HUJAN YANG TERLALU lebat membuatkan Rossa Amelyn mengeluh lemah. Dia mula meraba untuk duduk kembali ke kerusi panjang yang tersedia di perhentian bas itu. Telefon pintar di ambil sebelum talian perkhidmatan teksi di dail. Mengeluh lemah dia bila talian perkhidmatan yang di dail berada dalam keadaan sibuk. Telinganya mula menangkap suara orang ramai yang memenuhi kawasan perhentian bas itu. Dia mula merasa kerusi di sebelah sebelum mengesot ke tepi sedikit. Dari arah bertentangan, dia tidak menyedari ada susuk tubuh seorang lelaki berbaju hitam dengan payung di tangan sedang memerhati dirinya.
Hujan yang semakin lebat terus menghiasi malam yang sejuk itu, membuatkan Rossa Amelyn hanya mampu mengeluh lemah. Suara hiruk-pikuk orang ramai di perhentian bas menambah rasa cemas dalam hatinya. Dia mengeratkan genggaman pada telefon pintarnya, namun talian perkhidmatan teksi masih sibuk. Tongkat saktinya juga erat di dalam genggamannya.
Rossa menarik nafas panjang, cuba menenangkan diri. Dia sedar, menunggu di sini tanpa apa-apa perlindungan bukanlah pilihan yang bijak. Namun, keadaannya tidak memungkinkan dia bergerak jauh. Tiba-tiba, perasaan aneh menjalar ke tubuhnya, bulu roma nya meremang secara tiba - tiba. Dia tidak tahu kenapa, tetapi yang pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan keadaan hiruk pikuk ini.
Di seberang perhentian bas, lelaki berbaju hitam itu kekal berdiri, payung di tangannya menangkis hujan yang deras. Matanya tidak lepas dari memerhati Rossa. Sorot matanya tajam, namun bibirnya melakar senyuman tipis yang sukar dimengerti.
Rossa mengesot sedikit ke tepi, cuba memberi ruang kepada orang lain yang juga mencari perlindungan daripada hujan walaupun dalam keadaan matanya begini. Namun, hatinya mula berdebar tanpa sebab. Nalurinya seakan-akan memberi amaran, tetapi dia tidak pasti apa yang sedang berlaku.
Lelaki itu, tanpa mengalihkan pandangan, mula melangkah mendekati perhentian bas. Setiap langkahnya membuatkan Rossa semakin gelisah, walaupun dia masih tidak menyedari kehadirannya. Di bawah payung hitam itu, ada sesuatu tentang lelaki tersebut yang membuatkan suasana bertambah suram, seakan hujan malam itu membawa lebih daripada sekadar kesejukan.
Lelaki itu mula menyelit di dalam hiruk pikuk manusia yang berada di perhentian bas itu sebelum betul - betul berhenti di belakang Rossa Amelyn. Air payung di tangan langsung tidak di lepaskan. Telinga Rossa Amelyn mula menangkap air hujan yang menitis di atas sesuatu sebelum air itu memercik mengenai tengkuknya. Orang itu menyedari yang air hujan menitis mengenai tengkuk wanita itu pantas menutup payung dengan perlahan - lahan. Pantas Rossa Amelyn memalingkan tubuh nya ke belakang. Kepalanya di pusing ke kiri dan ke kanan sebelum kembali memalingkan tubuhnya ke hadapan semula. Orang itu hanya memerhati sahaja tingkah Rossa Amelyn itu. Hiruk pikuk di perhentian bas itu mulai berkurangan bila satu persatu manusia yang berada disitu beransur - ansur pergi ke destinasi masing - masing. Hanya tinggal beberapa orang sahaja yang berada di perhentian bas itu. Termasuk Rossa Amelyn dengan lelaki yang berada di belakang nya ini!
Deringan telefon pintarnya mula berbunyi. Telefon itu pantas di jawab.
"Helo.."
"Lyn... Ini ibu... Lyn dekat mana? Ibu datang ambil Lyn ya.." Suara Puan Lyna mula kedengaran sebaik sahaja Rossa Amelyn menjawab telefon. Rossa Amelyn mendengus lemah sebelum panggilan ibunya di putus. Telefon kembali di simpan ke dalam beg galasnya. Dia masih lagi menanti kehadiran perkhidmatan teksi. Dan lelaki berbaju hitam tadi masih lagi berdiri belakangnya.
Tidak lama kemudian, sebuah teksi berhenti di hadapan Rossa Amelyn.
"Cik Rossa Amelyn?" Soal si pemandu teksi sebaik sahaja menurunkan cermin tingkap nya.
Rossa Amelyn bingkas bangun sebaik sahaja namanya di sebut oleh pemandu teksi itu.
"Ya... Saya Rossa Amelyn.." Jawab Rossa Amelyn.
"Saya teksi yang cik tempah tadi.. Sila masuk ya.." Pemandu itu memberi tahu wanita.
"Oh,ya.. Baik." Rossa Amelyn melangkah sambil perlahan - lahan menuju ke arah kenderaan itu dengan bantuan tongkatnya. Tangannya mula meraba kawasan badan kereta sebelum tangan nya dapat menyentuh pembuka pintu kereta. Dia kemudian meloloskan diri ke dalam perut kereta.
"Minta maaf, Encik... Saya lambat masuk ke dalam kereta.." Ujar Rossa Amelyn dengan nada bersalah.
"Oh, tak mengapa.. Adatlah saya harus menunggu penumpang saya untuk masuk ke dalam kenderaan dengan selamat." Jawab si pemandu teksi dengan ramah.
"Ni saya hantar cik ke alamat mana?"
"Hantar ke apartmen sentosa, encik.." Jawab Rossa Amelyn.
"Baik," Jawab Si pemandu teksi sebelum kenderaan yang di pandu mula bergerak pergi dari kawasan perhentian bas itu.
Lelaki berbaju hitam itu masih lagi terkaku di tempat nya. Teksi yang di naiki Rossa Amelyn masih lagi di tenung dengan mata tajamnya walaupun bayang teksi sudah menjauh pergi.
"Rossa Amelyn.." Nama itu diseru lagi sebelum dia beedar pergi dari situ.
"Rossa Amelyn.." Untuk sekian kalinya, nama itu diseru lagi.
Share this novel