BAB 16

Thriller Series 1665

BALAI POLIS TEMPAT Arul bekerja kelihatan sibuk sekali pagi itu. Arul yang baru sahaja sampai meliar kan matanya memandang sekeliling ruang balai itu. Kesibukan yang di luar jangkaan membuatkan bebola mata lelaki itu meliar ke kiri dan ke kanan.

"Arul!!"

Tiba - tiba namanya di seru oleh seseorang dari arah sebelah kiri. Pantas Arul memalingkan wajah nya ke arah tersebut. Kelihatan Tuan Khalid, penyelia nya menggamit memanggil dirinya. Tanpa bertangguh, Arul terus menuju ke arah pejabat penyelia nya itu.

"Ada apa Tuan panggil saya ke mari?" Soal Arul kepada Tuan Khalid. Kelihatan penyelia nya itu kelihatan santai duduk di atas kerusi empuknya.

"Ni..."

Sebuah fail berwarna biru gelap di letakkan di hadapan anak buahnya.

"Apa ni, Tuan?" Soal Arul dengan nada curiga.

Tuan Khalid tidak menjawab. Tangan nya menyuruh Arul untuk membuka dan meneliti isi kandungan di dalam fail itu. Dengan rasa teragak - agak, Arul mencapai fail itu sebelum di buka. Helaian demi helaian isi kandungan fail itu di selak sehinggalah bebola matanya tertumpu pada satu helaian yang membuatkan dahinya berkerut seribu.

"Ada mangsa terbaru lagi ke, Tuan?" Soal Arul. Fail itu ditutup sebelum di letakkan kembali di atas meja.

Tuan Khalid mengangguk perlahan.

"Ya.. Kita terima laporan.. Ada kes budak perempuan hilang lagi.."

Mendengus keras Arul saat ayat itu keluar dari mulut penyelia nya ini.

Ada mangsa hilang lagi rupanya! Masuk bulan ni sahaja, dah tiga orang remaja perempuan di lapor kan hilang. Wah! Makin hari, makin rumit kes orang hilang ini!

"Satu lagi yang kamu perlu tahu, Budak - budak perempuan yang hilang ni bukan hilang begitu sahaja.. Mengikut satu laporan, budak - budak ni ada muat naik satu aplikasi..."

"Aplikasi? Aplikasi apa tu, Tuan?"

"NightCall..."

"NightCall... Tak pernah dengar pun!" Dahi Arul sudah berkerut.

"Ya... NightCall adalah satu aplikasi dating dalam talian.. Aplikasi ini tertumpu pada para remaja sahaja yang berusia dalam 18 hingga 21 tahun..."

Tuan Khalid menyandarkan tubuh ke kerusi, wajahnya tampak gusar.

“Aplikasi ni bukan macam yang biasa kita dengar. NightCall ni... katanya hanya boleh diakses melalui jemputan. Siapa yang nak masuk, kena ada kod rujukan. Dan lebih pelik, selepas kesemua mangsa hilang, aplikasi tu juga… hilang dari telefon mereka. Macam tak pernah wujud.”

Arul tersentak.

“Hilang? Maksud Tuan, dipadam?”

“Bukan dipadam. Tak ada kesan langsung. Tak tinggal sebarang jejak dalam sistem. Pakar forensik kita pun pening. Yang peliknya, ahli keluarga mereka sempat tengok aplikasi tu sehari sebelum mereka hilang.”

Arul mengetap bibir. Matanya tajam menatap meja.

“Jadi kita anggap ini bukan kes orang hilang biasa…”

Tuan Khalid mengangguk perlahan.

“Ya. Kita mungkin sedang berhadapan dengan satu sindiket. Atau lebih dari itu…”

“Hantu teknologi?” Arul cuba berseloroh, walaupun nadanya hambar.

Namun Tuan Khalid tidak ketawa.

“Apa pun kemungkinannya, saya arahkan kamu untuk siasat kaitan antara di sebalik semua ni... Kamu bebas untuk tubuhkan team kamu... Dan siapa yang kamu pilih... Saya beri kebenaran.. Kita tengok.. Siapa di sebalik yang mahukan mangsa hanya dari kalangan perempuan muda sahaja.. " Putus Tuan Khalid. Dia mahu lihat, siapa dalang di sebalik semua ini.

SENJA MULA MELABUHKAN TIRAINYA..

Kriukk!!!

Kedengaran pintu kamar dibuka dari luar. Kelihatan susuk tubuh seseorang memasuki kamar itu.

Tapp!!

Suis lampu ditekan!

Serta merta ruangan kamar yang gelap tadi terang benderang. Dan pada itulah, terserlah wajah Dr. Wallace di sebalik cahaya lampu kamar. Kelihatan wajah lesu dan penat terlukis di wajah lelaki itu. Pintu kamar mewahnya di tutup kembali. Butang baju kemeja yang tersarung di tubuh tegapnya di buka satu persatu sehingga menyerlahkan Dadanya yang berotot. Kemeja ynag selesai di buka di campak ke atas katil. Cermin besar yang berada di hadapan di tenung tajam. Dia kemudian menghampiri cermin besar itu sebelum wajah nya yang berada dalam pantulan cermin itu diperhati lagi.

"Hmm... Tak sia - sia aku gunakan muka tampan kau ni Wallace.. Terima kasih tau sebab bagi pinjam muka tampan kau ni.." Bisiknya perlahan.

Wallace?.

Wait.. Wait..

Kenapa dia perlu cakap pinjamkan wajah tampan Wallace? Bukan ke dia Wallace di sebut itu? Ni Wallace yang mana pulak?

Dia hanya tersengih sinis sahaja sebelum perlahan - lahan topeng muka yang selama ini menyaluti mukanya di buka. Terserlah wajah sebenarnya di sebalik topeng muka ' Dr. Wallace' yang dipakai.

Dia mula mengibas muka dan rambutnya sebelum cermin di hadapan di tenung tajam!

Wajah sebenarnya mula kelihatan di sebalik pantulan cermin itu.

Dia mula mengamati wajahnya di cermin.

Damm!!! Dammm!!

Kedengaran sesuatu seperti ketukan dan tenangan memecah keheningan senja itu.

Wajah nya sudah berubah riak bila telinga nya menangkap bunyi yang jelas merubah anginnya!

Topeng muka yang di pakai tadi di campak kasar ke tepi sebelum melangkah keluar dari kamar mewahnya.

" 'Makhluk - makhluk' semua ni memang saja nak spoil mood aku.. Haisss..." Gerutu lelaki ini sebelum menuruni tangga menuju ke arah bunyi tadi.

Dan bersiap sedia lah 'makhluk - makhluk' yang disebut oleh lelaki ini akan menerima balasan kerana telah mematahkan mood cerianya tadi.

Tapikan.. Siapa dia sebenarnya? Kenapa dia perlu memakai identiti 'Dr. Wallace'? Adakah dia adalah salah satu anggota keluarga dalam gambar yang di pegang tempoh hari? Dan siapa pulak 'makhluk - makhluk' yang disebut oleh lelaki ini tadi?

Yang pasti...

Dia bukan lelaki yang kita sangka kan! Dan dia adalah sesuatu yang bakal merubah hidup seseorang nanti!

Huii... Suspennya... Siapa agaknya dia nii?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience