SESAL

Other Series 1124

tangan tua itu diangkat tinggi. dia sedang memanggil. si gadis buat tidak tahu

merasa diabaikan si tua berdiri menghampiri si gadis

"mana power bank. mama minta," kata si tua merujuk kepada power bank yang dihantar isterinya kelmarin petang. si gadis buat pekak dalam hatinya si tua ini hanya bikin semak dan mengganggu kerjanya.

Semua orang memerhati membuat si gadis makin tidak selesa.

"pergi lah. saya tengah kerja ni," kata si gadis tidak mahu orang tahu bahawa itu adalah abah nya sendiri. dalam keadaan tergesa-gesa Powerbank yang di maksud si tua segera dicapai tanpa kata Powerbank itu di hulur kepada si tua. dengan riak sukar dibaca si tua berjalan keluar kedai makan sederhana besar itu.

sepeninggalan si tua tanpa sedar satu titis mutiara jernih mengalir ke pipi gadis itu. didalam tandas itu dia memandang tajam pantulan dirinya.

"aku berdosa Ya-Allah." dengan penuh kesal kata-kata itu laju sahaja keluar dari bibir mungil nya.

"buat apa kau nak malu huh! dia dari kau kecil sampai kau besar panjang tak tahu diri macam ni dia jaga. sanggup buat apa sahaja asal kau bahagia. sekarang bila dah besar kau malu nak akui dia abah kau?" dia menyoal diri.

"aku derhaka!"

tangan penuh kedut itu yang membelai ketika kau menangis dahulu kala. tak pernah kosong tangan itu membelikan kau apa sahaja makanan setiap kali balik dari kerja dahulu kala.

sekarang kau malu?

Hei! lupa ingatan ke kau?

ya Allah ampuni hamba MU ini kerana tak sanggup berbakti kepada kedua orang tua hamba.

seluas lautan lebih besar dosa hamba MU yang kerdil ini. sedalam lautan tercipta lebih dalam dan dalam lagi dosa hamba MU ini.

mak...abah...ampun kan usu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience