JERITAN RIANG KANAK - KANAK ITU MENGALIH perhatian Puan Lyna yang sedang sibuk menyusun makanan di atas meja yang di susun memanjang. Senyuman manisnya terbit bila melihat susuk tubuh yang menjadi mangsa pelukan satu persatu anak - anak asuhannya.
"Kak Rossa... Mari Adam bawak kan Kak Rossa ke ibu ya.." Ujar si kecil yang di kenali sebagai Adam itu. Tangan kecil nya menarik tangan Rossa Amelyn menghampiri Puan Lyna yang masih sibuk menyusun makanan dengan di bantu oleh beberapa orang pembantu rumah anak - anak yatim itu. Rossa Amelyn hanya tersenyum manis sahaja sebelum mengikuti langkah anak kecil itu. Tongkat saktinya telah di bawa oleh seorang lagi kanak - kanak perempuan. Bila tongkat saktinya sudah tiada pada dirinya, terpaksa lah juga dia melangkah berpandukan budak Adam ini. Jangan tersungkur jatuh sudahlah nanti!
"Takpe, Adam... Kak Rossa biarlah abang Day yang papah.. Adam pergi dulu.." Suara orang dikenali muncul menyebabkan senyuman manis nya tadi tiba - tiba berubah kendur.
"Baik, abang Day.." Jawab Adam sebelum tangan Rossa Amelyn yang di pimpin tadi di lepas kan sebelum dia bergegas menuju ke arah rakan - rakannya yang lain.
"Eh, Adam.." Panggil Rossa Amelyn dengan tangan nya menggagau mencari tangan Adam. Tidak semena - mena tangan nya sebelah kiri di genggam erat oleh Dayri. Rossa Amelyn tersentak sebelum dia cuba untuk melepaskan genggaman tangan lelaki itu. Tetapi langsung tidak berjaya.
"Kau jangan buat hal dekat sini, Rossa.. Kalau kau tak nak ibu syak apa - apa.. Better kau ikut arahan aku.." Bisik Dayri dengan nada tegas pada telinga Rossa Amelyn. Rontaan Rossa Amelyn mula kendur sebelum dia mengikuti langkah Dayri yang membawa diri nya dalam keadaan terpaksa.
Ketegangan di antara Rossa Amelyn dan Dayri semakin jelas terasa. Meskipun keadaan di rumah anak-anak yatim itu riuh dengan suara kanak-kanak yang ceria, tetapi hubungan di antara mereka berdua seakan-akan berada di dalam dunia yang berbeza—penuh dengan rahsia dan tekanan yang tersembunyi.
Rossa Amelyn menggigit bibir, cuba menahan perasaan tidak selesa yang mula meresap ke dalam dirinya. Walaupun Dayri bertutur dengan nada tegas, genggaman tangannya terasa hangat dan kukuh—seolah-olah ingin memastikan dia tidak tersasar atau tergelincir. Namun, di sebalik tindakan itu, Rossa tahu lelaki ini mempunyai niat tersirat yang belum mampu dia rungkaikan.
"Kenapa awak selalu ada di rumah anak - anak yatim ini?" soal Rossa perlahan, cuba menyembunyikan keresahannya. Langkah mereka berhenti seketika di sudut kawasan yang agak jauh sedikit dari halaman rumah yang di penuhi dengan pelbagai jenis masakan hasil air tangan Puan Lyna.
Dayri tidak segera menjawab. Mata tajamnya memerhati setiap gerak geri Puan Lyna yang masih sibuk di meja hidangan. Setelah memastikan tiada siapa yang memerhati, dia menundukkan wajah mendekati Rossa.
"Saja... Memang hobi aku untuk selalu singgah dekat sini," Jawab Dayri dengan selamba.
Rossa Amelyn menghela nafas berat.
"Hobi? Awak ingat saya ni budak - budak lagi ke untuk bagi jawapan yang tak masuk akal tu, " balas Rossa Amelyn lagi. Ingat dia ni budak - budak lagi ke sampai bagi alasan tak logik macam tu?
Dayri hanya tersenyum sinis sahaja.
Suara Adam bergema memanggil mereka berdua.
"Kak Lyn, abang Dayri! Ibu panggil makan!" Teriak anak itu dengan nyaring sekali.
Dayri menggenggam kembali tangan Rossa Amelyn sebelum tubuh wanita itu di bawa menuju ke arah Puan Lyna.
"Cuma satu aje yang aku nak kau ingat, Rossa Amelyn.. Jangan pernah untuk gali lagi pasal diri aku! Kalau kau cuba untuk gali lagi pasal benda ni semua, aku tak jamin.. Apa yang akan jadi pada seterusnya nanti!" Halus Dayri memberi amaran pada wanita ini sebelum mereka tiba di meja makan.
Genggaman hangat Dayri masih lagi melekat pada tangan nya walaupun sudah sampai di meja makan. Perlahan - lahan wajah Rossa Amelyn berubah riak saat mendengar ugutan halus lelaki itu.
Makna kata, lelaki itu tahu yang dia sedang menggali rahsia tentang lelaki ini. Dada Rossa Amelyn mula berdebar tidak tentu hala. Keriuhan di meja makan ketika itu tidak seiring dengan keadaan hatinya saat ini.
MALAM SEMAKIN MENJELMAKAN DIRI NYA. Tetapi Rossa Amelyn masih lagi duduk termenung di kepala katil. Sekarang, dia berada di rumah anak - anak yatim ini. Dia terpaksa menginap di situ atas arahan ibu nya. Lagipun, hujan lebat di luar membuatkan Puan Lyna semakin khuatir dengan keselamatan anak perempuannya itu. Dia tidak mahu kejadian lama berulang kembali. Hendak tak hendak, Rossa Amelyn terpaksa jua menginap di situ. Tekak nya yang tiba - tiba terasa haus membuat Rossa Amelyn terpaksa melangkah menuju ke dapur. Botol mineral yang sentiasa berada di biliknya telah kehabisan air. Tongkat sakti yang berada di sisi di ambil sebelum dia melangkah keluar berpandu kan tongkat saktinya.
Langkahnya mula di atur perlahan menuju ke arah dapur. Mujur juga biliknya ini berada di tjngkat bawah. Senang dia untuk berulang alik ke dapur.
"Nia tak nak! Tolong faham! Nia tak nak! Nia takut dia datang balik!" Sayup - sayup suara seseorang menjerit dari arah yang bertentang dengan dapur.
Langkah Rossa Amelyn terhenti. Dia kembali menelinga ke arah tersebut.
"Nia... Tolong dengar cakap abang Day ya.. Kita pergi hospital ya esok... Jangan macam ni.. Nia kan good girl..," Suara seorang lelaki pula kedengaran memujuk. Dahi Rossa Amelyn mula berkerut. Macam suara Dayri? Apa yang lelaki itu buat dekat situ? Hati nya penasaran. Langkah kakinya mula di atur menuju ke arah tersebut. Makin dekat dia melangkah, makin jelas kedengaran butir bicara kesemuanya yang berada di situ.
"Abang Day tak faham ke hah? Nia tak nak! Tak nak lah! Apa yang susah sangat Abang Day nak faham ni?" Jerkahan suara seorang gadis remaja mula menekap ke telinga Rossa Amelyn saat wanita itu sampai di situ.
"Nia.. Please dengar cakap abang Day... Jangan macam ni.. Abang Day cuma nak Nia sihat aje.. Tu aje.." Pujuk Dayri pada gadis yang bernama Nia itu. Rossa Amelyn masih lagi menelinga di balik pintu kamar.
"Abang Day memang tak faham bahasa ke hah? Nia cakap.. Nia tak nak pergi ke hospital.. Nia tak gila! Nia tak gila!" Jeritnya lagi.
Rossa Amelyn menahan nafas di sebalik pintu, hatinya berdebar kencang. Suara Dayri jelas memujuk, penuh dengan nada bimbang, tetapi jeritan gadis bernama Nia itu terasa begitu terdesak dan penuh ketakutan.
Siapa Nia? Dan kenapa Dayri ada di sini, memujuk gadis itu seolah-olah dia sudah biasa berurusan dengannya? Soalan demi soalan mula berlegar di fikiran Rossa Amelyn.
“Nia, abang Day tahu Nia tak gila… Tapi Nia kena kuat, ya? Kalau jadi apa-apa dekat Nia, abang Day risau,” suara Dayri kedengaran lembut, tetapi sarat dengan kegusaran yang sukar disembunyikan.
“Abang bohong! Semua orang tipu Nia! Dia akan datang balik… Dia akan cari Nia… Nia tak selamat dekat sini!” Suara Nia mula bergetar, seolah-olah bayangan sesuatu yang menakutkan menghantuinya.
Rossa Amelyn menggigit bibir. Ada sesuatu yang tidak kena di sini. Cara percakapan Dayri pada gadis bernama Nia ini sungguh berlainan sekali.
"Tak! Nia selamat dekat sini! Dia takkan dapat cari Nia!" Pujuk Dayri lagi.
"Mana abang Day tahu yang 'dia' tu takkan dapat cari kita di sini, hah? Dia tu gila abang Day.. Kalau dia tak gila, dia takkan bunuh papa dan mama tau tak! Dan Nia takkan jadi macam ni! " Jerit gadis itu lagi. Kali ni bersama tangisan pula. Dayri yang melihat keadaan gadis itu pantas membawa gadis itu ke dalam pelukannya.
"Husssh... Jangan ungkit kisah tu lagi... Jangan.. Nia kena kuat..." Pujuk Dayri lagi. Rambut si gadis di usap perlahan.
"Kenapa kita perlu ada orang gila macam dia, abang Day? Kenapa?" Rintih Nia dalam pelukan Dayri.
Rossa Amelyn yang mendengar rintihan si gadis mula terperasan sesuatu. Kalau betul firasat nya, mesti gadis bernama Nia ini adalah adik kepada Dayri.
Rossa Amelyn memejam mata seketika, cuba menghadam setiap butir kata yang diucapkan oleh Nia. Suasana di ruang tamu kecil itu terasa semakin berat. Esakan Nia yang terpendam dalam pelukan Dayri bagai menusuk ruang hati sesiapa yang mendengarnya. Namun, bagi Rossa, ada sesuatu yang lebih meresahkan—siapa sebenarnya lelaki yang Nia takuti?
Dayri menarik nafas dalam, menahan emosi yang hampir tumpah. Tangan kanannya terus mengusap lembut kepala adiknya, cuba memberikan ketenangan yang mungkin sukar dicapai.
"Abang Day takkan biar apa-apa jadi pada Nia. Percayalah... selagi abang ada, tak ada sesiapa boleh sentuh Nia." Suaranya rendah, tetapi ketegasan di sebalik janji itu begitu jelas.
Namun, janji itu tidak cukup untuk memadamkan ketakutan dalam diri Nia. Dia menggeleng-geleng kepala dalam pelukan abangnya.
"Abang tak faham... Dia takkan berhenti, abang. Dia akan cari kita sampai dapat. Dia gila... Kalau abang nampak sendiri apa yang dia buat pada papa dan mama waktu tu—"
"Cukup, Nia." Nada suara Dayri berubah dingin. Ada sesuatu dalam ingatannya yang cuba dia tolak jauh-jauh.
"Abang tahu… Tapi kita dah jauh dari dia. Nia kena percaya pada abang."
Dari sudut bilik, Rossa memerhati kedua-dua beradik itu. Perasaan ingin tahunya semakin membuak-buak. Ada misteri besar yang disembunyikan.
"Percayalah cakap abang Day... Nia akan selamat dan abang Day akan lindungi Nia walaupun dengan nyawa abang Day sendiri!" Tegas Dayri. Wajah Nia yang lencun dengan air mata di kesat dengan tangan kasar nya.
"Itu janji Abang Day..." Tubuh Nia kembali ke dalam pelukannya.
‘Siapa lelaki yang Nia panggil orang gila itu? Kenapa Dayri sangat berusaha melindungi adiknya hingga sanggup berpura-pura seolah semuanya baik-baik saja?’ soalnya dalam hati.
Rossa Amelyn mengeluh di dalam hati sebelum dia melangkah pergi dari situ bersama tongkat saktinya.
Rossa Amelyn sendiri tidak menyedari yang ketakutan Nia alami itu berkaitan dengan diri nya... Dan sekarang, harapnya Rossa Amelyn bertabah bila kisah silamnya terbongkar nanti!
Share this novel