SESI perjumpaan dengan pegawai polis pun diadakan setelah Rossa Amelyn hampir pulih sepenuhnya.
"Susah saya hendak terangkan kenyataan Cik Rossa ini..." Ujar salah satu pegawai polis kepada Rossa Amelyn. Rossa Amelyn sudah mengerut dahinya tanda tidak mengerti akan ayat pegawai polis itu.
"Kenapa encik? Ada sesuatu yang tak kena ke?" Soal wanita itu semula. Pegawai polis itu melihat Rossa Amelyn dengan pandangan yang sukar di tafsirkan sebelum menghela nafasnya. Susah dia hendak terangkan pada wanita ini. Dengan keadaan penglihatan wanita ini yang tidak sempurna, lagi lah dia susah mahu berterus terang.
"Betul ke yang Cik Rossa rasa pada malam hujan lebat tu bukan teksi? Cik Rossa yakin ke?" Sekali lagi pegawai itu bertanya pada Rossa Amelyn.
Rossa Amelyn terdiam seketika. Pertanyaan itu membuatkan dia kembali memikirkan semula peristiwa yang berlaku malam itu. Bunyi hujan lebat, dan bunyi enjin kenderaan yang datang menghampirinya... semua itu seolah-olah jelas dalam ingatannya.
"Saya yakin, encik," jawab Rossa akhirnya.
"Sebab kenderaan yang saya naik malam tu... Kerusi dia seperti kusyen yang mewah.. Bukan dari kusyen sebuah teksi.. Dan bau dari dalam kereta tu bukan dari sebuah teksi yang biasa saya naik.."
Pegawai polis itu mengangguk perlahan, mencatat sesuatu di buku nota kecilnya.
"Kalau begitu, boleh Cik Rossa ceritakan sekali lagi apa yang berlaku? Setiap perincian mungkin membantu siasatan kami."
Rossa menarik nafas panjang, cuba mengumpulkan kekuatan.
"Malam itu, saya baru balik dari rumah anak yatim tempat ibu saya berada.. Ibu saya dah larang saya untuk tidak pulang ke rumah saya malam itu.. Tapi saya degil. Saya pulang juga.. Dalam menunggu teksi tu.. Ada sebuah kereta berhenti di depan saya.. Saya ingatkan itu adalah teksi.. Saya tidak berfikir panjang dan terus masuk ke dalam.. Dalam waktu tulah.. Bau antiseptik kuat menyengat hidung saya waktu dia cuba perlahan kan suhu pendingin hawa.. Dan satu lagi.. Saya yakin, ada orang dalam bonet kereta.. Sebab waktu tu, telinga suara seperti suara seorang perempuan minta tolong sambil tendang tempat duduk belakang," Beritahu Rossa Amelyn dengan panjang lebar.
Pegawai polis itu menunggu dengan sabar, pena di tangannya bersedia untuk mencatat. Wajahnya serius, seolah-olah cuba memahami setiap kata yang keluar dari mulut Rossa.
"Waktu lah saya tahu yang kereta saya naik itu bukan teksi tapi kereta seorang penculik!"
"Oh ya, satu lagi.." Pegawai itu sudah tidak senang duduk. Ada lagi rupanya! Ingatkan dah selesai. Rungut pegawai itu di dalam hati. Dia seolah - olah mahu mengambil sambil lewa keterangan yang dibuat oleh Rossa Amelyn itu. Lagipun, wanita itu tidak dapat melihat. Mungkin keterangan Rossa Amelyn ini berdasarkan dari deria rasa dan deria pendengaran sahaja. Itulah rumusan yang di buat oleh dua pegawai ini.
"Dia tahu nama saya.."
Pegawai itu sudah memandang Rossa Amelyn dengan pandangan hairan.
"Mereka tahu nama Cik Rossa?"
Rossa mengangguk perlahan.
"Ya. Mereka tahu nama saya. Saya tidak tahu dari mana dia dapat tahu nama saya ." Ujar wanita itu lagi.
"Mungkin ada tanda nama Cik Rossa pada mana - mana bahagian cik Rossa waktu tu.." Pegawai yang satu lagi mula memberi petunjuk. Mana lah tahu kan! Biasa nya, sesetengah orang cacat penglihatan ni akan menggunakan kaedah itu untuk orang mengenal pasti mereka jika ada sesuatu berlaku pada mereka nanti.
Rossa pantas menggeleng.
"Takde.. Saya tak pernah pakai tag nama itu pada diri saya.." Balas Rossa Amelyn semula.
Fuh!! Kedua - dua pegawai ini sudah kurang sabar dengan kenyataan Rossa Amelyn ini!
