SEORANG GADIS KELIHATAN TERHUYUNG hayang melangkah menuju ke arah pintu utama. Suara esakan ketakutan nya mula kedengaran. Sesekali dia menoleh ke belakang untuk memastikan tiada siapa yang mengikuti dirinya.
Kemeja putih separas paha yang dipakai di penuhi darah tidak dihiraukan. Tujuan nya adalah untuk lari dari tempat neraka ini. Ketika dia mahu memanjat tangga untuk sampai ke pintu utama bilik bawah tanah ini, siulan seseorang membuatkan langkah terhenti. Dia kembali menyorok kan diri di celah tangga bila menyedari pintu di buka dari luar. Mulutnya di tekup kuat agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Sepatu yang di pakai oleh orang itu mula memenuhi ruang bawah tanah itu.
Langkah sepatu itu bergema, memecah kesunyian di ruang bawah tanah yang suram. Gadis itu semakin menggigil, menahan nafasnya. Dia dapat melihat bayang-bayang lelaki itu semakin mendekat, dilatari cahaya samar dari pintu yang baru sahaja terbuka.
“Hmm... di mana kau nak lari kali ini, ya?” Suara itu bernada santai, namun penuh ancaman. Siulan lelaki itu kembali bergema, menciptakan irama yang mengganggu, seperti bunyi yang dibuat hanya untuk menakut-nakutkan.
Gadis itu menahan tangis. Jantungnya berdegup kencang, seolah-olah mahu melompat keluar dari dadanya. Dia merapatkan tubuhnya ke dinding, berharap agar bayang-bayang tangga dapat menyembunyikan dirinya.
Langkah lelaki itu terhenti.
“Kau boleh sembunyi, tapi kau tak boleh lari. Aku tahu kau di sini...” Lelaki itu berbicara seperti sedang bermain teka-teki. Tangannya memegang sesuatu—kilauan dari pisau tajam yang dibawanya terpantul pada cahaya lemah dari atas tangga.
Gadis itu hampir tidak mampu menahan air matanya. Esak kecil yang tidak sengaja terlepas membuatkan lelaki itu menoleh tajam.
“Hah... Jumpa kau,” ujar lelaki itu perlahan, namun penuh dengan nada puas. Dia melangkah lebih dekat, satu langkah demi satu langkah.
"Jangan... Tolong... Jangan buat saya macam ni.. Tolong..." Rayu si gadis dengan kedua - dua belah tangannya di rapat kan ke arah lelaki itu. Lelaki itu hanya tertawa mengekek sahaja. Wajah nya langsung tidak dapat dilihat akibat cahaya samar - samar yang menerangi kawasan bawah tanah ini.
"Kau ingat.. Dengan rayu macam ni.. Kau akan selamat?"
"Kau takkan selamat sebab kau cuba nak lari dari aku!" Serentak itu juga rambut gadis itu dicekau kasar dan mengheret tubuh kurus itu menuju ke dalam semula. Menjerit - jerit gadis itu di perlakukan seperti itu.
Dan azam gadis itu untuk melepaskan diri musnah begitu sahaja bila si psikopat sudah mengheret dirinya masuk ke dalam semula.
"TOLONG.." SUARA seseorang meminta tolong membuatkan Rossa Amelyn pantas berpaling. Dia berjalan terhuyung hayang ke arah orang itu sebelum,
ZAPP!!.
Leher orang itu di kelar laju oleh seseorang! Dia tergamam sehingga kan tidak tahu mahu berbuat apa! Apatah lagi melihat pandangan tajam lelaki yang mengelar leher orang itu seperti mengejek dirinya.
"Tolong!!" Suara orang itu tersekat sebelum darah mula membuak - buak keluar dari mulut nya. Perlahan - lahan orang itu terjelepok di atas tanah dan menggelupur seperti ayam di sembelih. Tidak lama kemudian, nyawa orang itu berakhir di situ. Lelaki yang mengelar leher orang itu tadi mula berlari laju ke arah Rossa Amelyn dengan pisau berkilat nya. Menjerit nyaring Rossa Amelyn melihat lelaki itu meluru ke arahnya!
"Kau adalah sasaran yang seterusnya!" Jerkah lelaki itu dengan mengarah kan pisau berkilatnya ke arah Rossa Amelyn.
"ARGHH!!" Rossa Amelyn menjerit nyaring sebelum dia terbangun dari lena nya. Dia bingkas bangun dari pembaringannya. Peluh dingin mula terbit di seluruh wajahnya.
"Aku hanya mimpi... Aku hanya mimpi..." Pujuk Rossa Amelyn pada dirinya. Dia mula mengesot ke belakang sebelum lutut nya di bawa ke dadanya. Mukanya mula di sembam ke arah lututnya.
Entah mengapa, peristiwa ngeri itu kembali menghantui mimpinya. Dia cuba untuk mengingati nya tetapi hampa.. Hanya peristiwa kabur dan kelam sahaja yang menghantui kepala nya saat ini.
Rossa Amelyn tidak mampu untuk berfikir dengan baik lagi sebelum kembali menyembamkan mukanya pada lututnya. Dia harus kuat untuk menghadapi masa - masa akan datang!
Share this novel