Prolog

Thriller Series 1719

SEBUAH KERETA MELUNCUR LAJU MEMBELAH JALAN raya yang basah selepas di timpa hujan.

Pin! Pin!

Beberapa hon dari kenderaan yang lain mula kedengaran! Tetapi pemandu yang memandu kereta itu seolah - olah tidak pedulikan akan bunyi hon itu. Dia tetap dengan tingkah nya! Memandu tanpa hala tujuan! Beberapa kali kenderaan yang di pandu hampir menghentam belakang kenderaan lain tetap dia cekap mengatasinya. Dalam kekaburan akibat biasan hujan lebat di cermin tingkap, susuk tubuh seorang perempuan kelihatan di dalam kereta itu! Wajah wanita itu berkerut seperti menahan kesakitan! Satu tangan mengawal stereng kereta, manakala tangan yang satu lagi memegang kepala.

Kereta yang di pandu tetap masih meluncur membelah jalan raya. Bebola matanya kerap kali melihat cermin pandang belakang. Jelas wajah ketakutan menghiasi wajah nya mulai memucat itu! Dia seperti takut akan sesuatu! Apa yang di takutkan sehingga berkeadaan sebegitu rupa?

Dalam kekalutan itu, kereta yang di pandu hampir melanggar belakang kereta hadapan. Dia dengan cepat memulas stereng kereta sebelum,

DUM!!

Kereta yang di pandu tidak dapat di kawal sebelum melanggar pembahagi jalan dan bergolek beberapa kali sebelum berhenti pada satu tebing yang agak curam. Kereta yang di pintas nya tadi mula berhenti satu persatu untuk melihat keadaannya. Serta merta kawasan itu penuh sesak dengan kenderaan yang mula berhenti. Kesemua mereka langsung tidak berani mahu membantu menyelamatkan wanita itu.

Tapi dalam keributan yang melanda, seorang lelaki dengan berani nya melompat ke arah tebing curam itu untuk membantu menyelamatkan wanita itu.

Tubuh wanita itu terkulai lemah di dalam kereta yang remuk teruk. Asap mula berkepul-kepul keluar dari enjin yang sudah rosak, memberikan isyarat bahaya kepada sesiapa yang mendekat. Lelaki itu segera menghampiri, tidak menghiraukan jeritan orang ramai yang menyuruhnya menjauh.

"Keluar dari situ! Kereta tu boleh meletup bila-bila masa!" jerit seseorang dari jauh. Namun, lelaki itu tetap tekad. Dengan berhati-hati, dia memanjat tebing curam dan menghampiri pintu pemandu yang sudah kemek. Dia mual menjenguk kan kepala nya melalui tingkap kereta. Wajah wanita yang berlumuran darah menghiasi pandangan matanya. Wanita itu berada dalam keadaan lemah. Sempat lagi bebola matanya melihat kad nama wanita itu yang tergantung pada cermin pandang belakang.

"Rossa Amelyn..." Nama itu di bisik perlahan.

Lelaki itu menggunakan kekuatan penuh untuk membuka pintu yang tersekat. Setelah beberapa percubaan, dia berjaya membukanya dengan sedikit lebar.

Seatbelt yang membelit tubuh Rossa Amelyn di buka sebelum tubuh wanita itu di paut ke dalam dakapannya. Dengan berhati - hati dia membawa tubuh wanita ini menaiki tebing. Wajah seorang lelaki yang kabur dalam pandangan menjadi tatapan mata Rossa Amelyn saat ini.

Letupan kecil mula kedengaran ketika dia membawa tubuh Rossa Amelyn naik ke atas. Orang ramai mula membantu dirinya dan Rossa Amelyn dari tebing atas.

PUMMM!!

Tubuhnya dan tubuh Rossa Amelyn sudah pun berada di atas ketika kereta milik Rossa Amelyn meletup. Orang ramai mula menjerit melihat keadaan kereta itu. Tapi dalam hati mereka bersyukur kerana orang yang berada dalam kenderaan itu selamat di bawa keluar.

"Kau dah selamat sekarang.." Bisik lelaki itu pada telinga Rossa Amelyn.

"Terima kasih.." Jawab Rossa Amelyn perlahan sebelum dia matanya terkatup perlahan - lahan. Sayup - sayup kedengaran suara - suara di situ sebelum keadaan nya sudah senyap sepenuhnya. Rossa Amelyn telah pengsan di dalam dakapan sang penyelamatnya!

Dan disinilah... Titik permulaan hidup Rossa Amelyn bermula!

Hi... Jom layan buta pula... Rossa Amelyn...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience