tentang Darwis

Other Series 1124

aku nak cerita kali ini pengalaman aku 2 minggu lepas bersama anak buah aku

dalam pukul 9:00 macam tu masa itu hanya ada aku dan ke lima anak buah aku. termasuk yang masih baby dalam lingkungan umur 3tahun lebih macam tu

cerita dia anak buah aku yang masih baby ni tak nak tidur. puas aku dodoi dengan lagu baby shark, twinkle twinkle, surah-surah untuk tidurkan bayi tak jalan juga dia masih main 'cak-cak' dengan aku siap ketawa bagai.

aku punya geram jangan tanya lah, dah lah aku pun dah mengantuk. dia tak nak tidur.

mummy dan daddy dia pun jalan dari tengah hari tadi tak balik lagi dah malam pekat macam ni. dia orang ingat takde anak lagi kot.

bebel ku dalam hati kalau menjerit takut yang 4 orang budak tidur atas katil tu terjaga pula lagi haru nanti.

buai punya buai dia masih tak nak lelap. aku dapat idea telefon bimbit segera aku gapai aku taip di youtube suara pontianak mengilai. aku senyum jahat

dan jeng! jeng!

lepas aku pasang suara pontianak tu dia menangis lepastu dia tutup mata guna telapak tangan nya yang comel.

ahahaha padan muka! tak nak tidur kan

anak buah aku ni dah patah berbicara tapi masih pelat

"tu..tu.. da nenek." katanya tiba-tiba sambil menunjuk keatas
aku pandang atas. kosong! hanya ada lampu

ya Allah

"besha (biasa)! besha!(biasa) naa daddy," kata anak buah ku lagi seakan memarahi 'sesuatu' ayat ini selalu dia guna apabila mengadu kepada daddy nya.

abang aku ni ayah kepada Darwis pandai halau benda-benda mistik macam ni mungkin sebab tu anak buah aku seakan mengadu pada daddy dia

"gitau daddy...tu daddy datang, daddy makan nenek!," suara anak buah aku yang masih umur 3 tahun itu sudah naik, macam bergaduh pun ada aku yang dah besar panjang ni pula rasa nak terkucil. macam berebut mainan dengan sepupu dia yang lain caranya marah siap buat aksi memukul lagi.

"sayang, shhh takde apa-apa tidur yaa," aku pujuk dia tapi bulu roma aku sudah tegak berdiri aku sudah fikir pelbagai benda akan berlalu

macam mana kalau aku kena rasuk? kalau dia jelmakan diri depan aku nanti..aduh

sekian lama baru aku perasan YouTube masih menayang kan suara pontianak. ini lagi satu!

cepat-cepat aku padam. taip surah penghalau jin syaitan semua

"naa daddy," suara anak buah aku masih cuba menakutkan 'benda' itu dengan daddy dia.

tidak lama dia ketawa sambil tangan nya masih menghala ke atas. lepas itu dia melambaikan tangan pula.

tidak tunggu lama segera aku turunkan dia dari buaian pintu bilik aku kunci. kalau dia tak nak tidur biar aku yang tidur.

aku menyelit diantara anak buah aku yang lain. peduli apa kalau mereka terjatuh dari katil.

"auntie ni," salah seorang anak buah ku yang sudah tidur nyenyak terbangun,

"oh mak!" melatah aku bila pintu bilik diketuk dari luar.

pertama normal makin lama makin kuat bunyi ketukan.

"Ati nek tetuk (auntie nenek ketuk)," adu Darwis.

"Ana abang ni." mengucap syukur aku apabila mendengar suara abang aku.

untuk korang ingat jangan sesekali pasang suara pontianak mengilai ketika malam kang ada yang sahut naya Oii

lepas kejadian tu ada lah aku Deman dalam dua hari

Darwis yang nampak aku yang demam budak tu pula tak terjejas apa-apa kuat betul semangat dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience