SETELAH KEJADIAN KELMARIN, DAYRI TIDAK SERIK malah sentiasa mengunjungi rumah anak - anak yatim itu. Dan kunjungan nya itu membuatkan Rossa Amelyn sentiasa rasa tidak selesa. Rossa Amelyn sentiasa terasa dirinya sedikit terancam dengan kedatangan Dayri itu dan tanpa pengetahuan Dayri, Rossa Amelyn cuba mencari indentiti siapa Dayri sebenarnya.
"NAH! APA YANG KAU MINTA DEKAT AKU!" Sebuah fail di hulurkan perlahan - lahan kepada Rossa Amelyn. Dia adalah Azaharul atau mesra di panggil Arul, sahabat Rossa Amelyn ketika mereka berdua masih menjadi pelatih di pusat latihan polis dahulu. Sehingga sekarang, mereka berdua lagi berhubung antara satu sama lain walaupun keadaan sudah berubah.
Tangan Rossa Amelyn teraba - raba untuk mencapai fail tersebut. Arul membantu Rossa Amelyn untuk mencapai fail tersebut.
"Kau betul ke nak tahu siapa lelaki ni sebenarnya? Aku risaulah, Rossa," Arul mula bersuara. Ketika cuba untuk mencari indentiti siapa si Dayri ini pun membuatkan dia rasa tidak tenang apatah lagi Rossa Amelyn ini. Lagi berkali ganda rasa tidak tenang itu.
Rossa Amelyn tersenyum tipis sebelum menjawab.
"Aku serius lah, Arul. Aku tak main - main!" Jawab Rossa Amelyn dengan nada tegas.
"Tapi aku risau lah, Rossa.." Nada suara Arul berubah kerisauan.
Rossa Amelyn sudah mengerut dahinya mendengar suara kerisauan Arul itu.
"Kau jangan risau, Rul.. Aku tahu apa yang aku buat," Tegas Rossa Amelyn lagi.
"Aku tahu, Rossa. Tapi kau kena tahu.. Nak jejak identiti dia ni bukan nya senang. Tambah lagi dengan keadaan kau.." Tak jadi Arul mahu menghabiskan ayatnya. Rossa Amelyn yang mendengar ayat tergantung sahabat nya itu hanya tersenyum tipis sahaja.
"Aku minta maaf dekat kau Arul sebab susahkan kau.. Lepas ni, aku tak nak susahkan kau lagi. Aku tak nak kau akan kena tindakan nanti sebab aku," Ujar Rossa Amelyn. Ya, mesti orang di sekelilingnya akan sedaya upaya untuk mengelakkan diri darinya. Dengan keadaan penglihatan nya yang sudah tidak sesempurna dahulu, dia yakin orang akan menganggap dirinya menyusahkan sahaja.
Arul menghela nafas panjang, jelas resah dengan tekad Rossa Amelyn.
"Rossa, aku tak cakap kau menyusahkan… Cuma aku takut kau terjerat dalam hal ini. Kita tak tahu siapa sebenarnya Dayri—apa yang dia nak dari kau."
Rossa Amelyn hanya tersenyum kelat.
"Aku kena tahu, Arul. Aku tak boleh biarkan dia dekat dengan aku, dengan family aku tanpa alasan yang jelas. Kalau aku tak siasat sekarang, aku takkan pernah ada jawapan."
Arul mengetap bibir, memerhati wajah sahabatnya yang tetap berkeras meskipun keadaan tidak memihak pada wanita itu. Kehilangan penglihatan langsung memadamkan semangatnya.
"Kau yakin boleh buat semua ni sorang-sorang?"
"Aku tak minta kau ikut campur kalau kau rasa bahaya, Arul. Tapi aku kena tahu siapa Dayri sebenarnya. Dan aku rasa ada sesuatu yang dia sembunyikan."
"Kau fikir dia ada kaitan ke dengan tragedi yang menimpa kau 3 tahun lepas?" soalan Arul membuatkan suasana hening seketika. Fikiran Rossa Amelyn mula mencongak kemungkinan. Dayri muncul secara tiba-tiba dalam hidupnya selepas tragedi itu—sesuatu yang terlalu kebetulan untuk diabaikan.
"Aku tak pasti... Tapi aku akan cari jawapannya." Suaranya penuh tekad. Di sebalik kelemahannya, Rossa Amelyn tahu dia tak boleh bergantung kepada sesiapa untuk membongkar kebenaran ini.
DAN MALAM ITU, Rossa Amelyn mula mencari jawapan pada persoalan yang bergayut di kepalanya beberapa minggu yang lalu. Dan sekarang, dia mula kembali ke rumahnya setelah kembali sihat. Puas sudah Puan Lyna menyuruh dirinya untuk tinggal lebih lama di rumah anak - anak yatim itu tetapi dia pantas menolak. Habis rancangan nya untuk mengetahui siapa sebenarnya Dayri kalau dia menetap lama di situ. Cara yang paling selamat adalah dengan berpindah balik semula ke rumahnya.
Braille Sense Plus digunakan untuk mengakses surat yang diterima dari Arul petang tadi. Jemarinya menari di atas papan kekunci, menafsirkan setiap titik yang membentuk huruf. Setiap ayat dibaca oleh penterjemah mesin dengan teliti, seolah-olah setiap perkataan mampu membuka rahsia yang disembunyikan selama ini.
Berkerut dahi nya bila suara penterjemah mesin itu memberitahu yang Dayri adalah salah satu mangsa yang terselamat dalam satu kebakaran yang berlaku pada satu keluarga konglomerat 3 tahun lepas.
Keluarga konglomerat?
Imbasan silam membuatkan Rossa Amelyn menghentikan dulu pencariannya berkaitan Dayri. Keluarga konglomerat? Imbasan silam yang kabur mula menerjah masuk ke dalam kepalanya itu telah menyebabkan kepalanya tiba - tiba berdenyut sakit. Tangan mula menggagau mencari botol ubat tahan sakit yang terletak bersebelahan dengan komputer ribanya. Botol ubat itu dicapai pantas sebelum membukanya. Beberapa biji pil di masukkan sekali gus ke dalam mulutnya. Nafasnya yang sesak tadi mulai kendur dan denyutan sakit dikepalanya juga semakin berkurang.
Dia mula berteleku di sisi katilnya. Imbasan silam dengan visual yang kabur tadi kembali diingati. Kenapa Imbasan itu berada dalam keadaan kabur? Apa yang berlaku waktu itu? Yang ada dalam ingatan nya adalah sewaktu Imbasan kemalangan yang menimpa dirinya dan juga Imbasan sewaktu sedar di hospital. Itu pun dalam keadaan kabur juga. Kepala nya tiba - tiba terasa melayang dan lama kemudian, dia terjelepok tidak sedarkan diri di kaki katil. Kesan dari ubat tahan sakit yang di ambil melebihi dos tadi menyebabkan dia hilang kawalan.
Dan ketika itulah, seseorang berpakaian serba hitam keluar masuk melalui pintu bilik Rossa Amelyn. Orang itu mencangkung di sisi Rossa Amelyn sebelum menghela nafas panjang.
"Kalau dah tahu sakit tu, buat cara sakit.." Gumam lelaki itu dengan nada perlahan. Tubuh Rossa Amelyn yang terjelepok di atas lantai di paut ke arah Dadanya sebelum di cempung dengan mudah. Ketika tubuh Rossa Amelyn berada di dalam dakapannya, matanya terarah pada surat dan carian yang di buat oleh Rossa Amelyn berkaitan seseorang. Dia kemudian berpaling memandang ke arah Rossa Amelyn semula.
"Sampai macam tu sekali kau cari pasal diri aku, Rossa Amelyn," Bisik lelaki itu dengan suara yang mendalam sekali.
Wait... Wait... Cari pasal diri aku? Siapa lelaki ini? Jangan - jangan dia..
Dayri mula membawa tubuh longlai Rossa Amelyn ke arah katil sebelum tubuh kurus wanita itu di letakkan perlahan - lahan di atas tilam.
Dayri memerhati wajah pucat Rossa Amelyn yang terlentang di atas katil. Nafasnya perlahan dan teratur, namun riak wajahnya jelas menunjukkan dia sedang menanggung kesakitan. Pandangannya jatuh semula pada helaian kertas di meja kecil bersebelahan katil. Beberapa carian yang oleh Rossa Amelyn tentang dirinya terpapar di situ.
"Kau tak pernah tahu nak berhenti, kan?" bisiknya lagi, kali ini disertai keluhan berat. Jari-jarinya menggenggam helaian kertas itu erat sebelum meramasnya perlahan. Wajahnya sukar dibaca—campuran antara geram dan sesuatu yang lebih dalam. Sesuatu yang dia sendiri enggan akui.
Dia duduk di tepi katil, memerhati Rossa Amelyn untuk beberapa saat lagi. Kenapa perempuan ini begitu degil? Dia sudah memberi amaran secara halus sebelum ini, namun Rossa Amelyn tidak pernah tahu makna menyerah. Malah, wanita itu semakin berani menggali sesuatu yang sepatutnya dibiarkan terkubur.
Dayri melepaskan nafas perlahan sebelum tangannya terangkat, membetulkan helaian rambut Rossa Amelyn yang terjatuh menutupi wajahnya. Sentuhan itu terlalu lembut—bercanggah dengan sikap dingin yang sering ditampilkan. Namun, ada sesuatu tentang wanita ini yang selalu membuatnya kehilangan kawalan.
"Kau betul-betul tak tahu bahaya apa yang kau cari," bisiknya hampir tidak kedengaran.
Wajah wanita itu di kerling lagi sebelum tubuh wanita itu di selimut sehingga ke paras dada. Bergegas dia melangkah keluar dari kamar wanita ini setelah menyedari yang dia sudah terlalu lama berada di sini. Bergegas dia keluar dari tempat yang mana dia mula - mula masuk tadi.
Mak aik! Berani betul si Dayri ni! Sesenang macam tu aje dia mamat ni pecah masuk rumah orang! Rumah anak dara orang lagi tu! Naya aje kalau dapat di tangkap ni!
Tapi yang pasti, keselamatan Rossa Amelyn semakin terancam sekarang!
Semakin wanita itu cuba menggali dengan lebih mendalam, sedekat itu juga lah bahaya menghampiri dirinya.
Dan salah satu nya adalah, Dayri sendiri!
Dayri ni... Sesenang macam tu aje dia masuk... Haih...
Share this novel