Pegawai pertama itu menarik nafas panjang, jelas sekali cuba menahan kesabaran. Dia memandang rakan setugasnya seolah-olah mahu menyerahkan tugas ini pada orang lain. Tetapi dia terpaksa menyambung semula bicaranya.
"Kalau begitu, bagaimana dia boleh tahu nama Cik Rossa? Ada sesiapa yang mungkin menyebut nama cik semasa kejadian?"
Rossa Amelyn kelihatan termenung sejenak, seolah-olah cuba menggali memorinya. Kemudian dia menggeleng lagi.
"Tak ada... Itu sahaja yang terjadi waktu tu!."
Pegawai kedua memicit dahinya, jelas menunjukkan dia mulai hilang sabar.
"Baiklah, Cik Rossa. Adakah cik ingat apa-apa lagi? Apa-apa yang mungkin kita terlepas pandang? Perkara kecil pun boleh membantu."
Rossa Amelyn menggenggam tangannya erat, cuba mengawal emosi yang bercampur-baur antara takut dan keliru.
"Saya... saya cuma ingat bunyi suara itu. Dia menyebut nama saya dengan begitu yakin. Seolah-olah dia sudah lama mengenali saya."
"Suara lelaki atau perempuan?" tekan pegawai pertama dengan nada mendesak.
"Lelaki," jawab Rossa pantas.
"Tapi... ada sesuatu yang aneh dengan suaranya. Seperti... seperti dia cuba menyembunyikan nada asalnya. Mungkin dia memakai sesuatu untuk mengubah suara."
Kedua-dua pegawai itu saling berpandangan, mula memikirkan kemungkinan baru.
"Dan cik pasti tiada sesiapa yang dapat membantu cik waktu itu?" tanya pegawai kedua lagi, nadanya lebih lembut sedikit.
Rossa Amelyn mengetap bibir, suaranya mulai bergetar. Perlahan - lahan gelengannya memberi jawapan yang di nyatakan oleh pegawai polis pertama itu. Entah kenapa, perihal lelaki yang membantu diri nya ketika kejadian itu terjadi tidak di dedahkan pada kedua - dua pegawai ini.
"Saya sudah buta. Cacat penglihatan. Hanya bunyi dan sentuhan yang membantu saya waktu tu. Saya tidak nampak wajahnya, tapi... sentuhan tangan itu—"
Rossa terhenti, wajahnya bertukar pucat. Kedua-dua pegawai itu memerhati dengan penuh debaran.
"Tangan dia… dia kidal.. Saya tahu dia kidal sebab jika seorang kidal akan memakai jam tangan di pergelangan tangan kanan ," kata Rossa Amelyn lagi.
Pegawai pertama segera mencatat sesuatu di buku notanya. Dia akhirnya memandang rakan setugasnya dengan mata yang lebih tajam.
" Baiklah Cik Rossa... Kami beransur dulu.. Kalau ada apa - apa nanti. Kami akan hubungi cik Rossa semula," Pegawai polis pertama menoktahkan perbicaraan mereka. Manakala pengawai polis kedua pula sudah mengurut dada nya tanda senang dengan reaksi pantas rakannya. Rossa Amelyn hanya mengangguk mengerti sahaja.
"Kami keluar dulu.." Pamit kedua - duanya sebelum berlalu pergi dari bilik yang menempatkan wanita ini.
Keluar sahaja kedua - duanya, nafasnya di hela panjang. Dia termenung sejenak. Rossa Amelyn tahu, kedua - dua pegawai polis tadi hanya mengambil syarat untuk mencatat kan laporannya sahaja. Selebihnya, akan di ambil sambil lewa sahaja. Dia tahu, kedua - dua nya memandang rendah pada ketidakupayaan nya ini. Sebab jelas sekali kedua - duanya seakan - akan tergesa - gesa dan kurang berminat mahu mengetahui lebih lanjut apa yang terjadi pada dirinya ketika itu. Walau berkali - kali dia membuat laporan.. Tetapi dengan ketidakupayaan untuk melihat ini, akan membuat semuanya terbeban nanti.
Dia mula menyandar kan tubuhnya di kepala katil.
"Dayri.." Terpacul nama lelaki itu di bibir nya.
Bila pegawai pertama yang menyoalnya tentang ada sesiapa yang membantu diri nya saat kejadian itu, dia hanya menggeleng sahaja. Padahal, waktu itu ada Dayri yang membantu dirinya.
Ya.. Dia harus tahu siapa Dayri ini sebenarnya. Dan juga harus cari tahu kenapa lelaki bernama Dayri ini selalu berada dekat dengan diri nya! Itu yang dia perlu tahu sekarang!
Bila pegawai mengambil sambil lewa... Rossa terpaksa menjalankan misinya sendiri...
Share this novel