BAB 2

Thriller Series 1665

BUNYI MESIN DAN MEMBAIKI KENDERAAN mula kedengaran di serata ruang itu. Kelihatan beberapa orang pekerjaan melakukan tugas mereka.

"Day..." Seorang lelaki baru masuk ke dalam bengkel kereta itu menyeru nama seseorang.

"Day mana?" Tanya lelaki itu pada pada salah seorang pekerja. Pekerja itu memberi isyarat yang lelaki yang bernama Day itu berada di bawah salah satu kenderaan.

Lelaki itu mengangguk tanda memahami sebelum berjalan menuju ke kenderaan yang dimaksudkan. Dia berjongkok sedikit, cuba melihat ke bawah kereta tersebut.

"Day! Kau kat bawah sana ke?" suara lelaki itu sedikit kuat, mengatasi bunyi bising mesin di bengkel tersebut.

Sejurus kemudian, seorang lelaki berbadan tegap dan sasa keluar dari bawah kenderaan sambil memegang spanar. Wajahnya berpeluh, dengan kesan minyak hitam di pipinya.

"Kenapa kau cari aku?" jawab Day sambil mengelap tangannya dengan kain buruk.

"Ada seseorang dekat luar tadi bagi aku benda ni..
Katanya untuk kau," balas lelaki itu sambil mengerling ke arah wajah Day. Sesuatu yang berupa sampul surat di sua ke arah lelaki bernama Day ini. Day menyambut sampul surat itu dengan segera.

"Thanks, Rem.." Balas Day sepatah sebelum berlalu pergi dari situ. Dia masuk ke dalam ruang untuk menukar pakaian yang lebih santai.

"Aku tak masuk petang ni... Kau buatlah apa yang patut!" Uajrnya pada lelaki yang di panggil Rem itu. Dia kemudian menuju ke arah motosikal berkuasa tingginya setelah helmet di kenakan ke kepala. Berderum bunyi motosikalnya meninggalkan kawasan bengkel itu.

Lelaki yang bernama Rem itu hanya memerhati sahaja sebelum masuk kedalam semula.

BILIK YANG kelam itu tidak mematahkan semangat Day untuk memerhati gambar Rossa Amelyn yang baru di terima tadi. Gambar wanita yang berjalan menggunakan tongkat itu di perhati lagi.

Sudah tiga tahun berlalu, tetapi wajah wanita ini sering kali hinggap di kepalanya.

"Rossa Amelyn..." Nama wanita itu diseru lagi. Senyuman sinis tersungging di bibir nya.

Day menyandarkan tubuhnya pada kerusi kayu lama yang berbunyi perlahan setiap kali dia bergerak. Gambar Rossa Amelyn itu diletakkan di atas meja kayu yang sedikit usang. Cahaya lampu malap yang tergantung di siling hanya cukup untuk menerangi gambar itu—wajah wanita yang menjadi titik permulaan di dalam hidupnya.

Dia menarik nafas panjang, matanya tak beralih daripada gambar itu. Rossa Amelyn, wanita yang selama ini menjadi teka-teki yang tak pernah selesai. Biarpun tiga tahun telah berlalu, wajah itu tetap menjadi bayangan yang menghantui mindanya.

Day memetik sebatang rokok dari kotak kecil di poketnya dan menyalakannya. Asap berkepul-kepul memenuhi ruang bilik yang sempit. Dengan nada yang perlahan, seakan berbicara dengan dirinya sendiri, dia menggumam,

"Tiga tahun berlalu, dan kau masih tetap orang yang sama, Rossa. Orang yang sama."

Dia menekan puntung rokok pada bekas abu yang sudah penuh. Tangannya kemudian mencapai gambar itu sekali lagi. Dia bangun dari tempat duduknya sebelum gambar Rossa Amelyn di lekatkan pada dinding di hadapannya. Tatkala matanya menyelusuri wajah Rossa Amelyn, dia tersenyum sinis. Senyumannya yang penuh dengan sesuatu yang sukar untuk di ramal.

