kelmarin aku cuti balik kampung sampai dekat kampung air pula problem. terpaksa lah jalan ikut mama pergi sungai awal pagi.
"kerja macam mana." mama soal dia jalan di depan sedangkan aku mengikut dari belakang.
"semua baik.." balas ku sambil berjalan itu adalah mama cerita selama aku tiada di rumah keadaan macam mana. siapa yang kerap pulang pun antara kami adik beradik mama sebut.
"hidup ni kan.." mama jeda menoleh seketika kepada ku yang di belakang. menyedari aku yang jauh tertinggal atau memang sengaja berjalan lambat dia membuang nafas sambil menggeleng kepala.
aku pula sengih.
"mama cakap apa tadi.." aku soal kembali walhal aku aku dah tahu tujuan bicara nya. mama berhenti sambil memandang.
"hidup ni jangan nak kejar duit sahaja kena ada rasa syukur. apabila kita memberi dengan ikhlas insyaallah apa yang kita bagi kita akan dapat balik." kan! aku angguk.
"kena jenguk sesekali orang tua dekat kampung. mama ni tak selama nya sihat macam ni makin hari makin tua. kalau mama takde nanti ingat adik beradik jangan di bawa gaduh." ini antara nasihat yang aku kurang gemar nak dengar sebab setiap kali aku dengar aku akan rasa sebak. aku angguk lagi sambil garu kepala untuk menghilangkan rasa sebak.
"mak sungai dalam ke semalam dengar macam kuat hujan.." aku tukar topik bual.
"tak tahu lah.." mama kembali melangkah.
"mak.. kalau orang kahwin lebih dulu daripada anak mak yang lagi dua orang tu boleh tak." aku soal mama niat hanya untuk mengalih kan topik bual kami.
"boleh aje..tu pakcik dudu tu single lagi tu nak mama gi cakap dengan ayah untuk naik meminang.." mama sambut gurauan aku. masalah nya pakcik dudu tu bujang terlajak umur dah sebaya ayah aku. tak mahu aku..
"yang tu mama simpakan untuk anak mama yang lain." aku tersengih.
"cari suami tu jangan tengok muka nya sahaja. pendapatan kena stabil kasih sayang nya cukup. kalau tengok muka saja tak kan bagi kau kenyang. pakcik dudu tu tiap kali lalu depan rumah mama dia selalu bagi buah tangan tau. dia bagi pisang, mangga, beras mineral dan banyak lagi. tak nak try ke.." mama tersenyum penuh makna. amboi mak..
"kalau nak-"
laju aku berlari mencebur diri dalam sungai kalau di biar lagi jauh mama cakap.
" I love ma.." aku tengok mama yang hanya duduk di tepi.
Share this novel