BAB 1

Thriller Series 1665

3 TAHUN KEMUDIAN

RING!! RING!!

Bunyi jam loceng yang nyaring mengejutkan lena Rossa Amelyn. Dia menggeliat perlahan sebelum bangun dari tempat tidurnya. Kakinya di bawa jejak ke atas lantai. Perlahan - lahan dia berjalan menuju ke arah bilik mandi dengan tangan nya mula meraba ke arah pintu. Itu lah rutin hariannya sejak di sahkan buta akibat kemalangan jalan raya yang di alami 3 tahun lepas.

Rossa Amelyn mengelap wajahnya dengan perlahan, setiap gerakan diatur dengan penuh perhatian. Kecederaan yang mengakibatkan kebutaannya bukan hanya merubah cara dia melihat dunia, tetapi juga cara dia hidup. Segala-galanya kini harus dilakukan dengan lebih berhati-hati, lebih perlahan, lebih fokus. Namun, dalam kegelapan, dia menemui kekuatan baru.

Dia selesai membersihkan diri dan mengenakan pakaian. Setiap pagi, dia berusaha untuk tidak membiarkan dirinya terperangkap dalam kesedihan atau perasaan cemas. Tangan nya mula meraba mencari tongkat sakti nya. Itulah teman setianya saat ini. Telefon pintar yang telah di ubahsuai untuk orang cacat penglihatan seperti dirinya di ambil. Dia mula menekan sesuatu di skrin telefon itu.

"Oh, baru pukul 8 lagi rupanya..." Bisik Rossa Amelyn perlahan. Telefon itu dibawa masuk ke dalam beg sandang nya. Setelah selesai bersiap, dia mula melangkah dengan yakin. Melangkah untuk mencari kekuatan dirinya dalam mengharungi sebagai orang cacat penglihatan.

"NI... KOPI untuk awak..." Tuan Khalid, mantan penyelia Rossa Amelyn dahulu menghulurkan kopi panas itu pada Rossa Amelyn.

"Terima kasih, Tuan..." Jawab Rossa Amelyn.

"Jadi macam mana dengan permohonan saya tu tuan.." Soal Rossa Amelyn pada Tuan Khalid. Tuan Khalid yang baru meneguk kopi nya sudah mengeluh lemah. Kopinya di letakkan semula di atas meja.

"Susah saya nak cakap Rossa... Kalau saya cakap kan ini... Kamu jangan ambil hati ya..."

"Baik Tuan... Tuan teruskan saja." Jawab Rossa Amelyn. Dia perlu tahu juga walaupun hati kecil nya sudah berkata sebaliknya.

"Saya minta maaf Rossa... Permohonan awak tu, susah hendak di terima oleh pihak atasan... Dengan keadaan awak macam ni. Memang susah untuk diproses.." Hendak tak hendak, Tuan Khalid harus memberitahu perkara sebenar. Bukan dia hendak menidakkan kekurangan yang di alami oleh wanita ini... Kalau dia... Dia akan mengambil wanita itu untuk bekerja semula. Tapi... Itu adalah atas keputusan yang di buat oleh pihak atasan.

"Oh, macam tu ya.. Tapi.. Tak boleh ke untuk sekali lagi permohonan saya itu dibuat, Tuan.." Rossa mencuba nasib.

"Rossa... Bukan saya yang tak nak luluskan permohonan awak tu. Itu adalah atas ehsan pihak atasan sendiri... Awak tahu kan apa yang terjadi 3 tahun lepas... Kad kuasa awak sebagai anggota polis telah di gantung dan lesen kereta awak turut digantung juga.. Pampasan untuk awak telah dibayar dan pencen juga awak dapat.. Awak just rehatkan diri dan fokus untuk kesembuhan diri awak saja... Boleh kan, Rossa?" Ujar Tuan Khalid lagi. Dia sedaya upaya untuk tidak melibatkan kecacatan mata yang di alami oleh Rossa Amelyn ini. Tapi dia terlepas cakap juga.

Rossa Amelyn terdiam seketika, matanya tertunduk. Kegagalan permohonannya menghimpit rasa kecewa yang begitu mendalam. Walaupun dia tahu hakikat yang Tuan Khalid katakan adalah benar, hatinya tetap memberontak. Dia cuba menahan air mata yang hampir menitis, namun tetap tersentak dengan kata-kata itu.

"Saya faham, Tuan..." Suaranya sedikit bergetar, tetapi dia berusaha untuk tidak menunjukkan kelemahan.

"Cuma... saya harap ada jalan lain. Saya tak mahu hanya bergantung pada pencen dan pampasan itu. Saya mahu kembali berdiri di atas kaki sendiri. Saya ingin kembali bekerja, Tuan."

Tuan Khalid memandang wajah wanita itu dengan penuh simpati.

"Rossa, saya tahu betapa kuatnya semangat awak. Tapi keadaan awak sekarang... susah untuk diterima di tempat kerja yang memerlukan banyak penglihatan, terutama dengan kesan kecacatan yang awak alami." Dia menepuk perlahan meja itu, seolah-olah ingin memberi kekuatan.

"Tapi saya tak akan berputus asa untuk bantu awak. Saya akan cuba berbincang lagi dengan pihak atasan. Tapi saya tak janji apa-apa."

Rossa hanya mengangguk, walaupun dalam hati penuh dengan kebingungan. Ada kalanya, jalan yang paling sukar adalah untuk menerima kenyataan. Namun, dia tahu satu perkara – dia tidak akan mudah menyerah.

Menyerah hanya kerana kekurangan yang di alami ini!

Share this novel

DHIA AMIRA.
2025-01-11 22:11:57 

nexxx


NovelPlus Premium

The best ads free experience