"Tak lama lagi, Rossa. Tak lama lagi kita akan bertemu semula."

"KAK ROSSA!!" Suara jeritan kanak - kanak yang menghampiri dirinya membuatkan dia tersenyum senang.

"Kak Rossa.. Cuba Kak Rossa teka? Saya siapa?" Soal salah seorang kanak - kanak yang lebih kecil dari yang lain. Rossa Amelyn yang mendengar soalan kanak - kanak itu perlahan - lahan menunduk kan tubuhnya kebawah sebelum wajah kanak - kanak itu di raba dengan tangannya.

"Kak Rossa tahu.. Ni Nila kan..." Teka Rossa Amelyn bersama senyuman manisnya.

"Yeah!!" Kanak - kanak yang lain mula bersorak riang bila tekaan Rossa Amelyn adalah benar.

"Amboi - amboi... Bukan main lagi ya kamu semua nak kenakan Kak Rossa... Dah... Mari makan semua... Mama ada masak special untuk kamu semua..." Suara Puan Ina, penjaga rumah anak - anak yatim itu memecahkan keriangan mereka.

"Yeah!!!" Sekali lagi kanak - kanak itu menjerit keriangan sebelum kesemuanya masuk ke dalam rumah. Puan Lyna yang melihat gelagat anak - anak asuhan nya hanya menggeleng kepala sahaja. Dia kembali mengatur langkah menuju ke arah anak perempuannya ini. Ya... Rossa Amelyn adalah satu - satu nya anak perempuan yang dimiliki bersama mendiang suaminya, Encik John.

"Lewat kamu datang hari ni... Biasa nya.. Kamu awal sikit datang sini.." Soal Puan Lyna pada perempuan nya. Tangan anak perempuan nya di pimpin menuju ke arah rumah.

"Tadi Lyn singgah dekat tempat kerja lama... Tu yang lewat sikit datang sini..." Beritahu Rossa Amelyn. Berubah wajah Puan Lyna saat mendengar 'tempat kerja lama' yang di sebut anak nya ini. Tangan Rossa Amelyn di pimpin lagi sebelum tubuh wanita itu di duduk kan di atas kerusi batu.

"Kenapa ibu senyap saja... Ibu tak sihat ke?" Soal Rossa Amelyn dengan prihatin. Begitulah seorang Rossa Amelyn. Sentiasa akan mengambil berat akan orang di sekelingnya.

"Lyn..." Setelah agak lama mendiamkan diri, Puan Lyna mula bersuara.

"Ya, ibu..."

"Kalau ibu cakap ni... Lyn jangan marah ya..." Teragak - agak Puan Lyna mahu meneruskan ayatnya.

"Eh, apa ibu ni.. Bila masa Lyn nak marah ibu pulak.. Cakap lah... Ibu nak cakap apa?"

Puan Lyna menarik nafas dalam-dalam, cuba mengumpul keberanian. Dia memandang wajah anaknya yang tenang, namun terselit kebimbangan. Tangannya menggenggam erat jemari Rossa Amelyn.

"Ibu rasa... Lyn tak patut pergi ke tempat kerja lama Lyn lagi," kata Puan Lyna perlahan, seolah-olah takut kata-katanya akan melukai hati anaknya.

Rossa Amelyn mengerutkan dahi.

"Kenapa pula, ibu? Ada apa-apa yang berlaku ke?" tanyanya, nada suaranya lembut tetapi penuh tanda tanya.

Puan Lyna mengeluh kecil.

"Ibu tak tahu macam mana nak cakap ni... Tapi, yang penting... Hentikan langkah Lyn untuk jejak ke sana, ya.."
Rossa Amelyn yang mendengar ayat ibunya mula rasa tidak selesa. Dia mula merasa mencari tangan Puan Lyna.

"Apa ibu cakap ni... Lyn cuma hanya mahu hantar permohonan untuk kembali bekerja, ibu... Itu sahaja."

