encik 'tegas' ku

Other Series 1124

aku menarik tisu yang di hulurkan oleh Alinah. tak guna! raung hati yang paling dalam. mana tak nya kekasih hati bermain kayu lima. grrrr! eh kayu tiga.

" buruk nya perempuan ni menangis." kata abang kepada Alinah. aku lihat gadis itu hanya menundukkan kepala. tidak berani bersuara. siapa yang tidak kenal lelaki yang duduk dihadapan kami. argh! sebab sakit hati aku lupa akan abang Alinah yang turut serta dalam acara makan tengahari kami. lelaki ini dikenal cukup tegas, disiplin, garang macam kak ros pula tu. apa yang dia tidak suka memang dia akan cakap depan-depan.

masalahnya dia bercakap tu tak tengok aku mata dia fokus pada telefon bimbit nya.

"sindir ke?" aku soal berani.

"huh? kau menangis sakan ni yang curang tu suami kau ke? tunang ke? dah halal?" sinis nya dengan panahan matanya tepat ke dalam mata ku. bertambah kuat aku menangis. Alinah pula hanya diam tak tolong aku langsung sebab dia memang takut gila dengan abang sulung dia ni.

"yang kau sibuk kenapa!?" aku tinggi kan suara dapat aku rasa berapa pasang mata memandang kearah kami.

"calm down. jangan rosak kan imej perempuan bertudung sebab perangai kau," bidas nya cukup tenang.

"abang...."

"DIAM!" nada suara itu tidak tinggi. namun, cukup tegas!

"aku nak meroyan ke, nak gila ke bukan masalah kau." kata ku langsung tidak takut. lelaki dihadapan ku itu tertawa sinis.

aku mula rasa membahang.

"ni aku tanya.." dia gantung kalimat sendiri. pandangan mata itu melihat aku lama dan dalam. aku menunduk.

"dia ada sentuh kau ke? ada apa-apa yang hilang sampai kau menangis macam nak mampus!" aku masih menunduk. kini aku menangis bukan sebab sakit hati. namun, malu yang bukan kepalang. Alinah aku lihat sudah tidak senang duduk tapi pandangan mata abang dia membuat gadis itu terpaksa tenangkan diri.

"aku minta maaf jika ucapan aku terlalu 'keras'."

"tapi kamu kaum perempuan. bukan lemah, bukan juga objek mainan kalau kau nak aku sujud depan kau sekarang aku buat asal jangan rendahkan diri kamu. kau menangis untuk lelaki yang bukan siapa-siapa kau, kau tak malu ke semua orang tengok kau menangis? mana maruah kau sebagai wanita muslim?" deg!

"kau sedih boleh tapi jangan rendahkan diri. kau jerit dalam kereta sampai disini, kau memang tak malu ke atau urat malu dah putus?" tenang tapi menusuk.

"dia khianat saya.." tersedu-sedan aku bersuara.

"Alinah mari balik." lelaki itu tanpa riak.

"bawa kawan kau sekali." terus Alinah memapah aku yang lemas. bukan sebab sakit hati ea tapi sebab kata-kata abang Alinah meresap begitu dalam ke dalam hati. ketika itu juga aku tersedar. ya! aku menangis untuk lelaki yang sudah jelas tidak baik.

juga bukan siapa-siapa. aku hilang maruah diri sebab lelaki tak guna tu!

"Rasulullah berjuang dengan darah untuk mengangkat darjat perempuan tapi kenapa kamu sia-siakan perjuangan baginda?" sambung nya setelah kami selamat berada di dalam kereta. aku dan alinah duduk dibelakang sedangkan dia duduk dihadapan. aku sudah agak tenang tidak serabai seperti tadi.

Alinah betulkan tudung aku.

"hari tu emak kau jual dekat pasar semua jualan dia orang hutang bila dia tagih diorang yang hutang pula yang marah, depan kau kan masa emak kau kena marah? kenapa kau tak bela nasib emak kau? kau tak menangis sebab perkara tu?" aku tersentak. macam mana dia tahu.

"mana ada! saya marah diaorang balik lah!" bentak ku. dia tertawa.

"tapi kau tak menangis!" tekan nya.

"kau tak sedih." masih dengan nada menekan.

"kau hanya marah!" aku memilih diam.

"dah habis? dah boleh jalan!" aku bersuara tidak mahu kalah.

"dah.."

"kalau dah mari kita gerak saya nak minta maaf dengan mak." kata ku. Alinah tertawa kecil tanpa abang nya sedari.

"kau seorang je yang berani arah abang aku, tahu. kalau aku belum bersuara dah tersekat." ujar nya tertawa.

dalam diam ada taman yang kembang dalam hati.

aku tersenyum tanpa dipaksa.

"astaghfirullah.." mengucap panjang dia. sebab apa pun aku tak tahu..

huh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience