SUASANA DI DALAM bengkel kereta kelihatan sibuk sekali. Berdentingan bunyi playar dan spanar memenuhi ruangan itu. Dayri pula kelihatan sibuk dengan tugasnya. Wajahnya kelihatan serius sekali.
Di seberang jalan, kelihatan susuk tubuh Rossa Amelyn sedang berkira - kira mahu melintas jalan. Alat kawalan yang berada kemas di dalam genggaman. Telinganya mula di picing untuk mendengar sebarang bunyi dari alat kawalan itu. Satu kelibat manusia melintasi secara berbahaya di sisinya. Dia mendengar langkah kelibat itu dan dia turut melangkah seperti orang tanpa menyedari yang bahaya semakin dekat di hadapan. Sedang asyik dia mahu melintas jalan berpandukan tongkat saktinya,
Pon!!! Pon!!
Berjela - jela bunyi hon kenderaan buat dirinya. Dia mula memutarkan diri nya ke kiri dan kanan bila bunyi hon kenderaan tidak henti - henti.
"Hoi! Kalau nak mati pun.. Tak payah nak menyusahkan oranglah!" Kedengaran suara tengkingan dari salah satu kenderaan yang membunyikan hon pada dirinya tadi.
Rossa Amelyn tidak menjawab. Sejenak peristiwa mula terlintas di ruang mindanya. Bunyi hon dari pelbagai kenderaan mula terngiang - ngiang di telinganya. Wajahnya mula berubah pucat. Imbasan itu semakin kuat mencengkam mindanya. Tongkat sakti yang menjadi penemannya tadi terlepas dari genggaman. Tangannya mula menggagau untuk mencari tongkat saktinya itu. Hon yang berjela masih tidak dipedulikan.
Sehinggalah...
Tubuhnya terasa di tarik oleh seseorang dari arah tepi. Berlaga muka nya dengan dada bidang orang itu. Bau seseorang yang dikenali menusuk masuk ke lubang hidungnya.
"Kau nak ke mati ke hah?" Suara jerkahan seorang lelaki mula kedengaran.
Rossa diam. Jerkahan itu bukan hanya menyentak pendengarannya, tapi turut menggegarkan sesuatu jauh di dalam hatinya. Tangannya masih terketar-ketar. Wajahnya tidak terangkat, hanya tersembam di dada lelaki itu.
Beberapa saat kemudian, tubuhnya terasa dipimpin ke tepi jalan. Langkahnya longlai. Seolah tidak ada daya.
“Kau tak dengar ke bunyi hon tadi?! Gila ke apa melintas macam tu?” Suara lelaki itu masih tegas, tetapi kini menahan cemas. Cemas lah! Takkan lah tak cemas pulak!
"Saya…” Rossa cuba bersuara, tapi suaranya serak.
" Saya cuma… Saya ikut alat kawalan dalam tangan saya… Tongkat saya…”
Lelaki itu menarik nafas panjang. Dia tunduk, memandang tongkat putih yang terjatuh beberapa meter dari tempat mereka berdiri. Dengan langkah lebar, dia mengambilnya lalu meletakkannya kembali ke tangan Rossa.
“Nah. Lain kali jangan ikut orang. Kau tak nampak, tapi kau kena lebih hati-hati.”
Rossa hanya menggenggam tongkat itu erat. Tangannya masih menggigil. Dalam benaknya, imbasan lama masih belum hilang. Bunyi hon. Jeritan. Darah. Dentuman kenderaan. Semua itu bergema seperti pita yang tidak mahu berhenti berputar walaupun dalam keadaan kabur.
Lelaki itu menghela nafas berat. Dia merenung wajah Rossa yang kelihatan masih pucat itu.
“Kau okay ke?” Suaranya kali ini perlahan. Lebih lunak.
Rossa menggeleng lemah. Kepala mula berdenyut. Kesakitan di kepala mula menyerang. Kepala di pegang sebelum muka nya kembali tersembam ke dada Dayri.
"Rossa!"
TUBUH KURUS MILIK ROSSA Amelyn yang tersandar lemah di sofa di renung tajam. Wajah wanita itu yang masih lagi lemah dan pucat walaupun dia sudah berehat sepenuhnya di bengkel kereta milik Dayri ini. Dayri mengeluh di dalam hati sebelum melangkah keluar dari ruang pejabatnya. Kedengaran lelaki berkata sesuatu kepada pekerjanya sebelum kembali masuk semula ke ruang pejabatnya.
"Kau dah okay kan... Jom aku hantar kau balik!" Lapan patah perkataan yang keluar dari mulut menyentak Rossa Amelyn yang masih termenung tadi.
"Hah?Errr... Tak payah kot awak nak hantar saya balik... Saya boleh balik sendiri!" Bantah Rossa Amelyn sebelum tangannya menggagau mencari tongkat sakti nya. Dia mula bangun dari tempat duduknya sebelum melangkah perlahan berpandukan tongkat di tangan. Dayri yang melihat sikap keras kepala wanita ini sudah berdecit kegeraman. Tanpa amaran, lengan kecil Rossa Amelyn di tarik laju.
"Eh, apa ni, Dayri?" Lengannya yang di tarik oleh Dayri itu di tepis laju. Riak wajahnya sudah bertukar merah menahan marah. Dayri tidak mempeduli kan riak marah wanita ini sebelum tubuh kurus Rossa Amelyn di bawa keluar dari ruang pejabat nya ini dan terus menuju ke arah keretanya.
"Saya tak nak! Lepaslah!" Rossa Amelyn mula meronta bila di paksa melangkah oleh lelaki ini.
"Kau nak aku dukung kau ke kereta ke, Rossa?" Dayri mula menggugut. Automatik rontaan Rossa Amelyn terhenti bila telinganya mendengar ugutan lelaki ini.
"Kau pilih salah satu... Nak aku dukung kau ke atau kau rela hati nak aku pimpin kau macam ni?" Dayri memberi pilihan kepada Rossa Amelyn. Dahinya Rossa Amelyn mula berkerut bila di paksa membuat pilihan. Akhirnya dia mengalah juga. Dia mula merelakan Dayri memimpin tangannya menuju ke arah kenderaan lelaki itu. Walaupun dia tidak dapat melihat, dia yakin mata - mata pekerja lelaki ini akan tertumpu pada dirinya kalau dia membantah lagi tadi.
Mahu macam udang kena bakar muka dia nanti kalau si Dayri ni betul - betul mahu mendukung dia!
Pintu kereta di buka dan perlahan - lahan dia memasukkan tubuh kurus Rossa Amelyn ke bahagian penumpang. Setelah selesai semuanya, dia kemudian beralih ke bahagian pemandu. Tidak lama kemudian, kenderaan milik Dayri mula meluncur keluar dari kawasan bengkel tersebut.
Dan dari sudut yang agak tidak jauh dari tempat kenderaan Dayri tadi, kelihatan orang yang memakai identiti 'Dr. Wallace' mula memerhati kan tingkah mereka berdua sehinggalah kenderaan yang dinaiki kedua - duanya mula bergerak meninggalkan kawasan tersebut.
"Rossa Amelyn.."
Nama wanita itu di seru dengan suara mendalam. Tangan kirinya mula mengetuk stereng kereta bersama siulan yang mula memenuhi ruang keretanya. Sejenak bau propofol menyengat di serata ruang keretanya.
Beg bimbit bersaiz sederhana di perhati. Sebatang picagari di keluar dari beg bimbit itu. Wajahnya sungguh teruja melihat cecair yang berada dalam picagari itu.
"Kau duduk diam dulu ya.. Masa untuk kau beraksi belum sampai lagi.. Tunggu perempuan tu bersendirian dulu barulah kau mula beraksi!" Dia mula bercakap dengan picagari di tangan sebelum benda itu kembali di simpan ke dalam beg bimbit.
Siulan kembali bergema sebelum tangannya mula memulas stereng menuju ke arah tempat nya 'bertugas'.
Hmm... Dayri dah semakin baik dan tak dingin dah dengan Rossa...
Share this novel