"BERITA SEMASA... SEORANG GADIS BERUMUR LINGKUNGAN AWAL DUA PULUHAN DI KHUATIRI HILANG SELEPAS KELUAR DARI RUMAH UNTUK BERJUMPA RAKAN PETANG KELMARIN. SESIAPA YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT BERKENAAN MANGSA BOLEH MENGHUBUNGI TALIAN PEGAWAI YANG TERTERA DI BAWAH.. "
Wajah Day hanya fokus pada skrin telefon pintarnya tanpa menyedari langkah seseorang menghampiri dirinya dengan menatang sedulang berisi minuman dan makanan.
"Dayri..." Sapaan lembut seseorang membuatkan pandangan fokus Day atau nama sebenarnya Dayri pada skrin telefon teralih pada orang di hadapan nya ini pula.
"Ibu..." Balas Day dengan lembut juga.
Puan Lyna tersenyum senang sebelum meletakkan dulang itu di atas meja batu.
Kejap.. Kejap..
Ibu? Puan Lyna? Bukan ke satu - satu nya anak Puan Lyna ini Rossa Amelyn sahaja? Dan kenapa si Day ini memanggil Puan Lyna dengan panggilan ibu? Nanti kita akan tahu juga apa kaitan Day dengan semua ni.
"Ibu.. Tak payah lah susah - susah buat semua ni.. Day singgah sekejap sahaja ni.. Hantar barang untuk budak - budak.." Day mula bersuara. Puan Lyna hanya tersenyum sahaja sebelum membalas.
"Bukan susah pun.. Lagipun, kamu tu jarang sangat singgah sini.. Kalau ada pun.. Pekerja kamu yang hantar barang ke sini.." Balas Puan Lyna dengan penuh kelembutan.
Day tersenyum nipis, namun ada sesuatu di wajahnya yang tampak berat. Seperti ada perkara yang bermain di fikirannya. Dia mengambil secawan teh dari dulang, menghirup sedikit sebelum meletakkannya semula di atas meja.
“Day okey ke? Ibu tengok macam ada yang tak kena,” tanya Puan Lyna, kini memandang wajah Day dengan pandangan penuh perhatian.
Day mengeluh kecil, cuba tersenyum untuk menutup keresahannya. “Tak ada apa-apa, ibu. Semua okey. Cuma... Day terbaca berita tadi. Ada gadis hilang. Muda lagi dari Day. Day jadi terfikir, kalau-kalau keluarga dia mesti tengah risau sekarang.”
Puan Lyna mengangguk kecil.
“Ibu pun terbaca tadi. Memang sedih kalau jadi macam tu. Kita cuma boleh doakan supaya dia selamat dan cepat dijumpai.”
Day mengangguk perlahan. Namun, di balik kelopak matanya, ada sesuatu yang tersembunyi—rahsia yang mungkin dia sendiri enggan akui. Ada sesuatu tentang berita itu yang membuatkan dadanya terasa sempit, seolah-olah dia tahu lebih daripada apa yang dipaparkan di skrin.
Namun, sebelum dia sempat berkata apa-apa lagi, bunyi telefon Day memecah kesunyian antara mereka. Day segera memandang skrin, dan riak wajahnya berubah sedikit. Dia menekan butang jawab, namun nadanya kali ini lebih serius.
“Ya? Saya dengar.” Suaranya kini tegas, jauh berbeza daripada tadi.
"Baik.. Saya datang segera.." Usai berkata, telefon pintar kembali di masuk ke dalam poket.
"Ibu.. Day tak boleh lama dekat sini.. Day kena pergi dulu.. Ada urusan mendadak.. Ibu sampaikan salam Day pada.." Puan Lyna terus laju memotong.
"Ya.. Ibu tahu. Nanti ibu sampaikan.." Puan Lyna mengangguk mengerti. Faham akan pesanan anak muda ini.
"Terima kasih, ibu.. Day pergi dulu," Langkah panjang lelaki itu mula melangkah pergi dari situ. Dalam perjalanan ke pintu pagar, dia mula bertembung dengan Rossa Amelyn yang baru sampai. Langkah yang laju tadi mula di atur setenang mungkin bila berhadapan dengan gadis ini. Tongkat sakti milik wanita itu kelihatan memandu arah yang diingini oleh wanita itu.
Kedua - duanya mula melintasi antara satu sama lain. Tongkat sakti yang memandu arah Rossa Amelyn tadi terhenti secara tiba - tiba aura yang terbit dari badan Day ini menusuk ke lubang hidung nya. Dia berpaling ke belakang sebelum tongkat saktinya mula dipandu untuk mencari arah aura itu.
Tongkat saktinya mula di gagau ke kiri dan kanan.
"Tunggu.." Pinta Rossa Amelyn, seolah - olah dia meminta seseorang berhenti padahal hakikat nya.. Hanya kegelapan nya yang menyelubungi pandangan nya kini.
Bunyi tongkat nya mula mengikuti rentak yang diingini.
"Cik Rossa.." Suara seruan pengawal keselamatan rumah anak - anak yatim itu mula kedengaran.
"Cik Rossa nak ke mana ni? Pintu pagar arah sana.. Bukan arah sini.. Sini arah jalan besar Cik Rossa," Beritahu pengawal itu pada Rossa Amelyn.
"Pak cik Lan.. Masa saya masuk tadi, pak cik Lan ada perasan tak orang keluar dari kawasan rumah ni?" Soal Rossa Amelyn pada lelaki separuh abad ini.
"Takde.. Pakcik langsung tak ingat.. Sebab hari ni ramai yang keluar masuk hantar ke sini.." Balas pengawal keselamatan itu semula.
"Oh, takpe lah kalau macam tu.." Sahut Rossa Amelyn dengan nada sedikit kecewa.
"Mari sini.. Saya pimpin Cik Rossa ke dalam semula.." Pengawal itu menawarkan diri untuk membantu wanita cacat penglihatan itu untuk masuk semula ke dalam rumah anak - anak yatim. Rossa Amelyn mengangguk mengerti sebelum mengikuti sahaja langkah pengawal ini. Aura orang itu tadi masih melekat di lubang hidung nya. Aura yang sama semasa dia menunggu teksi dalam keadaan hujan lebat di perhentian bas kelmarin. Adakah orang itu, orang yang sama?
Di sebalik pokok yang agak terlindung, Day hanya memerhati tubuh kurus Rossa Amelyn di bawa masuk ke dalam semula.
"Rossa Amelyn.. Bila tiba masanya... Kita akan bertemu semula!" Deram Day perlahan sebelum mula berjalan meninggalkan kawasan itu bersama siulannya tanpa henti.
Share this novel