hari ini adalah hari yang istimewa. Yes! tersangat istimewa!
terima kasih ya Allah kerana telah memberi aku jalan untuk semua. terima kasih telah membuka hati aku untuk melepaskan semua!
setelah petang semalam. aku sedar bahawa aku tidak perlu cari muka lagi dengan dia!
aku memang cintakan dia. demi tuhan hati aku sangat mencintai dia. tapi, aku ada maruah sebagai perempuan! dan setelah dua ayat nya petang semalam aku berjanji akan berhenti mengharapkan dia dan akan membuang jauh perasaan ini.
tindakan pertama aku block nombor dia.
tindakan kedua aku padam semua gambar yang aku curi ambil. haha,
dan setelah ini aku BEBAS!
selama ini aku bertahan sebab kebodohan aku yang melihat ada peluang antara kami. tidak! itu salah! aku akan berhasil move on!
dan untuk kau terima kasih kerana membuat aku bertahan sejauh ini.
apapun aku bahagia kelak kau bahagia dengan pasangan pilihan hatimu.
MOVE ON!
Share this novel