"Tapi, Lyn... Sampai bila Lyn nak hantar borang permohonan Lyn tu... Tapi Lyn tengok keadaan Lyn sekarang macam mana..." Terkunci mulut Rossa Amelyn saat mendengar ayat terakhir ibunya itu.

"Jadi.. Semua orang hanya melihat kecacatan penglihatan yang di alami oleh Lyn sahaja dan bukannya berdasarkan kemahiran asas Lyn yang lain..." Ujar Rossa Amelyn dengan nada suara yang mendatar.

"Ibu... Menjadi pegawai polis bukan berdasarkan penglihatan sahaja.. Tapi berdasarkan kecekapan otak, deria pendengaran, deria rasa dan deria bau.. Tapi.. Sesetengah orang menganggap kami yang cacat penglihatan ni adalah beban dan boleh menjejaskan pekerjaan.. Jadi ibu pun macam mereka jugak ke? "

"Tak... Bukan itu maksud ibu, sayang... Ibu cuma tak nak kehilangan Lyn untuk kali kedua..." Luah Puan Lyna. Ya... Dia tidak mahu kehilangan satu - satunya zuriat yang dia ada sekarang. Hatinya cukup perit melihat penderitaan yang di alami anaknya 3 tahun lepas. Dia tidak lagi kejadian itu berulang lagi.

" Tapi ibu tetap melihat Lyn dari sisi berbeza... Bukan dari sisi yang sekarang..."Bantah Rossa Amelyn lagi.

"Lyn... Dengar cakap ibu yang sayang.." Pujuk Puan Lyna lagi sebelum dia meletakkan sesuatu di tangan anak nya.

"Apa ni, ibu?" Soal Rossa Amelyn. Tangan nya mula meraba benda yang berada di tangannya itu.

"Ini ibu belikan khas untuk, Lyn.. Kalau ada sesuatu yang bahaya mendekati Lyn.. Lyn cuma tekan benda ini sahaja.. Dan bila bahaya tu akan mendekat.. Ia akan berbunyi kuat.. Terima ya benda ni dari ibu..."

Rossa Amelyn berang bila mendapat benda itu dari ibunya. Terus alat denyar untuk orang hilang penglihatan di lempar ke tepi.

"Lyn... Apa yang Lyn dah buat ni?" Tergamam Puan Lyna melihat reaksi anak nya itu.

"Lyn tak perlukan semua ni... Lyn boleh berdikari sendiri..." Rossa Amelyn bingkas bangun dari tempat duduknya sebelum berlalu dengan keadaan tergesa - gesa. Tongkatnya di buka dengan laju sebelum dia berjalan menonong kehadapan. Dia hampir tersadung sesuatu di hadapan sebelum sempat di paut oleh Puan Lyna.

"Lyn.. Jangan macam ni. Hari dah nak gelap ni... Lyn tinggal dekat sini ya.." Pujuk Puan Lyna. Tetapi sayang... Pujukan nya langsung tidak dipedulikan oleh Rossa Amelyn. Wanita itu tetap berjalan menuju ke hadapan.

"Lyn... Kalau tak nak stay sini pun... Biar abang Jali hantar ke rumah Lyn ya.." Tak putus - putus Puan Lyna memujuk Rossa Amelyn.

"Tak payah... Lyn tak nak nanti Lyn jadi beban pada orang lain pulak.." Berbisa Rossa Amelyn mengeluarkan kata - katanya.

"Lyn pergi dulu..." Usai berkata, Rossa Amelyn terus meninggakan rumah anak - anak yatim itu dengan hati yang sakit dan perit. Laungan dari Puan Lyna tidak dihiraukan. Kerisauan wanita itu pada dirinya juga tidak di pedulikan! Dia tetap dengan tekadnya!

Terang atau gelap... Itu tidak mematahkan semangat nya untuk terus melangkah. Mesti pun dengan bantuan tongkat saktinya. Dia tidak tahu apa yang bakal berlaku sekejap lagi nanti pada dirinya...

Wait... Wait... Akan jadi sesuatu kah pada rossa nanti... Jom ke bab seterusnya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience