah apa-apa?” suaranya tenang, tetapi cukup untuk membuatkan tubuh gadis itu menggigil ketakutan.
Air mata gadis itu semakin laju mengalir di pipi. Tubuh badannya terasa kebas dan sakit dek penangan yang diberikan oleh lelaki itu tadi.
“Please… saya tak buat apa-apa. Tolong lepaskan saya…” suara gadis itu semakin lemah, hampir tersekat-sekat di kerongkong.
Lelaki itu bangun perlahan-lahan, langkahnya mendekati gadis tersebut. Setiap tapak kakinya menghasilkan gema yang menambahkan rasa ngeri dalam ruang sempit itu. Dia mencangkung di hadapan gadis itu, jari telunjuknya mengangkat dagu gadis tersebut, memaksa mata mereka bertemu.
“Kau cuma perlu jawab satu soalan saja...” bisiknya perlahan tetapi tajam.
"Kenapa kau nak perlu lari hah?"
Gadis itu menggeleng laju, nafasnya semakin memburu.
“Saya takkan buat lagi! Percayalah!” Rayu si gadis itu lagi dengan kedua - dua tangannya di arah lelaki itu.
Senyuman lelaki itu melebar. Tiba-tiba, tangan kirinya menghunuskan sebilah pisau kecil di hadapan wajah gadis itu, mata pisau yang berkilat terkena cahaya malap, memantulkan kengerian yang sukar digambarkan.
“Kalau kau berani menipu aku… kau tahu apa akibatnya.” Ugut lelaki itu lagi. Laju sahaja kepala si gadis mengangguk mengerti dengan ugutan lelaki itu.
"Tapi sekarang, ada hukuman untuk kau sebab kau berani nak larikan diri tadi.." Membulat mata si gadis saat mendengar 'hukuman' yang bakal di beri oleh lelaki ini.
"Tolong! Jangan! Saya janji.. Saya takkan buat lagi! Tolong!" Rayu si gadis buat kali kedua. Dia ingatkan setelah menerima ugutan tadi, semuanya sudah selesai. Terapi dia silap! Semua nya itu adalah taktik kotor lelaki ini sahaja!
Lelaki itu hanya tersenyum sahaja sebelum rambut ikal si gadis di cengkam kasar. Terjerit kecil si gadis dengan reaksi kurang ajar lelaki ini.
Tanpa amaran, tubuh kurus dan ringan si gadis diheret laju meninggalkan ruang sempit itu tadi. Semua nya serupa seperti yang di lakukan pada mangsa nya yang terdahulu! Sayup - sayup suara jeritan si gadis bila di heret sebegitu rupa!
DAYRI HANYA MEMERHATI sahaja satu tapak rumah yang hampir musnah sepenuhnya. Dahulu, tapak itu adalah sebuah rumah banglo mewah yang di diami oleh seorang ahli perniagaan bersama isteri dan tiga orang anaknya. Tetapi, satu kejadian telah berlaku dan telah menyebabkan keadaan rumah mewah itu hancur seperti sekarang. Hangus terbakar dan hanya tinggal kesan yang kekal sehingga kini. Dan semua penghuni dalam banglo mewah itu meninggal dunia akibat dari kejadian tragis itu.
Lama Dayri memerhati tapak rumah banglo mewah itu sebelum dia berlalu pergi dari situ. Terpancar riak kesedihan di raut wajahnya ketika ini.
Wait.. Wait..
Kenapa Dayri perlu ada riak sedih? Adakah dia sebahagian dari anggota keluarga dari ahli perniagaan ini?
Dayri mengeluh nafas panjang!
Soal itu, tak perlu untuk di bahas lagi! Yang penting sekarang, dia harus menghentikan pencarian Rossa Amelyn berkaitan dengan semua ini! Dia tidak mahu.. Dia tidak mahu Rossa Amelyn mengingati semua itu lagi! Dia tidak mahu Rossa Amelyn tahu siapa diri nanti!
Dia tidak mahu!
Share this novel