BUKAAN PINTU TANPA KETUKAN DARI LUAR mengejutkan Rossa Amelyn yang sedang bersantai di atas katil. Bingkas dia bangun dari atas katil sebelum perlahan - lahan mengundur ke belakang.
"Siapa tu?" Soal Rossa Amelyn dengan sedikit gementar. Hidungnya mula mencuba untuk menghidu sesuatu yang berlainan di kamar itu. Tetapi gagal! Hidungnya hanya mampu menghidu bauan kamar ini sahaja. Mungkin kesan dari dia masuk hospital kelmarin agaknya. Bunyi seperti seseorang meletakkan beg di atas lantai sebelum,
Klak!!
Bunyi seperti tombol pintu pulak di kunci. Wajah Rossa Amelyn sudah tidak keruan. Bunyi tapak kaki mengetuk gegendang telinga nya menyebabkan dia semakin mengundur ke belakang sehingga lah tubuh nya bertemu dengan dinding.
"Kenapa kau nak lari ke belakang?" Suara garau milik Dayri menyentuh gegendang telinga nya. Rossa Amelyn terpempan. Dia mahu bergegas pergi dari situ tetapi pelukan padu dari Dayri menyukarkan dirinya untuk keluar dari kepungan lelaki ini.
"Awak buat apa ni, Dayri? Lepaskan saya lah!" Ronta Rossa Amelyn. Dia cuba untuk melepaskan diri dari dikunci oleh lelaki ini menggunakan cara yang pernah dia belajar. Serta merta kunci yang dilakukan oleh lelaki ini terlerai. Dan di dalam kesempatan itu juga, Rossa Amelyn melarikan diri. Segala yang di langgarnya tidak dihiraukan. Yang paling penting sekarang, adalah muka pintu. Tangannya mula menggagau mencari daun pintu.
Belum sempat tangannya mengagau mencari daun pintu, tubuh kurusnya sudah di paut laju oleh Dayri dari arah belakang. Hampir menjerit Rossa Amelyn dengan tindakan lelaki itu. Tetapi mulut nya pantas di tekup oleh tangan kasar lelaki ini. Mereka sama - sama terhumban di atas katil. Dan sekarang, kedua - duanya berada di dalam keadaan mengiring. Dayri mengunci tubuh Rossa Amelyn dari belakang dengan tangan nya menekup mulut wanita itu.
"Aku belum habis cakap lagi kau dah nak lari!" Suara garau keras milik Dayri mula bersuara lagi. Malah, perkataan 'awak - saya' semasa di hospital tempoh hari sudah berubah ke 'kau - aku'.
Ketegangan di dalam kamar semakin menebal. Nafas Rossa Amelyn menjadi tidak teratur, berdegup kencang akibat ketakutan. Dia cuba melawan tetapi tenaga lelaki itu jauh lebih kuat darinya. Tangannya yang terhimpit hanya mampu menggenggam kain cadar, mencari kekuatan untuk bertahan.
"Dayri... apa yang awak nak sebenarnya?" suara Rossa terputus-putus akibat cengkaman Dayri yang semakin kuat.
"Diam!" suara Dayri membentak, membuatkan jantung Rossa hampir meletup. Namun, di sebalik kekasarannya, ada nada tegas yang sukar ditafsirkan.
Keadaan sunyi untuk seketika, hanya bunyi nafas mereka yang terdengar di udara. Dayri akhirnya melonggarkan cengkamannya sedikit, membenarkan Rossa menarik nafas. Tapi tangannya masih memegang erat tubuh wanita itu.
"Aku cuma nak kau dengar. Itu saja," ujar Dayri dengan nada yang lebih rendah tetapi tetap dingin.
"Kau tak perlu takut, aku tak akan apa-apakan kau. Tapi aku nak kau tahu sesuatu."
"Apa yang awak nak saya tahu, Dayri? Awak tak perlu buat saya macam ni! Sakit tau tak!" ujar Rossa dengan nada mendesak. Dalam hatinya, dia memanjatkan doa agar ada keajaiban yang dapat menyelamatkannya.
Dayri menghela nafas panjang sebelum akhirnya berkata.
"Kau dalam bahaya, Rossa. Dan aku satu-satunya orang yang boleh selamatkan kau. Tapi kau kena dengar cakap aku, kalau tak—"
"Kalau tak apa?!" potong Rossa, tidak mampu menahan kemarahannya walaupun ketakutan masih menguasai.
"Awak sendiri yang buat saya rasa macam banduan sekarang! Macam mana saya nak percayakan awak?"
Dayri terdiam, dan untuk sesaat, matanya seperti menyimpan sesuatu yang lebih dalam. Sesuatu yang tidak pernah ditunjukkannya sebelum ini.
"Percaya atau tidak, itu pilihan kau. Tapi kalau kau tak dengar aku, kau mungkin tak akan ada peluang kedua." Bisik Dayri sebelum melepaskan Rossa Amelyn dari cengkamannya.
Bila menyedari yang dirinya sudah leaps dari cengkaman lelaki itu, Rossa Amelyn pantas mengundur kan dirinya sehingga belakang badannya mengenai kepala katil. Tangannya mula menggagau lagi mencari gebar dan bantal sebelum kedua - duanya di selimut ke tubuhnya. Dayri yang melihat tingkah Rossa Amelyn itu hanya tersenyum sinis sahaja.
"Kau tak perlu takut. Pakaian yang kau pakai sekarang masih berada di tempatnya." Ujar Dayri dengan selamba. Terus berubah wajah Rossa Amelyn saat mendengar ayat kurang sopan Dayri itu.
"Dah, aku keluar dulu. Tapi kau kena ingat apa yang aku cakapkan pada kau tadi.. Kalau kau nak selamat, better kau dengar cakap aku, Understand?" Dayri sekali lagi memberi amaran kepada Rossa Amelyn sebelum dia berlalu keluar dari bilik wanita ini.
Rossa Amelyn hanya terkaku sahaja di tempatnya. Ayat lelaki ini masih terngiang di kepalanya.
Apa maksud lelaki ini? Dia dalam bahaya? Siapa yang mengejar nya saat ini?
Rossa Amelyn masih belum tangkap lagi siapa yang menyasarkan dirinya.
Share this novel